Thursday, December 31, 2009

PESANAN IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya..Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"..Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan akal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 ) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
p/s: SELAMAT TAHUN BARU 2010..kepada semua..

Saturday, December 26, 2009

kEnAnGaN!!!







p/s : salam dan selamat kembali..
rasanya dh lama x update blog ni..maklumlah,cuti katakan..tapi ari ni pun x da pape maklumat yang ingin disampaikan..cuma sekadar untuk meng update blog ini..mungkin banyak peristiwa yang berlaku semasa cuti panjang..tapi setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya..moga apa yang berlaku itu dapat dijadikan sebagai iktibar untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan..gambar ni antara peristiwa yang berlaku sewaktu cuti ana..majlis perkahwinan kakak ana..NOOR AZILA DAN MOHD HAFIZI...semOga berbahagia hingga akhir hayat..AMIN!!!

Wednesday, November 25, 2009

peringatan!!!

8 daripada 25 wasiat RASULULLAH..

1) IKHLASKAN AMAL IBADAT : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesiapa yang melakukan (satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang melakukan (suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, allah akan memperlihatkan kecacatannnya.

2) KENIKMATAN SYURGA TIDAK TERHITUNG : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun tanpa melepasinya.

3) TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH : rasulullah s.a.w bersabda; Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.

4) CARILAH ERTI KEKUATAN SEBENAR : Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.

5) DISEBALIK KESUSAHAN ITU ADA HIKMAH YANG BANYAK : Rasulullah s.a.w bersabda; Setiap musibah yang ditimpa ke atas orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan,sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.

6) WUJUDKANLAH KASIH SAYANG ANTARA MUSLIM : Rasulullah s.a.w bersabda; Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.

7) WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN ADIL : Nabi s.a.w bersabda; Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan sama ada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya.

8) TERUSLAH BERUSAHA MENCARI HARI KEMENANGAN ORANG MUKMIN : Nabi s.a.w bersabda; Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok berkata : Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok Yahudi.


p/s : selamat menyambut ari raya aidiladha kepada semua!!!

Thursday, November 12, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

KiSaH BeNaR!!!!

salam ukhuwah..

sebelum ana meninggalkan dunia blog tuk sementara waktu,suka untuk ana kOngsi sebuah kisah benar yang berlaku pada diri ana malam tadi..kisah ini bermula sekitar jam 1 pagi(12/11)..sedang leka ana melayari internet,tiba-tiba ana dikejutkan dengan panggilan telefOn..panggilan tersebut datang daripada abang ipar ana yang berada dikampung..apa yang terlintas difikiran ana pada ketika itu ialah,berita mengenai kakak ana yang akan bersalin..rasa gembira melanda diri,tapi apabila panggilan itu dijawab,nescaya semua yang terlintas difikiran hilang dengan begitu sahaja..tekaan ana tidak tepat..abang ipar ana menghubungi ana dan bertanya mengenai kakak ana yang bekerja di Putrajaya samada ana ada berjumpa dengannya atau berhubung dengannya pada hari tersebut..ini kerana,pada jam 12.45mlm ada seorang pegawai pOlis telah menghubungi mama ana dan menyampaikan berita mengenai sebuah kereta Gen-2 yang bernOmbOr pendaftaran WRV4149 telah ditemui ditepi jalan di kawasan rehat Damansara..di dalam kereta tersebut terdapat kad jemputan kahwin dan dikad jemputan tersebut ditulis nombor telefOn mama ana dan kakak ana..

