Tuesday, April 30, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA!!!

Assalamualaikum..Selamat Petang

Alhamdulillah..ana baru berkesampatan untuk berblOg..huhuhu..tak tahu apa yang disibukkan hari ini.. Ermm, memandangkan esOk adalah cuti, maka ana nak ambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua pekerja yang telah bertungkus lumus...tahniah untuk kalian kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.. Sahabat2 kena ingat, bekerja adalah satu ibadah tau..jadi jalankannya sebaik mungkin..in sha Allah, rezeki yg kita dapat hasil daripada kerja kita tu akan lebih berkat..

Dalam Al-Quran juga Allah ada berfirman, maksudnya " Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu..begitu juga RasulNYA dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNYA kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.." (9:105)..in sha Allah, kita sama-sama hayati dan dalami maksudnya ye.. Ok, selamat bercuti kepada semua..Jangan lupa hari khamis kerja balik tau..bagi yang terus bercuti, manfaatkan cuti anda sebaik mungkin..Jangan lupa juga 5 MEI 2013 (AHAD)...TURUN MENGUNDI tau...

INI KALILAH... KITA KEKAL KELANTAN, UBAH PUTRAJAYA