Tuesday, March 29, 2011

cOretan minda


Alhamdulillah..diri ini masih diberi peluang dan kesempatan utk menikmati kehidupan dan merasai ulangtahun kelahiran yang terakhir diperbukitan ilmu UKM ini..walaupun smbutan ulangtahun tersebut tidak disusuli dgn birthday party,tidak dgn majlis makan besar atau sebagainya,tetapi ia cukup bermakna dgn ucapan daripada shbt2 seperjuangan yang tidak putus2 sehingga la tarikh 27 mac menjelma..

terima kasih diucapkan kpd semua yang sudi memdOakan kesejahteraan dan kebahagiaan diri inu..mOga2 kita sama2 memperOleh nikmat dan rahmat daripada Allah swt..kehidupan di UKM masih berbaki lebih kurang 4 mnggu sebelum melangkah keluar meninggalkan UKM perbukitan ilmu ini..pasti akan merasai kerinduan kpd UKM..terlalu banyak kenangan yang telah tercipta di sini..

di UKM diri ini mengenali dgn lbh mendalam erti perjuangan, erti keadilan dan erti kesusahan..amal jama'ie dan amal ijtima'ie amat penting apabila berada dlm organisasi..belajar menjadi pemimpin yang berwibawa yang sentiasa menjadi rujukan ahli.. yang paling penting tanpa UKM tiada erti demOstrasi dalam diri ini..terima kasih kpd sahabat2 yang sentiasa bersusah payah berjuang bersama2 selama 3 tahun..kpd sahabat2 tercinta batch tahun akhir (UPTA) memOri kita di setiap prOgram amat bermakna..kukuhkan ukhuwah walau di mana jua kita berada

Kepada sahabat2 tahun akhir, kita sama2 berusaha menyiapakn kajian ilmiah(tesis) hingga akhirnya..jangan sesekali beputus asa..perjuangan itu penting,penting lagi mnyiapkan kajian ilmiah ini..masa berbaki seminggu sebelum mencapai tahap kemuncak iaitu final exam..berusaha untuk berjaya dalam kemenangan..kpd shbt2 MPM UKM, tahniah krn diberi kepercayaan untuk mentadbir PMUKM..buat yang terbaekk..kami sentiasa akan membantu..

Untuk adik2 dan shbt2 yang baru dilantik samada di kawasan ataupun umum, tahnniah..selamat meneruskan perjuangan..utk pimpinan PMFPI 10/11,buat yang terbaek untuk PMF..kalian penyambung perjuangan tersebut..manakala utk shbt2 mantan dan mantanah,kenangan berorganisasi, susah payah bersama akan sentiasa terpahat di hati..sesungguhnya, itulah yang mengajar kita erti ukhuwah..sayang kalian krn Allah..

SELAMAT BERJAYA UTK FINAL EXAM..
SELAMAT BERJAYA MENYIAPKAN KAJIAN ILMIAH..
SELAMAT BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG BAKAL DICEBURI..
TERIMA KASIH UTK SEGALA2NYA..

terbaekkkk punyeee..chantekkkkk!!!:)

Friday, March 18, 2011

Tahniah & Syabas!!!

Alhamdulillah, dah 3 hari diriku bebas daripada memegang amanah di fakulti..dah 3 ari menggunakan pangkat MANTAN@TUN..barisan kepimpinan PMFPI sesi 2009./2010 telah selamat melepaskan jawatan dan amanah..turun naik pimpinan sudah menjadi realiti di dalam berorganisasi..oleh sebab itu, setiap pimpinan akan merasa keadaan tersebut..rasa sedih dan terharu bilamana kepimpinan sesi 09/10 dibubarkan dan pimpinan sesi 10/11 diumumkan..kami barisan mantan percaya dan yakin bhwa shbt2 pimpinan PMFPI yg baru mampu meneruskan perjuangan kami supaya lebih hebat..kalian adalah penyambung rantai perjuangan Islam di Fakulti Pengajian Islam..

