Thursday, February 24, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas nikmat yang dikurniakan..
terasa sudah lama blOg ini tidak diupdate..maklumlah,masing2 sibuk dgn tugasan dan tanggungjawab..di samping beri peluang kpd pilihanraya kampus berlangsung..Alhamdulillah, PRK di UKM baru sahaja selesai..apa yang pasti, kali ini Allah telah memberi kemenangan kpd Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)..Alhamdulillah, seinfiti diucapkan..untuk kali terakhir terlibat dgn PRK, segala macam perkara dapat dilalui bersama shbt2 yang dikasihi..susah senang suka duka dilalui bersama2 tidak kira di fakulti sendiri mahupun di kawasan umum..yang pasti,kerjasama drp semua pihak amat2 memberangsangkan..

Ini menunjukkan kebangkitan mahasiswa pada tahun ini amat la memuaskan terutama kebangkitan para muslimat yang sanggup bersama2 untuk mengharungi suka duka ini..jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kpd semua jentera GMFPI yang sudi meluangkan masa dan mengOrbankan tenaga demi perjuangan Islam di fakulti tercinta..Alhamdulillah,kta masih dpt mengekalkan kemenangan di FPI dan ini membuktikan bhwasanya FPI masih lagi kubu GMUKM..tidak akan sesekali menyerahkan kpd pihak pembangkang..Tahniah diucapkan kpd YB MUHAMMAD IKRAM selaku MPP FPI bg thn 1/2..juga kpd YB MOHD ZAIM selaku MPP FPI bg thn 3...mOga terus maju memperjuangkan kebajikan mahasiswa/i FPI sebaik mngkin..

Tidak lupa juga kpd semua YB dan YBah yang berjaya merampas takhta drp Aspirasi..PMUKM menjadi milik GMUKM apabila berjaya menewaskan Aspirasi dalam PRK ini..bersama2 la kita untuk merealisasikan varsiti bersama GMUKM..sOkOngan,dOrOngan dan bantuan drp shbt2 amat diperlukan oleh MPM UKM untuk melaksanakan segala gerak kerja untuk mengisi kemenangan tersebut..kebangkitan mahasiswa/i itu menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan utk UKM tercinta..sama2lah kita merealisasikannya..segala penat lelah sepanjang gerak kerja PRK ini terbalas dgn kemenangan GMUKM..syukur alhamdulillah..

MOga semua MPP dpt jalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan terus berjuang demi ISLAM tercinta..TAHNIAH dan TAKZIAH kpd semua yang terlibat..sayang kalian kerana Allah..terima kasih utk ukhuwah yang terbina...:)

Dari MAHASISWA..kpd MAHASISWA..untuk MAHASISWA...:)
TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR...

Monday, February 14, 2011

Say NO tO Valentine's Day!!!


untuk tatapan dan pengetahuan kita semua..sedikit perkOngsian..

Dari apa yang sya dengar dan faham, tertubuhnya valentine's day ni oleh sebab kematian seorang paderi di zaman dahulu kala. Cerita dia macam ni,raja sebuah kerajaan ni tidak bagi askar askar nya kahwin masa perang berlaku. Si paderi ni pula kesian dengan askar askar yang tidak dibenarkan kahwin ni lalu beliau benarkan askar askar ini berkahwin. Apabila raja mereka mengetahui akan perbuatan paderi itu, beliau memerintahkan paderi itu dibunuh. Dan askar askar serta pasangan yang dikahwinkan paderi itu sepakat untuk bertakafur dan mengenang tarikh paderi itu di bunuh dengan mengadakan valentime day sama tarikh yang ramai orang kita(orang islam) sambut bersama kekasih mereka. Kesimpulan nya kita juga seperti askar askar itu apabila menyambut valentin(ni ustaz yang cakap dekat perak fm)

Sumber sumber lain yang boleh dipercayai

Pendapat Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

TAMBAHAN..

9 Rabiulawal 1432H.[MOD] - Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menyeru supaya fatwa pengharaman sambutan Hari Valentine diwartakan di seluruh negara. Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan "bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan lebih tegas. Katanya, masih terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut hari berkenaan walau ianya telah diputuskan sebagai "haram" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005.

"Tidak ada salahnya pihak yang diberi kuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam.

"Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa agama Islam perlu tegas dalam menjalankan kawalan pencegahan maksiat seperti itu dan bukannya terhad kepada hari Valentine sahaja.

"Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah. Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini," katanya. Katanya lagi, PPMM turut kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikai pengharaman Hari Valentine.

Beliau mendakwa, Hari Valentine itu sememangnya berpunca daripada agama Kristian serta disambut bagi mengingati seorang santonya – Saint Valentine.

"Saint Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. Saint Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya," katanya lagi.(Mkini)