Thursday, May 23, 2013

TTEMU MATO!!!

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi semua..

Alhamdulillah..untuk nikmat kehidupan hari in..pejam celik pejam celik, dah masuk 13 rejab ye..sungguh cepat masa berlalu..48 hari lagi menuju ke medan Tarbiyyah Ramadhan..Allahu Rabbi..mudah-mudahan sampai ke medan tersebut..Dah lama rasanya saya tidak menulis..seminggu kOt..berehat menghilangkan keserabutan fikiran sementara..hehehhe..

Ermmm..saya nak kOngsikan sedikit pengalaman sewaktu saya dan sahabat-sahabat anak muda Pengkalan Chepa membuat ziarah ilmu ke kediaman Tok Guru..ataupun dikenali sebagai ttemu mato denge tok guru..Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa menunggu sedikit lama untuk bertemu beliau, akhirnya penantian kami membuahkan hasil..Sesiapa yang bersabar, pasti akan mendapat ganjarannya.. Dalam pertemuan tersebut, TGNA berkongsi serba sedikit tentang perjuangan..Menurut beliau, anak muda tidak sepatutnya lemah dengan ujian, cacian, tetapi perlu mengambil iktibar daripada kisah2 Nabi sewaktu berdakwah..

Menurut TGNA lagi, Islam ini Syamil (Syumul) yakni menyeluruh..Bukannya separuh-separuh..Solat maghrib dan subuh, tapi tak solat zohor, asar dan isyak.. Kita ini adalah ummatul ijabah, iaitu golongan yang menerima seruan Nabi s.a.w serta beriman kepada Allah s.w.t.. Sebab itu di dalam Al-Quran disebut 'Wahai orang-orang yang beriman' dan tidak disebut 'Wahai orang-orang Islam'...

Walaupun TGNA hanya dapat meluangkan masa sekejap sahaja, tetapi ia cukup bermakna untuk kami meneruskan lagi perjuangan ini... Sungguh, Islam ini adalah satu anugerah kepada setiap manusia dan hamba Allah yg hidup di dunia ini.. Ramai daripada kita pada hari ini Islam hanya pada nama tetapi tidak pada perbuatan.. Sama-samalah kita berdOa semoga kita menuju jalan yg lurus dan benar..

sumber : Jib Binjai

Terima Kasih TGNA kerana sudi menerima kunjungan daripada kami... WE LOVE TOK GURU

*sedikit gambar untuk tatapan sahabat-sahabat





Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU!!!

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi.. Sobahul khair

Alhamdulillah..akhirnya, tiba juga 16 Mei..dah lama saya tunggu..Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur dan diberi nikmat kehidupan..Syukur..

Ingat tak 16 Mei ada apa??Haaaa..Jangan lupan..16 Mei tiap tahun adalah HARI GURU..mesti sekOlah2 akan buat sambutan hari guru ni..Sama la jugak dengan sekOlah saya..tapi kami tak buat tarikh tu, kami lewatkan sedikit kerana pada tarikh ini kebiasaannya pelajar2 sedang menduduki peperiksaan..Sekarang pun  adik2 sekolah saya tengah berperang dengan mata pena..mudah2an mereka berjaya.. Kebiasaannya, dalam sambutan hari guru ni macam-macam aktiviti yg diadakan...Semua itu adalah untuk menghargai jasa dan pengOrbanan seorang guru..Tanpa mereka. mungkin susah untuk berjaya..

Sempena dengan Hari Guru hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik saya sejak kecil hingga dewasa.Tetapi hakikatnya, guru yang paling besar pengorbanannya adalah IBU saya.. kepada cikgu2, ustaz ustazah terutama di SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor, terima kasih kerana menjadikan saya seorang manusia yang berjaya..Juga kerana banyak bersabar dengan karenah saya...Hakikatnya saya pelajar yang baik..nakal tu kadang2 je..hehhehe.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian..In Sha Allah..saya sayang cikgu2 saya.. Sedikit bingkisan puisi (kot) yang pernah saya buat dan masukkan dalam Majalah sekOlah tentang Guru beberapa tahun yang lalu..:-

FROM THE BOTTOM OF MY HEART :)

From the bottom of my heart,
Thanks fOr all yOur kindness,
And being sO suppOrtive teacher,
Like thousand of blossoms,
Bloom on their branches..