setelah puas pegawai pOlis tersebut menghubungi kakak ana,mereka mengambil keputusan tuk menghubungi mama ana..setelah selesai pegawai tersebut menyampaikan berita tersebut,mama ana dengan pantas menyuruh abang ipar ana untuk menghubungi semua anak2nya tuk memberitahu perkara tersebut..ana dengan rasa sedih,sebak didada mendengar berita cuba kuatkan diri untuk menghubungi kakak ana..tetapi,panggilan tersebut tidak diangkat oleh kakak ana..ana cuba inisiatif yang kedua dengan menghubungi tunang kakak ana@bakal abang ipar ana untuk menanyakan tentang kakak ana,tetapi panggilan itu juga tidak berjaya..pada saat itu,hanya Tuhan sahaja yang mengetahui keadaan ana..betapa risaunya hati apabila semua panggilan yang dibuat tidak berjaya..pelbagai spekulasi telah melanda fikiran ana pada waktu itu..setelah lama mencuba,tepat jam 1.45 pagi barulah panggilan ana dijawab oleh kakak ana..rupa2nya,ketika semua sibuk menghubunginya,dia sedang lena di rumahnya tanpa telefOn di sisi..akhirnya,Allah telah menyedarkannya daripada tidOr dan terdetik dihatinya untuk mencari handsetnya..apabila handsetnya dijumpai,dia terkejut melihat 30 panggilan yang tidak dijawab daripada semua ahli keluarga..

Terdetik dihatinya untuk menghubungi semula abang ipar ana kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini di kampung..abang ipar ana telah memberitahunya mengenai kehilangan keretanya dan meminta kakak ana untuk pergi melihat samada betul atau tidak mengenai kehilangan keretanya..setelah abang ipar ana memberitahu mengenai kehilangan keretanya itu,dia bersama teman serumahnya bergegas pergi ke tempat parking kereta dan mendapati memang betol keretanya telah dicuri..dia tidak sedar dengan kehilangan keretanya yang diletakkan dikawasan taman berhampiran dengan rumahnya..tetapi,rezeki masih menyebelahinya kerana kereta itu sempat dijumpai oleh pOlis perOnda yang melalui kawasan Damansara tersebut..Allah masih melindungi keretanya daripada dicuri..walaupun di dalam kereta tersebut mempunyai beberapa barang untuk dijadikan hantaran perkahwinannya,tetapi barang tersebut tidak diambil oleh pencuri..yang hilang hanyalah smart tag dan wang2 syiling yang digunakan untuk membayar tOl...

Dalam kul 2 pagi,kakak ana dan kawannya bergegas ke balai pOlis untuk mengambil kereta tersebut..dan kakak ana sempat untuk mengedarkan kad jemputan kahwinnya kepada pegawai2 pOlis yang ada di balai pOlis tersebut..apa yang bOleh dikatakan di sini,bahawasanya pencuri itu bukanlah seOrang yang pakar didalam melakukan kerja2 mencuri..nak tau kenapa??sebab ada kemungkinan dia meninggalkan kereta tersebut ditepi jalan setelah melihat pOlis perOnda sedang merOnda kawasan tersebut..perasaan takOt masih wujud di dalam diri pencuri tersebut..alhmadulillah,kereta tersebut masih lagi selamat dan yang paling penting segala tanggapan negatif yang merasuk fikiran ana pada ketika itu semuanya tidak benar..yang pasti keselamatan kakak ana terjamin..mOral of stOry,jagalah kereta anda sebaik mungkin..huhuhu..bila diingat kembali peristiwa ini,seolah-olah suatu rekaan semata2..tetapi inilah hakikat yang melinda kami sekeluarga..takOt,bimbang,resah,sedih dan kelakar..bOleh dijadikan sebagai kisah nOvel dan filem..ini bukan imaginasi ana semata2 tau..tetapi realiti yang berlaku..

pape pun,selamat pengantin baru ana ucapkan pada my sister..mOga berkekalan hingga akhir hayat..dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan selamat menyambut ari raya..mOga ketemu lagi sem hadapan....
C-cuti
U-untuk
T-tingkatkan
I-iman...

p/s : kepada sahabat2,jemputlah datang ke rumah ana pada ari raya haji yang kedua nanti...huhuhu..

Monday, November 9, 2009

MemOri iTu!!!

