Wednesday, April 22, 2009

siNaR cAhAyA aYaT kUrSi!!!

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
amalkan bacaan ayat Al-Kursi setiap hari semoga kita semua berada dalam perlindungan ALLAH SWT....INSYAALLAH!!!

Sunday, April 19, 2009

SaLaM iMtiHaN!!!


dikesempatan ini,mutiara ingin mengucapkan selamat berjuang kepada sahabat2 yang akan memulakan perjuangan pada esok hari..semoga segala persediaan yang dilakukan sebelum ini dapat melancarkan lagi perjuangan untuk esok hari..insya ALLAH,berkat kesungguhan dan diiringi oleh doa setiap waktu sahabat2 dapat menempuhi waktu itu dengan sebaik mungkin..mutiara mendoakan agar sahabat2 tabah dan tenang menghadapinya..INSYAALLAH..doa mutiara sentiasa mengiringi sahabat2 sekalian dan sahabat2 jangan lupa untuk mendoakan mutiara..amin..

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA SAHABAT YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER..MA'A NAJAH..

Wednesday, April 15, 2009



saat-saat manis bersama dengan adik-adik ASDAF...

tAnGgAL 12 ApRiL


salam ukhuwwah!!!

tanggal 12 april,saya bersama dgn 26 orang pelajar UKM yang lain telah mengikuti satu program khibrah ke rumah anak-anak yatim ASDAF yang menempatkan anak-anak yatim orang asli di Bangsar..kami pergi sebagai sukarelawan ASDAF yang ingin membantu anak-anak yatim tersebut dalam kemahiran berkomunikasi..setiap daripada kami diberi dua orang pelajar untuk dilatih menyampaikan syarahan dan berdepan dengan masyarakat..Kebanyakan daripada mereka berasal daripada suku semai di pahang dan perak..kami berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sukarelawan ASDAF..ini merupakan salah satu kenangan mannis bagi kami pelajar2 tahun 1 UKM..semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang...

Tuesday, April 14, 2009

dOa!!!!


Doa-doa Yang Makbul:1. Orang yang terdesak.2. Orang yang teraniaya/dizalimi.3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:1. Terasa sesuatu yang menakutkan.2. Menangis tatkala berdoa.3. Terasa menggeletar.


Cara-cara Berdoa:1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya)...

Friday, April 10, 2009


salam ukhuwah!!!

setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lajnah Kebajikan dan Akademik ( LKA ISIUKM )

kerana program bengkel kecemerlangan akademik berjalan dengan lancar.tahniah kepada penggerak utama bengkel tersebut.program seperti ini amat diperlukan apabila berada diambang peperiksaan..semoga apa yang dapat diambil daripada bengkel tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar bermula dari detik ini..

jutaan trma ksh diucapkan kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa bersama-sama dalam bengkel tersebut..salam imtihan diucapkan kepada semua sahabat..semoga kejayaan menjadi milik kita bersama..INSYAALLAH..bermula daripada detik ini,kta perlu persiapkan diri untuk menghadapi saat peperiksaan itu..saya menyeru kepada sahabat2 sekalian dan diri saya sendiri supaya kita sentiasa melakukan solat hajat n sentiasa qiamullail untuk persediaan exam..semoga segala usaha yang kita lakukan akan dapat ganjaran yang besar suatu hari nanti..AMIN..bi taufiq wan najah..wa ila liqa'

Thursday, April 9, 2009

jOm pAkAt p rAmAi2


salam ukhuwah!!!

salam imtihan diucapkan kepada semua sahabat yang akan menduduki final exam tidak lama lagi..insyaALLAH,bagi penulis sendiri akan bermula final exam pada 22 april dan akan berakhir pada 4 mei insyaALLAH,bi iznillah..sahabat2 dijmput untuk menghadiri BENGKEL KECEMERLANGAN AKADEMIK yang akan disampaikan oleh UST NABIL BIN AHMAD(kmpulan Far-east) pada 9 april khamis jam 5.00-7.00 ptg di DK2 FPI..seterusnya disambung dgn berbuka puasa, solat hajat n ceramah motivasi yg disampaikan oleh UST KHAIRIL KHUZAIRI di masjid UKM dgn kerjasama KPMFSSK ...anjuran LAJNAH KEBAJIKAN DAN AKADEMIK ISIUKM..ISLAM UNTUK SEMUA!!!!!

Monday, April 6, 2009

tiGa cAhAyA di hArI kIaMaT!!!!


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."




Wednesday, April 1, 2009

aPrIL fOoL

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya pandang ke Barat; menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makanpun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang-kala lawak-lawak biasa atau ‘practical joke’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan yang berpanjangan. sewaktu zaman persekolahan dahulu penulis pernah terbaca tentang sesuatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan “Aku ceraikan kau dengan talak 3” pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan “April Fool”. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila di beritahu bahawa talak yang dilafazkannya telahpun jatuh!! Berbalik kepada Perayaan April Fool’s ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam Sepanyol (moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 hb April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk –penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerangi kaum Muslim dan membunuh semuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Apa yang penulis harapkan moga selepas sahabat2 membaca artikel ini tiada lagi ApRiL fOOl dalam kehidupan.. Semoga artikel ini akan menjadi panduan untuk semua..