From the bottom of my heart,
Thanks for being so patient,
Like a mother with ten children..

From the bottom of my heart,
Only God will bless yOu,
For what you're dOne fOr me..

Only God will bless yOu,
For all yOur care tO me,
Even though I make mistakes,
I see that you're always there fOr me..

For that, teacher,
I will LOVE yOu fOrever!!!!







Wednesday, May 15, 2013

( ^ _ ^ )

Assalamualaikum Wbt dan Selamat Petang!!!

Alhamdulillah..saya masih berdaya untuk menulis..syukur alhamdulillah..sesungguhnya, nikmat ini adalah kurniaan Allah swt kepada hamba-hambaNYA..kejap sahaja masa berlalu..pejam celik pejam celik, dah 5 rejab..sungguh pantas ia berlalu.. " Demi Masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian..melainkan orang-orang yang  beriman dan beramal sOleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran.." (Al-Asr : 1-3)

Dah masukwaktu asar..sahabat2 dah solat ke belum??kalau belum bolehlah tunaikan kewajipan dulu sebelum melakukan kerja-kerja lain..in sha Allah, mudah-mudahan dipermudahkan urusan dan diberkati..Sesungguhnya, tidak ada daya dan kekuatan bagi ku melainkan Allah..Sebagai manusia, kita tidak mampu untuk menolak TAKDIR dan kita tidak dapat tidak akan diuji dengan pelbagai ujian..Boleh jadi ujian itu yang mampu dilihat dengan mata kasar..dan boleh jadi juga ujian melalui perasaan hati..Resah dan gelisah juga boleh dikatakan sebagai satu ujian...

Tapi jangan bimbang..Setiap yang berlaku pasti ada penawarnya..saya ingin kOngsikan dOa yang boleh dibaca bilamana kita berada dalam keadaan resah dan kesedihan..In Sha Allah ia dapat merawat hati kita daripada kesedihan itu.. Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga berada dalam tekanan, amalkan dOa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dia yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.. Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa.. Dan kesedihan itu juga ibarat demam yang membuat tubuh mejadi lemas dan tak berdaya kerana ia memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan.. Jadi, bagi mengatasinya sama-samalah kita amalkan dOa ini dan cuba melawan perasaan tersebut...






Renung-renungkan dan Selamat Beramal!!!





Tuesday, May 14, 2013

MOMENT OF GE 13

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi sahabat sekalian..

Alhamdulillah..dah masuk 4 rejab ye..sungguh pantas masa berlalu..pejam celik, pejam celik kita dah berada di bulan rejab..lagi 2 bulan nak memasuki gerbang Ramadhan..in sha Allah..mudah-mudahan kita semua akan disampaikan Allah untuk bulan ramadhan itu..

Saya sebenarnya xdek pape yang nak dikongsikan buat masa ini..cumanya sedikit kenangan yang sempat didokumentasikan melalui gambar sepanjang berlangsungnya PRU 13 atau GE 13..lagi 5 tahun kita akan berhadapan dengan PRU 14..ayuh kita persiapkan sekarang...

jOm sama-sama lihat serba sedikit gambar yg ada dalam simpanan saya..In Sha Allah, ia akan menjadi kenangan saya hingga ke anak cucu nanti...