Album: Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com


Tiap bertemu kan berpisah yang awal ada akhirnya
Itulah lumrah dunia ketetapan dari yang Esa
Kenangan mengajar kita erti hubungan manusia
Tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta

Sebuah memOri yang tersingkap kembali
Kisah pertemuan kali pertama
Di dalam taman yang mengajar kita
Erti kehidupan penuh pancarOba

Di sini kita berjanji setia
Berjuang menOngkah awanan cita
Menanti jernih hujanan kejayaan
Berkat dari usaha dOa tulus padanya

Tutur kata guru bagaikan azimat
Sering mendidik jiwa yang lemah ini
Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya
Dan menjadi bekalan kami di hari muka

Oh temanku masihkah kau ingat
Susah senang harungi bersama
Pahit manis kita rasainya
Demi harapan kedua ibu bapa

Sendau gurau...senyum tangis sendu
Masih lagi segar di ingatan
Rindu hati ingin bersemuka
Setelah kita berpisah sekian lama

Kupanjatkan dOa agar dipertemukan
Kerana kudratmu tiada batasan
Bertemu,berpisah hanya kerana Allah
Ukhuwah yang terbina anugerah dariNya

Lirik :Fakhrul/ Mat Khir
Lagu Amir/ Isham


p/s : ditujukan khusus buat sahabat2 yang dikasihi sekalian..

SaLaM uKhUwAh & SaLaM MaHaBBaH!!!

setelah 3 minggu berentap di medan peperangan ilmu(peperiksaan),semakin ramai yang berjaya menamatkannya pada hari ini..termasuklah penulis sendiri..alhamdulillah kerana berjaya menamatkan peperangan tersebut..tahniah kepada pelajar jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan tahun 2 modul pengurusan Islam kerana berjaya menamatkan peperiksaan pada pukul 10.30 pagi tadi..kepada sahabat2 daripada modul kaunseling Islam dan komunikasi Islam, teruskan perjuangan antum..hanya tinggal beberapa ari sahaja sebelum menamatkan peperangan tersebut..masih ada setapak untuk sahabat2 melangkah sebelum bebas daripada kepOmpOng study..sebelum melangkahkan kaki ke kampung masing2..tidak lupa juga kepada sahabat2 daripada jabatan lain dan mungkin juga daripada fakulti lain dan universiti lain selain UKM..apa yang ingin penulis ingatkan ialah berhati2 tidak kira di mana jua sahabat2 berada..ini kerana,sahabat2 masih lagi berbaki setahun setengah atau 3 semester sebelum mendapatkan segulung ijazah..kita masih perlu berjuang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kejayaan..

penuhi masa cuti sahabat2 dengan aktiviti2 yang berfaedah yang boleh memberi manfaat kepada kita sebagai pelajar..walaupun peperiksaan telah tamat, tetapi ingatlah..perjuangan kita tidak terhenti di sini..kita masih perlu berjuang untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan berjuang untuk mendapatkan kejayaan..jangan lupa untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan qiamullail dan sentiasa berdOa untuk kecemerlangan kita bersama..semOga kita sama2 memperOleh kejayaan di dalam pertempuran yang dilalui selama 3 minggu ini.

di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat bercuti kepada sahabat2 yang akan pulang bercuti di kampung masing2 dan kepada yang tidak pulang bercuti,janganlah bersedih hati..mungkin sahabat2 masih berpeluang untuk pulang ke kampung bersempena dengan sambutan hari raya aidil adha untuk menyambut ari raya bersama2 keluarga tercinta..juga penulis ingin mengucapkan selamat menyambut ari raya aidil adha kepada sahabat2 sekalian..mOhOn maaf tuk segala2nya sepanjang satu semester yang dilalui pada sesi 09/10 ini..di harap,kita masih diberi peluang untuk bertemu pada semester yang akan datang..dan sama2 meneruskan perjuangan di muka bumi Allah dan menegakkan agama Islam yang tercinta..


" bertemu berpisah hanya kerana Allah...ukhuwah yang terbina anugerah dari-Nya.."

selamat bercuti dan selamat menyambut ari raya aidil adha....

Thursday, November 5, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

UNTUK RENUNGAN!!!

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Tuesday, October 27, 2009

SANTAI...

panas pun xkesah..asal dapat bergambar...

wakil UKM yang p konsert Simfoni Kesyukuran UIA...


sempat ag posing selepas konsert kat UIA...

