Friday, September 30, 2011

Selamat di'ijabkabul'kan....


Alhamdulillah, cik wanie masih dapat meneruskan aktiviti mengupdate blOg cik wanie..walaupun tiada pengkhususan yang ingin dipOst kan, tetapi setiap apa yang cik wanie lalui dalam hidup ingin dikOngsikan di dalam blOg cik wanie..Alhamdulillah dan syukur, tanggal 25/9/2011 cik wanie beserta sahabat2 perjuangan Fakulti Pengajian Islam UKM telah selamat di'ijabkabul'kan dengan segulung ijazah..berkat perjuangan dan pengajian selama 3 tahun di perbukitan ilmu UKM, maka cik wanie dan teman2 berjaya lalui ijabkabul tersebut setelah melalui prOses merisik, melamar dan meminang..detik 2.00 ptg cik wanie dan teman2 melangkah kaki menuju ke dalam Dewan CanselOr Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk majlis KonvOkesyen kali ke 39..dan detik 3.45 ptg cik wanie melangkahkan kaki menuju ke pentas utama untuk menerima ijazah daripada Pro CanselOr UKM Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz..

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun jantung berdegup dengan pantas dan kencang..cik wanie dan teman2 dapat melakar sejarah dan kenangan sepanjang berada di UKM..segala susah payah dan pahit manis dilalui bersama teman2 perjuangan dan diakhiri dengan memOri yang indah..Syabas dan Tahniah diucapkan kepada teman2 yang telah bergelar graduan pada Majlis KonvOkesyen UKM kali ke 39...Alhamdulillah, Anugerah Pelajaran DiRaja tahun ini diberikan kepada Graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, manakala Anugerah Naib CanselOr pula diberikan kepada sahabat perjuangan cik wanie daripada Fakulti Pengajian Islam dan juga Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan..Sekalung tahniah diucapkan....walaubagaimanapun,semua sahabat cik wanie berjaya menamatkan pengajian..TAHNIAH...

kegembiraan ini cik wanie ingin kOngsikan bersama dengan sahabat2 cik wanie yang bakal bergelar graduan pada tahun hadapan..selamat meneruskan perjuangan..dOa cik wanie sentiasa mengiringi kalian...