Penamaan Calon di SMK Pengkalan Chepa bagi Parlimen Pengkalan Chepa



Sambil menunggu, sambil melaungkan zikir..Allahu Akbar


Ceramah Berkelompok..Calon Parlimen PC


Flashmob Anak Muda PC


Persiapan bahan-bahan untuk Flashmob dan sebar risalah..gO gO gO


Model Undilah PAS


Dapat baju t-shirt sehelai


Suasana di Pos Panas PAS sewaktu hari pengundian..


Undilah PAS


Warga Kerja Pos Panas PC


Dikunjungi oleh calOn Parlimen PC PAS


Makan setelah penat bekerja


Kami tetap bersama..


DCC yang paling semangat...

sekian, terima kasih...


Friday, May 10, 2013

REJAB

Assalamualaikum wbt dan Selamat Petang!!!

Alhamdulillah..masih lagi berpeluang untuk menulis..Sebelum tu, saya nak ucapkan Salam Sayyidul Ayyam kepada semua..Mudah-mudahan banyak amalan yang kita semua lakukan untuk hari ini..Alhamdulillah jgk kerana kita berada di jumaat terakhir bulan jamadil akhir..pejam celik, pejam celik dah habis bulan jamadil akhir..dan dah nak masuk bulan rejab..nampak gayanya kena gandakan lagi amalan untuk bulan rejab ni ye..Sama-sama la kita berusaha meningkatkan pahala deh!!

Bagi mana-mana muslimat yang masih belum melangsaikan hutang puasa tahun lepas, sila lakukan secepat mungkin..hanya berbaki 2 bulan je lagi nak masuk bulan ramadhan..Bukan apa, kita cuma takOt nanti berlaku apa-apa dan tak sempat nak langsaikan hutang tu..Bagi yang dah langsaikan hutang tu, tahniah dan alhamdulillah diucapkan..Boleh la teruskan dengan puasa sunat isnin, khamis dan sewaktu dengannya..Mudah-mudahan bertambahlah amalan kita nanti..In sha Allah...

Ok, orang kata 11 mei ni Hari Ibu ek??bagi saya setiap hari adalah hari ibu..tak dek pengkhususan tarikh pun..yang pasti 11 mei adalah 1 rejab 1434H..Malam ni jangan lupa tau perbanyakkan dOa..hanya pada Allah kita mampu memohon pertolongan..Sesiapa yang mampu untuk berpuasa esok, cukup besar ganjarannya..Jom kita pakat cuba puasa esok nak??Cuba dulu..klau tak bOleh xpe la..hehehehe



Oklah..dah nak asar ni..jOm kita siap-siap untuk solat asar..pesanan saya, jangan lengahkan sOlat tau..nanti Allah tangguhkan rezeki dan segala kebaikan untuk kita..Salam Asar semua..mudah-mudahan kita akan sampai ke bulan rejab, sya'aban dan ramadhan..

jumpa lagi dalam pOst yang seterusnya..Wassalam..

Thursday, May 9, 2013

DOA SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi!!!



Alhamdulillah..ketemu kembali kita...mudah-mudahan sahabat2 berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..in sha Allah..hari ini saya ingin menceritakan sedikit kisah tentang persahabatan..kadang-kadang kita terleka dan terlupa bahawasanya peranan seorang sahabat amat penting dalam kehidupan kita..Kisah ini diambil setelah saya merasakan kepentingan sahabat dalam kehidupan kita..Sama-sama hayati :-

" Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama untuk menuju ke suatu tempat.. Dengan takdir Allah, kapal yang dinaiki mereka bOcor lalu mulai karam sedikit demi sedikit..Lalu mereka berdua berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah mereka tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kOsong..

Ternyata, pulau tersebut tidak berpenghuni, malah kering kontang tiada sebatang pOhOn pun.. Mereka tetap bersama, berdoa dan berdoa kepada Allag mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup.. Namun, setelah sekian lama, sepertinya dOa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan walau satu pun..