Thursday, October 22, 2009

SALAM IMTIHAN!!!



salam imtihan diucapkan kepada sahabat2 yang akan bertempur di medan peperiksaan..semoga apa yang dipelajari selama ini dapat memberikan hasil yang cemerlang..teruskan perjuangan..dOn't stOp at the tOp,tOuch the sky befOre yOu drOp...ma'an najah...

semOga kejayaan milik kita bersama..AMIN!!!


dOa penerang hati

اللهم ارزقني يارب فهم النبيين وحفظ المرسلين وإلهام الملائكة المقربين في عافية يا ارحم الرحمين

dOa mOhOn diberi kemudahan dalam bekerja dan berfikir

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وانت تجعل الحزن إن شئت سهلا

selamat beramal dan selamat berjaya...

Thursday, October 15, 2009

MAJLIS MESRA AIDILFITRI PMFPI

semua warga fakulti pengajian islam dijemput hadir..pelbagai hidangan menarik menanti anda..sebarkan pada sahabat2 FPI anda..jOm memeriahkan majlis!!!!
" AIDILFITRI DIRAI,KEMESRAAN TERPATERI "

Saturday, October 3, 2009

RENUNGAN!!!

DUA NIKMAT YANG TIDAK TERASA

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.

Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum masa matimu." (Ditakhrij Al Hakim)


SELAMAT MENJALANI IBADAH !!!!!
JAGA IMAN,JAGA HATI,JAGA DIRI…..

Friday, October 2, 2009

JOM JOIN!!!


jangan lupe tuk pakai pakaian raya dan bawa sekali kuih raya...jumpa di sana!!!

Sunday, September 27, 2009

PERINGATAN...


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin, kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, maka dia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian, maka boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin, akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesatdalam perjalanan, boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua al-Mulk, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "
p/s : selamat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu kepada semua..semoga kejayaan akan mengiringi kita semua..selamat kembali...ma'a najah...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI...


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
ramadhan semakin hampir untuk melabuhkan tirainya untuk tahun 1430 hijrah/2009 masihi..berbaki 2 hari lagi untuk bulan yang penuh barakah ini,muslimin dan muslimat akan menyambut ketibaan syawal dengan penuh gembira..semoga ramadhan ini dipenuhi dengan barakah..
dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua tetamu saya dalam blog ini..mohon ampun dan maaf utk segala percakapan,tingkah laku dan sebagainya sepanjang perkenalan ini..harapan saya semoga sahabat2 berolah rahmat,keampunan dan keredhaan ALLAH S.W.T dibulan ramadhan ini..
moga raya kali ini,memberi sejuta kenangan yang bermakna utk kita semua..berhati2 ketika dalam perjalanan pulang ke kampung masing2..semoga ALLAH melindungi sahabat2 sekalian..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN...

tulus ikhlas daripada :

nOOr hiluani bt shafie..
jab.pengajian dakwah & kepimpinan
modul pengurusa Islam...

Saturday, September 12, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur!!!

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...
" Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."
"bacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat "
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu."
"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
SELAMAT MENCUBA..JGN LUPE UTK QIAMULLAIL 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN INI...mudah2an memperoleh ganjaran yang besar di sisi ALLAH S.W.T...

Tuesday, September 8, 2009

RENUNGAN BERSAMA!!!

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah.
"Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Sunday, August 23, 2009

ahlan wasahlan ya RAMADHAN...


salam ramadhan al-mubarak!!!


R indu akan kedatangannya..


A ntara bulan yg pnuh keberkatan


M unajat dan doa dikabulkan


A l-Quran,solat jd amalan


D ahaga dan lapar jd ujian


H adirnya menjadi pentarbiyyahan


A gar bertambah lagi keimanan


N anti perginya meninggalkan ketaqwaan....


salam ihya' ramadhan kareem...
selamat menjalani ibadah puasa dan terawih!!!