Kepimpinan kali ini akan dibarisi dengan orang2 yg hebat dan mantap..ana percaya pergerakan PMFPI akan lebih kukuh dan gagah di persada UKM..PMFPI sesi 2010/2011 diterajui oleh :

YDP : Wan Mohd Naif bin Nordin (JS/2)
TYDP : Ari Kurniawan (JPDK/2)
NYDP 1 : Mohd Jarpani bin Shopiyan (JPDK/1)
NYDP 2 : Tg Nur Farah Nadia bt Tg Zakaria (JPATI/2)
S/U : Rohanizan bt A.Ghani (JPATI/2)
T.S/U : Nor Aqilah bt Baharin (JPDK/1)
BEND : Mohd Fazri Lutfi bin Latiff (JUF/2)
T.BEND : Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad (JS/1)

Lajnah Tarbiyah :
> Ahnaf Wafi bin Alias (JPQS/2)
> Nur Hafizah bt Othman (JUF/1)
Lajnah Akademik :
> Mohd Muzakhir bin Mohamed (JPATI/2)
> Nur Fathini bt Balia (JPATI/2)
Lajnah Kebajikan :
> Ahmad Mustakim bin Abdul Aziz (JUF/1)
> Noridah bt Ismail (JUF/2)
Lajnah BHES :
> Noor Hazwani bt Mohd Azmi (JPDK/2)
> Nur Hinas bt Ibrahim (JS/1)
Lajnah Hubungan Luar :
> Mohd Anasrul bin Mohd Izazi (JPDK/2)
> Noorul Izzati bin Mamat (JPATII/2)
Lajnah Ekonomi :
> Saiful Akmal bin Addanan (JPQS/1)
> Ummu Safia bt Abd Malek (JS/1)
Lajnah Informasi :
> Mohd Farhan bin Mamat (JS/1)
> Hazeni bt Harun (JPATI/2)
Lajnah Kesenian :
> Nik Husain bin Nik Long (JPQS/2)
> Nur Habibah bt Mohammad (JPDK/1)
Lajnah Sukan :
> Yaasin bin Md Rafangi (JUF/2)
> Siti Sarah bt Rohaidi (JS/1)

Tahniah di atas perlantikan tersebut..Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi..Moga ISLAM terus mekar dan subur di bumi UKM..TAHNIAH!!!!!

Sunday, March 13, 2011

Program Akan Datang!!!


kpd seluruh wrga FPI tahun 3 sekalian..Anda semua dijemput untuk menghadirkan diri bagi menjayakan Bengkel Kerjaya 2011 Anjuran MPM FPI THN 3 dgn kerjasama Kedekanan FPI & PMFPI..Moga mahasiswa/i tahun 3 FPI tidak mensia2kn peluang yang diberikan khas kepada anda semua..Pendaftaran boleh dibuat sekarang kepada 019-3471997(Syafiq) @ 014-8105001


jOm ramai2 sertai Jejak Siswa Intelek (JAKSI '11) ..pasti menarik dan pasti tertarik..hanya bayar RM5, pelbagai aktiviti menanti kalian antaranya slOt mOtivasi, jungle tracking, outdOOr aktiviti, cara nak baca peta, kompas dan macam2 lagi..lau nak tau apa lg,jOm sertai..segala kemuskilan atau pape jer, blh hubungi 0193706908 (sakinah)..rOger2 k..

Makan Malam Amal dan MAG FPI



Alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah swt masih diberi peluang untuk melakar sejarah dan cOretan di dalam blOg ini.x de cite sangat,juz perkongsian mengenai program yang saya sertai baru2 ini..pada 4 mac 11, saya bersama delegasi2 PMFPI terlibat dgn Majlis Makan Malam Amal dan Malam Anugerah Gemilang FPI utk thn 2011. Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar yang mana pihak fakulti telah menjemput Y.Bhg Naib CanselOr sbgai tetamu jemputan istimewa. Majlis Makan Amal ini adalah bertujuan utk mengutip dana bagi tabung kebajikan mahasiswa FPI. dana ini telah disumbangkan oleh antaranya ialah Kerajaan Negeri Sembilan, alumni2 FPI dan para pensyarah serta kakitangan FPI.

Manakala, Malam Anugerah Gemilang (MAG) pula adalah bertujuan meraikan pelajar2 tahun akhir FPI serta memberi penghargaan kepada pelajar2 yang cemerlang pada semester lepas.Tahniah diucapkan kpd semua penerima anugerah tersebut. Antara anugerah yang disediakan ialah Anugerah Dekan, Anugerah Pelajar Mithali (Alumni) dan Anugerah Pelajar Terbaik (Alumni). di samping itu,turut terdapat persembahan drpd pelajar2 antaranya ialah Dikir Barat drpd kmpulan Tunas Warisan, persembahan kebudayaan drpd Pusat Kebudayaan UKM, bacaan puisi drpd Prof Idris Zakaria dan Ust Shukari Hamzah, persembahan nasyid daripada kmpulan Da'ie dan persembahan teater drpd pljar2 thn 3 jabatan Dakwah..