Sehinggalah suatu hari salah seorang dari pemuda tersebut berasa hampir putus asa..Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah yang berlainan..Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka merupakan seorang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka tidak dimakbulkanNya..Sahabatnya hanya mengangguk tanda bersetuju tanpa membantah.. Maka bermulalah kehidupan mereka secara berasingan..Si pemuda itu mula berdoa kembali kepada Tuhan, memohon agar diberikan minuman kepadanya..Ditakdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah..

Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah disitu masih kering kontang tanpa setitis airpun..Kemudian pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan..Dengan izin Allag, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya..Sekali lagi dia menjengul ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ..Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah..dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah..Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah.."Pastinya kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan..kerana itulah doanya tidak dimakbulkan.."

Lalu pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi..Hinggalah kemuncaknya, pemuda tersebut memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya..Dengan takdir Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan
menghampiri pulau tersebut..Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu..

Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tuan yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu..Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan..Lalu orang tua itu menegur , " Mana sahabatmu yang seorang lagi???" Pemuda itu menjadi takot, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu.. "Sahabat yang mana satu?"" "Sahabatmu yang di pulau itu.."

Terkejutlah pemuda itu apabila mendengar jawapan orang tua tersebut..Lalu pemuda itu  menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung.." Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan dOanya??" kata pemuda itu..Lantas orang tua tersebut pun menjawab.."Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun dimakbulkan kesemuanya oleh Allah.." "Apakah doany??" tanya pemuda itu dalam keterujaan..

" Sesungguhnya, sepanjang waktu , dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan..Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telah pun diperkenankan oleh Allah.." Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan..Subhanallah..MasyaAllah..Allahu Akbar.. Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu..Alangkah bertuahnya..alangkah bertuahnya..Alangkah bertuahnya dia!!!"

p/s : Maka, saya mengakhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan.."Apakah anda yang mulia ini sudi menjadi SAHABAT saya???dan sudi memberikan saya peluang untuk menumpang barakah anda????"

Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca!!!









Tuesday, May 7, 2013

TOK GURU

Assalamualaikum wbt..Selamat Petang!!!

Apa la agaknya yg dibuat oleh antum smua ye??tengah study ke??tangah kerje ke??tengah rehat2??erm, ana tengah kerja sambil2 meng'update' blOg...Tak dek ape yg ana nak ceritakan, cuma sebagai mengingati dan mengenang kembali sepanjang 23 tahun Tok Guru mentadbir Kelantan..Telah banyak berlaku perubahan pada Negeri Kelantan..bak kata orang utara, " hak ni la yang kita caghi "... semalam telah sah bahawa orang lain yang menggantikan Tok Guru sebagai Menteri Besar..Setelah 23 tahun, Tok Guru akan berehat daripada pentadbiran negeri, tapi bukan daripada perjuangan Islam... Di bawah ini ana terbaca sedikit fakta tentang Tok Guru yang telah ditulis oleh seseorang..Ana cuma ingin kOngsikannya di sini..


Sedikit fakta yang telah disedakan adalah seperti berikut :

1) FAKTA : TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2) FAKTA : Pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urus tadbir kewangan walaupun dana disekat.

3) FAKTA : pemimpin pertama yang tidak duduk di rumah Menteri Besar, sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4) Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin Parti Timbang Kilo.

5) Dialah ulamak, pemimpin, murabbi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman  fitnah media.

6) Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

7) Sistem pentadbiran kelantan patut dicontohi.

8) Sistem wang sunnah pertama di dunia oleh Kelantan Trade Golden dengan wujudnya dinar dan dirham.

9) Wibawa yang mendapat rating tertinggi dalam urus kewangan . (rujuk Audit Negara)

10) Satu-satunya pemimpin yang banyak mengeluarkan buku dan mutiara kata . Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh mOral yang bertauhid Allah taala.

* 23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah..10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT  dan meninggalkan asas yang cukup teguh untuk diwarisi oleh generasi sahabat...

* 23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama..Cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan..SemOga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia...