Saturday, August 15, 2009

KPA II 09







salam..tahniah dan takziah diucapkan kpd semua urusetia yg terlibat dalam program kem pemantapan akidah(KPA) yang diadakan pada 7-9 ogos di pusat pemantapan akidah jelebu,negeri sembilan..program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh mahasiswa/i tahn 1,2 dan 3 FPI..

antara pengisian yang terdapat dlm program KPA ini ialah ceramah yang disampaikan oleh Dekan FPI,pensyarah jbtn usuluddin dan falsafah,wakil JAKIM serta penceramah bebas iaitu Ann Wan Sen..selain drpd ceramah,peserta juga didedahkan dengan LDK dan sidang pleno..antara pengisian yang paling dinantikan oleh peserta ialah jungle tracking..kami berpeluang meredah hutan belantara jelebu..bak kata pepatah,jauh perjalanan luas pemandangan..dlm jungle tracking ini kami berpeluang menaiki rakit menyeberangi sungai bersama ahli kumpulan..ini merupakan pengalaman yang manis bagi peserta2 KPA..semoga apa yang kita dapat sepanjang program ini dapat dijadikan panduan dan dipraktikkan utk kesejahteraan hidup dan perjuangan dalam Islam..semoga program ini dapat diteruskan lagi untuk tahun2 yang akan datang..INSYAALLAH..

tahniah kepada ketua pengarah dan urusetia yang terlibat samada secara langsung atau tidak...

Saturday, August 1, 2009

LIGA PIALA DEKAN FPI 09


jOm turun ramai-ramai tuk bagi sOkOngan kpd sahabat-sahabat kita...
jumpa di Padang UKM.....

Monday, July 27, 2009

TAZKIRAH RINGKAS!!!

Kemana arah kita selepas dibangkitkan dari alam Kubur

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah."Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Sekadar untuk ingatan kita bersama.

Sunday, July 12, 2009

SELAMAT DATANG KE FAKULTI PENGAJIAN ISLAM



tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa/i fakulti pengajian islam kerana terpilih untuk meneruskan pengajian di FPI untuk sesi akademik 09/10...

Tuesday, May 5, 2009


Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
p/s : dikesempatan ini,penulis ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..teruskan perjuangan sebagai mujahid dan mujahidah untuk islam tercinta..semoga terus thabat dalam perjuangan ini...

Wednesday, April 22, 2009

siNaR cAhAyA aYaT kUrSi!!!

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
amalkan bacaan ayat Al-Kursi setiap hari semoga kita semua berada dalam perlindungan ALLAH SWT....INSYAALLAH!!!

Sunday, April 19, 2009

SaLaM iMtiHaN!!!


dikesempatan ini,mutiara ingin mengucapkan selamat berjuang kepada sahabat2 yang akan memulakan perjuangan pada esok hari..semoga segala persediaan yang dilakukan sebelum ini dapat melancarkan lagi perjuangan untuk esok hari..insya ALLAH,berkat kesungguhan dan diiringi oleh doa setiap waktu sahabat2 dapat menempuhi waktu itu dengan sebaik mungkin..mutiara mendoakan agar sahabat2 tabah dan tenang menghadapinya..INSYAALLAH..doa mutiara sentiasa mengiringi sahabat2 sekalian dan sahabat2 jangan lupa untuk mendoakan mutiara..amin..

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA SAHABAT YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER..MA'A NAJAH..

Wednesday, April 15, 2009



saat-saat manis bersama dengan adik-adik ASDAF...

tAnGgAL 12 ApRiL


salam ukhuwwah!!!

tanggal 12 april,saya bersama dgn 26 orang pelajar UKM yang lain telah mengikuti satu program khibrah ke rumah anak-anak yatim ASDAF yang menempatkan anak-anak yatim orang asli di Bangsar..kami pergi sebagai sukarelawan ASDAF yang ingin membantu anak-anak yatim tersebut dalam kemahiran berkomunikasi..setiap daripada kami diberi dua orang pelajar untuk dilatih menyampaikan syarahan dan berdepan dengan masyarakat..Kebanyakan daripada mereka berasal daripada suku semai di pahang dan perak..kami berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sukarelawan ASDAF..ini merupakan salah satu kenangan mannis bagi kami pelajar2 tahun 1 UKM..semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang...

Tuesday, April 14, 2009

dOa!!!!


