Thursday, April 22, 2010

INFO!!!


Golongan Ahli Neraka dan Syurga

firman Allah s.w.t dalam surah An-Naba' ayat 18 : " iaitu hari(yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah,apa maksudnya ayat ini?" maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. lalu baginda menjawab, " Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan . 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut :

1) mereka yg tidak mempunyai kaki dan tangan. ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 2) mereka yg menyerupai babi. ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah2kan solat lima waktu. 3) mereka yg perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. inilah balasan bagi mereka yang enggan membayar zakat. 4) mereka yg keluar darah dari mulutnya. inilah balasan bagi mereka yang berdusta. 5) mereka yg berbau busuk seluruh badannya. ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 6) mereka yg dicincang-cincang pd tengkuk dan bahu. ini adalah balasan mereka yg menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 7) mereka yg keluar dgn tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran. 8) mereka yg keluar dlm keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas. ini dalah balasan mereka yg berzina serta mati sebelum bertaubat. 9) mereka yg berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. ini balasan mereka yg memakan harta anak yatim secara zalim. 10) mereka yg kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikkan. ini adalah balasan mereka yg berani melawan kedua ibu bapanya. 11) mereka yg buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

dan satu golongan yg masuk syurga ialah :

12) mereka yg wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustaqim pantas seperti kilat. ini dalaha balasan org yg beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.....

p/s: semOga kita boleh jadikan ia sebagi iktibar dan panduan untuk kehidupan kita..selamat beramal..dOa mOga kita semua tergOlong dlm golOngan yg ke12....i'ALLAH....