*Tok Guru tetap di hati rakyat..WE LOVE TOK GURU.. takbir!!!!!!

PIMPINAN 2013

Alhamdulillah..setelah selesai PRU 13, semalam telah berlaku majlis mengangkat sumpah bagi pembentukan kerajaan Kelantan untuk penggal ke 13..Apa yang mengejutkan ramai ialah apabila peralihan kuasa atau pucuk pimpinan bagi jawatan Menteri Besar..kita sepatutnya terima dengan terbuka keputusan yang dibuat oleh syura, bukan mempertikaikan keputusan tersebut..Bagi pihak ana sendiri, mungkin syura lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat Kelantan dengan pucuk pimpinan yang baru ini..Seharusnya kita sama-sama mendOakan dan bersama-sama mereka dalam merealisasikan amanah dan tanggungjawab terhadap Kelantan..

Tahniah dan Takziah diucapkan kepada Dato' Ahmad Yaakub kerana telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang menggantikan Tok Guru..sesungguhnya, amanah Allah ini sangat berat..tetapi ingatlah, Allah tidak akan membebani seseorang tanpa keupayaannya..Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita..Sama-samalah kita terima keputusan yang telah ditetapkan ini..Manakala Timbalan Menteri Besar ialah Dato' Mohd Amar (Adun Panchor)...Semoga dengan gandingan ini akan memantapkan lagi Pentadbiran Negeri Kelantan..in sha Allah..Dan antara Exco2 yang kekal ialah :


  • Dato' Abd Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau)
  • Datuk Anuar Tan Abdullah (Adun Kota Lama)
  • Mej (B) Dato' Md Anizam Abd Rahman (Adun Kemahang)
  • Dato' Che Abdullah Mat Nawi (Adun Wakaf Bharu)
  • Dato' Dr. Fadzli Dato' Haji Hassan (Adun Temangan)
  • Dato' Nassuruddin Daud (Adun Meranti)

Exco Baru :


  • Hanifa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir)
  • Dr. Ramli Mamat (Adun Bunut Payong)
  • Mumtaz Md Nawi (Adun Demit)


* Tahniah dan Takziah diucapkan kepada semua..Selamat Menjalankan Tugas


MB dan TMB Kelantan..maap ler..cOpy paste gambaq..


Exco-Exco Kelantan 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..sesungguhnya, tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah swt..alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati sisa2 kehidupan dengan lebih bersemangat..perjuangan dalam pilihan raya ke 13 telah selesai..Janganlah kita bersedih hati dengan apa yang telah ditetapkan..sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

Tahniah dan Takziah diucapkan kepada jentera2 yang terlibat siang dan malam bagi mengekalkan tampuk kepimpinan ulamak di Kelantan..Tahniah kepada para perwakilan yang telah berjaya memenangi hati rakyat Kelantan..apa yang pasti, perjuangan dalam menunaikan amanah adalah suatu tanggungjawab yang sangat besar..bersama-samalah kita berganding bahu dalam memastikan amanah dilaksanakan dengan sebaik mungkin..Persediaan menuju PRU 14 harus dimulakan dari sekarang demi kelangsungan Islam..

Terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang tercipta sepanjang proses menghadapi PRU 13 bersama sahabat2 perjuangan..pahit, manis, suka dan duka..Ana akan simpan dan abadikannya untuk memori ana dan keluarga..Walau apapun yang terjadi, berpijaklah di bumi yang nyata..Pakatan Rakyat tidak kalah, cuma belum diberi kemenangan oleh Allah..kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik..La Tahzan wahai sahabat2..bangkitlah dari kesedihan..ayuh kita berganding bahu merealisasikan impian semua untuk melihat PR berada di Putrajaya..in sha Allah..

ayuh anak muda..ayuh pejuang Islam..ayuh kita mara ke hadapan...

inilah YB2 bagi kawasan  Pengkalan Chepa..Takbir!!!