Friday, October 22, 2010

KEPERLUAN @ KEHENDAK???

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

apa khabar semua blogger pada ari ini?adakah anda masih setia dengan dunia blogger anda?ataupun anda telah meninggalkan dunia blogger anda untuk sementara waktu?? tujuan penulis bertanya begitu adalah kerana mungkinkah sahabat2 sekarang tengah sibuk dengan perkara lain dan memberikan komitmen kpd perkara lain sementara dunia blogger ditinggalkan buat sementara waktu..pape pun yang sahabat2 lakukan,moga dipermudahkan segala urusan.

pada hari ini, penulis ingin mencOret sedikit tentang apa yang dialami oleh manusia buat masa skarang..kalau dilihat kpd tajuk,nampak cam biasa dan skema.tp ni bukan kisah yang skema,tp kisah yang saja2 diambil oleh penulis untuk dikongsi bersama.keperluan suatu benda yang perlu kita miliki dan perlu ada pada kita untuk melengkapi hidup..manakala kehendak pula ialah benda yang tidak wajib dimiliki cuma sekadar kemahuan hati semata-mata.. cOntOhnya, rumah dianggap sebagai suatu keperluan kita kerana rumah merupakan tempat untuk kita berlindung dan berteduh..manakala, kereta merupakan kehendak kpd manusia krn tanpa kereta manusia masih mampu untuk meneruskan kehidupan.

tetapi, apa yang kita lihat sekarang banyak material2 yang hanya sebagai kehendak kpd manusia dan bukannya keperluan kpd manusia. jika kita lihat, saban hari teknologi makin canggih dan makin maju ke hadapan..wujudnya pelbagai bentuk dan jenis teknologi yang menunjukkan kepada kecanggihan sesuatu alat. penulis mengambil telefon bimbit (handset) sebagai contoh kecanggihan yang sentiasa di'update' dari semasa ke semasa. mana taknya, makin hari makin canggih handset yang muncul seperti yang guna pen, yang jenis sentuh skrin dan sebagainya hingga kan penulis sendiri tidak mampu mengejar perubahan tersebut.sebenarnya ia hanya lah sebagai satu kehendak.jika kita tidak memilikinya, bukan bermakna kita tidak mampu hidup. tetapi inilah yang terjadi kepada manusia zaman sekarang. bak kata orang, kita kena up to date..kena ikut trend baru lah berbaloi..kalau ikut trend,tp hidup merana parah, jugak kawan..hinggakan apa yang penting tak dapat nak capai..tak canggih pun tak pe la,asalkan boleh guna untuk berhubung di waktu genting...

itulah manusia zaman sekarang yang hanya melayan nafsu keinginan daripada keperluan hidup..sedarlah wahai sahabat..selain mengikut kehendak,banyak benda lagi yang boleh kita lakukan seperti kita cuba untuk menabung demi masa hadapan yang bakal mendatang.tambahan lagi kpd sahabat2 yang menggunakan PTPTN sbg perbelanjaan hidup..ingat2lah,kita berhutang..jadi,hutang perlu dibayar.lau tak,nama kita di 'blacklist' kan dan semua benda menjadi kepayahan kpd kita...renung2kan, dan selamat beramal....huhuhuhu

KEINGINAN+KEHENDAK+KEMAHUAN=KEPERLUAN...betOl ke???same2 la kita fikirkan...terbaekkkk punyeee buah fikiran...chantekkkkk!!!!