Majlis diteruskan dgn penyerahan replika cek sumbangan hasil kutipan daripada semua pihak.penyerahan tersebut disampaikan oleh Prof Madya Dr.Ahmad Redzwan selaku Pengerusi Majlis Makan Malam Amal FPI kepada Dekan FPI Prof. Dr Nasran Mohammad sambil diperhatikan oleh Y.Bhg Naib Canselor..seterusnya cabutan bertuah sebanyak 20 cabutan dan majlis bersurai jam 11.15 mlm..semua riang bergambar beramai2 sebelum pulang.

terima kasih yang tidak terhingga kpd smua yang melibatkan diri samada secara langsung atau tidak langsung..kalian memang TERBAEKKKK..

Tuesday, March 1, 2011

Mengimbau kenangan lalu


Alhamdulillah, untuk segala nikmat yg dikurniakan oleh Allah swt terutama nikmat Islam dan nikmat Iman...mngkin ini cuma cOretan ringkas daripada saya..sepanjang 3 tahun berada di bumi UKM, tahun ini adalah penentuan segala2nya..dan kenangan yg paling tidak dapat dilupakan..pilihanraya kampus(PRK) yang mngkin terakhir bagi saya di bumi UKM..pelbagai kenangan yg tercipta..samada kenangan manis ataupun pahit...

dataran gemilang (DG) mnjadi saksi kpd kemenangan pejuang2 Islam di bumi UKM..DG mnjadi saksi titisan airmata mahasiswa/i yg inginkan perubahan..airmata pejuang2 agama..tiada apa yg dpt digambarkan melainkan dgn ucapan syukur yg tidak terhingga..PRK 2011 diakhiri dgn kOnvOi perdana seluruh UKM dan sujud syukur pejuang2 agama di masjid UKM jam 1.00 pagi..

Inilah kenangan yg paling bermakna sepanjang berada di bumi UKM..terpateri dalam sanubari hngga ke anak cucu..kemenangan GMUKM dlm prk merupakan petanda bhwa mahasiswa/i UKM menginginkan perubahan..BERSATU BERUBAH..mOga GMUKM mampu membuat perubahan untuk UKM tercinta..kpd MPM yang telah diberi mandat, jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin...yOu'll never walk alOne..:)
kami sentiasa bersama kalian..

HIDUP,HIDUP..MAHASISWA..BANGKIT,BANGKIT..MAHASISWA..
STUDENT POWER!!!!
TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR

p/s : setiap kali melihat gambar2 sepanjang PRK terutama malam kemenangan, pasti airmata akan mengalir..airmata tanda kesyukuran dgn pertOlOngan drp Allah dan penat lelah sahabat2 mendapat ganjaran yg besar..bersama mengisi kemenangan

Malam Kemenangan GMUKM (himpunan perdana)

airmata kemenangan, kegembiraan dan kesyukuran..alhamdulillah

saat mendengar pengumuman kemenangan GMUKM dlm PRK 2011

lambaian kemenangan..terbaekkkk punyeeee

hidup,hidup..mahasiswa...bangkit,bangkit..mahasiswa..Takbir!!!

student!!!!pOwer!!!

siapakah yg bakal dinObatkan MPM GMUKM@PMUKM????

siapakah yg bakal dinObatkan MPM GMUKM@PMUKM???

peminat encik musa zainal abidin Othman (sayang en.musa)

laungan keramat takbir dan student pOwer

Hari Penamaan CalOn (perarakan perdana GMUKM

Bakal-bakal YBah GMUKM

Bakal-bakal YB GMUKM

Srikandi-srikandi GMUKM(gelOmbang ungu)

Jentera GMUKM(terbaekkk punyeee)

Jentera rasmi GMUKM

semestinya berGM lebih baik

p/s :Masih mengimbau saat2 PRK yang berlaku pd mnggu lepas..kenangan bersama2 shbt seperjuangan sebelum,semasa dan selepas PRK..alhamdulillah, pengOrbanan selama ini di balas dgn kemenangan ISLAM..PRK tahun ini memberi kenangan yang paling manis sepanjang 3 tahun berada di UKM..pasti akan mengingati setiap detik dlm tempOh PRK..tahniah utk semua...:)