Doa-doa Yang Makbul:1. Orang yang terdesak.2. Orang yang teraniaya/dizalimi.3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:1. Terasa sesuatu yang menakutkan.2. Menangis tatkala berdoa.3. Terasa menggeletar.


Cara-cara Berdoa:1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya)...

Friday, April 10, 2009


salam ukhuwah!!!

setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lajnah Kebajikan dan Akademik ( LKA ISIUKM )

kerana program bengkel kecemerlangan akademik berjalan dengan lancar.tahniah kepada penggerak utama bengkel tersebut.program seperti ini amat diperlukan apabila berada diambang peperiksaan..semoga apa yang dapat diambil daripada bengkel tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar bermula dari detik ini..

jutaan trma ksh diucapkan kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa bersama-sama dalam bengkel tersebut..salam imtihan diucapkan kepada semua sahabat..semoga kejayaan menjadi milik kita bersama..INSYAALLAH..bermula daripada detik ini,kta perlu persiapkan diri untuk menghadapi saat peperiksaan itu..saya menyeru kepada sahabat2 sekalian dan diri saya sendiri supaya kita sentiasa melakukan solat hajat n sentiasa qiamullail untuk persediaan exam..semoga segala usaha yang kita lakukan akan dapat ganjaran yang besar suatu hari nanti..AMIN..bi taufiq wan najah..wa ila liqa'

Thursday, April 9, 2009

jOm pAkAt p rAmAi2


salam ukhuwah!!!

salam imtihan diucapkan kepada semua sahabat yang akan menduduki final exam tidak lama lagi..insyaALLAH,bagi penulis sendiri akan bermula final exam pada 22 april dan akan berakhir pada 4 mei insyaALLAH,bi iznillah..sahabat2 dijmput untuk menghadiri BENGKEL KECEMERLANGAN AKADEMIK yang akan disampaikan oleh UST NABIL BIN AHMAD(kmpulan Far-east) pada 9 april khamis jam 5.00-7.00 ptg di DK2 FPI..seterusnya disambung dgn berbuka puasa, solat hajat n ceramah motivasi yg disampaikan oleh UST KHAIRIL KHUZAIRI di masjid UKM dgn kerjasama KPMFSSK ...anjuran LAJNAH KEBAJIKAN DAN AKADEMIK ISIUKM..ISLAM UNTUK SEMUA!!!!!

Monday, April 6, 2009

tiGa cAhAyA di hArI kIaMaT!!!!


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."




Wednesday, April 1, 2009

aPrIL fOoL

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya pandang ke Barat; menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makanpun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang-kala lawak-lawak biasa atau ‘practical joke’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan yang berpanjangan. sewaktu zaman persekolahan dahulu penulis pernah terbaca tentang sesuatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan “Aku ceraikan kau dengan talak 3” pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan “April Fool”. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila di beritahu bahawa talak yang dilafazkannya telahpun jatuh!! Berbalik kepada Perayaan April Fool’s ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam Sepanyol (moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 hb April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk –penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerangi kaum Muslim dan membunuh semuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Apa yang penulis harapkan moga selepas sahabat2 membaca artikel ini tiada lagi ApRiL fOOl dalam kehidupan.. Semoga artikel ini akan menjadi panduan untuk semua..

Thursday, March 26, 2009

pEtUa mUrAh rEzEki dAn diJaUhi KeSuLiTaN!!!



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Monday, March 23, 2009

Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat ini, maka ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.
1. Mengucap Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu...
2. Mengucap Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu...
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersebut perkataan yang tidak patut...
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan untuk melakukan sesuatu di hari esok...
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini...
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah...
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sunday, March 22, 2009

bErAkHiRnYa sEbUaH PeNaNtiAn...


alhamdulillah, malam tadi telah berakhirnya Konsert Amal Manis VI anjuran ISIUKM.. konsert tersebut berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kelompangan dari sudut teknikal..itulah adalah perkara yang biasa dalam sesebuah program..saya berasa amat bertuah kerana dapat berada dalam FAMILI DKI ini.lagi bertuah bila dapat bersama2 dengan sahabat dalam post jamuan..banyak kenangan2 yang kami lalui bersama..walaupun terdapat saat menyedihkan,tapi bagi kami famili jamuan tetap happy..kami sambut segala kritikan dan permasalahan dalam keadaan senyum..kamilah keluarga paling bahagia dalam famili DKI ini..keluarga yang paling happy go lucky..mungkin banyak yang orang nampak kesalah daripada famili jamuan,tapi bagi kami ia bukan daripada kesalahan kami..tetapi kesalahan dari sudut teknikal..mungkin ia sebagai pengajaran untuk kami supaya kami lebih bersemangat dan buat yang terbaik untuk famili dki..berbalik kepada konsert manis,saya rasa amat gembira kerana konsert tersebut mendapat sambutan yang baik daripada warga UKM,penduduk kwsn Bangi dan drpd rakan IPT yang lain..memang meriah..

antara artis yang hadir ialah in-team,far-east,devotees dan nice..ape yang mengejutkan ialah in-team hadir berlima,bukan bertiga..walaupun diposter hanya bertiga,tetapi mereka bersatu hati untuk sama2 menjayakan konsert amal manis vi ini..syukran jazilan diucapkan kepada semua artis jemputan..penonton pun agak terhibur dengan persembahan daripada semua artis..ini membuktikan bahawa warga ukm khususnya dan semua yang hadir umumnya dahagakan hiburan yang berteraskan islam..InsyaALLAH,kami famili dki ii akan teruskan perjuangan dalam meneruskan dakwah melalui hiburan ini..

akhiran, syabas dan tahniah kepada famili dki ii kerana berjaya laksanakan tugas sebaik mungkin..jutaan terima kasih kepada sahabat2 famili jamuan atas kerjasama yang diberikan..segala kebaikan dan tanggungjawab yang dilakukan,hanya ALLAH yang mampu membalasnya..AMIN

Wednesday, March 18, 2009

dImEnSi kEsEnIaN iSlaM II




salam ukhuwwah...
sebelum penulis nak tido,ingin penulis coretkan sedikit coretan untuk tatapan sahabat semua..apa yang pasti,hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kemuncak konsert amal manis 5 anjuran isiukm..kadang2 rasa xsabar nak lalui tarikh 21 mac itu,tapi kadang2 rs xmau lalui lak tarikh tu..x tau nape????maybe ni first time penulis terlibat sbg ajk tuk program yg besar..ape pun,penulis harap semuanya berjalan dgn lancar..amin..kepada semua famili DKI II,bi taufiq wan najah tuk konsert tu..INSYAALLAH,perancangan daripada Allah adalah perancangan yang paling baik..harap penulis tabah menghadapi dugaan yang melanda..
jom la kita pakat pi ramai2 kat konsert amal manis vi anjuran isiukm dengan kerjasama aman palestin dan nasyid fm.disamping tu,kita dapat menyalurkan sumbangan tuk saudara2 kita di palestin..hanya Allah yang mampu membalas jasa baik sahabat2 sekalian..AMIN

Tuesday, March 17, 2009

mutiara agama

salam ukhuwwah
kepada sahabat-sahabat dan teman seperjuangan dalam menuntut ilmu,sesungguhnya kita semua dilahirkan untuk menuntut ilmu.tiada sebab untuk kita merasa gelisah dan terpaksa dengan tanggungjawab yang diamanahkan.bagi penulis sendiri,selain menuntut ilmu banyak lagi perkara yang harus dilakukan.tetapi itu semua bukan sebab untuk meninggalkan pelajaran.hakikatnya,kta kna tabah menghadapi setiap mehnah dan tribulasi yang melanda.kita juga dilahirkan sebagai khalifah di bumi untuk memimpin bangsa sendiri.inilah kehidupan kita sebagai umat islam.menyebarkan agama,salah satu tanggungjawab yang besar sebagai umat islam.agama islam itu indah dan bukan suatu paksaan..jalankanlah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim..tugas penulis sebagai da'ie amat berat.tetapi akan cuba laksanakannya dengan sebaik mungkin..ikhlas kerana ALLLAH s.w.t.....da'ie hakiki menjana evolusi madani