Wednesday, July 29, 2015

Oooo Yeah ! 365

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks !

Nak tahu dak kenapa cik wanie rajin yang amat sangat arini? haaa, sebab cik wanie dah dapat apa yang cik wanie nak. apa yang cik wanie nak? haaaa, nilah yang nak diceritakan kat korang semua. Kan cik wanie pernah gtau yang cik wanie adore sesangat kat Dr.AFL ni kan. apa ! tak tahu apa tu Dr.AFL? ish, korang ni melampau tau.

Dr.AFL tu singkatan kepada Doktor Anwar Fazal dan Doktor Fatin Liyana. Depa ni kan suami isteri. kan ada dalam post yang lalu tentang depa dua ni. haaa, yang tu la. Aritu cik wanie dah dapat buku DIAgnosis dan DIAgnosis 2 tulisan daripada mereka berdua dan beberapa orang kawan doktor mereka. Memang sangat superb la tulisan mereka. meresap ke dalam jantung cik wanie tau. Melalui buku tu la cik wanie faham tentang tugas seorang doktor, faham tentang tuntutan dalam perubatan dan memacam lagi la. tetiba rasa nak jadi doktor. tapi bukan rezeki cik wanie. kalau tak mesti orang panggil cik wanie doktor wanie. ahaks ! berangan pun boley hapaaa.

So, ari isnin lepas baru je release satu lagi penulisan sepenuhnya oleh Dr.Anwar Fazal (Dr.AF). Buku yang dinanti-nanti sekian lama oleh cik wanie dan pengikut setia Dr.AF berjudul 365. Apa tu 365? haa, korang kenalah beli dan baca sendiri. So, arini cik wanie hepi sebab buku yang cik wanie order ari isnin tu dah sampai. Oooo yeahhh. Bermula arini, rerajin la cik wanie baca buku. hihihi. korang jangan dengki lak tau. Buku sangat cantik dan menarik, apatah lagi isinya. haiii melting gila kot. Nak bukak pun rasa berdebar n sayang. hahaha. gila ke hapa cik wanie ni kan. Overdose oiiii.

 Jeng, jeng, jeng ! Inilah bukunya ! Chantekkan !

Salah satu muka surat yang menarik. 

Korang nanti free-free boleh baca blog Dr.Fatin Liyana (Dr.FL). sebab Dr.FL ada update sal buku ni jugak tau. dan kalau korang rasa nak beli buku ni, korang boleh beli online je tau. dekat kedai buku tak masuk lagi ye. Jom reramai kita grab buku tu. Banyak manfaatnya untuk kita. 365 muka surat yang sarat dengan ingatan bersifat ketuhanan, bak kata Dr.FL.

p/s : semoga kita sama-sama dapat manfaat dari penulisan Dr.AF ni. 


Selamat Membaca !

Terima kasih sudi singgah n baca blog cik wanie!

Jumpa lagi. Daaaaaaaaaa (bukan nama orang tau)

Get your 365 now at www.whitecoat.com.my
(Only available online at the moment)
Price : rm30
 
(eh, tercopy lak!)

Post Raya !

Assalamualaikum beb ! Hai uollss ! Ahaks

Uish, bersarang abih blog cik wanie ni. Lama bebeno nye cuti ghaye ye ! Ish ish ish. Sungguh dahsyatnya raya ku tahun ini. hihihi. termenyanyi lak. Sorry la korang. cik wanie bukannya beraya sangat pun, cuma xdek mood sangat nak mengupdate blog ni. angin monsun tropika la kot. hahahaha ! Nasib badan la oiiiii.

Alhamdulillah, dah 13 hari kita beraya ye. kejap je masa berlalu ni. bak kata kumpulan inteam dan unic dalam lagu mereka, " berlalu ramadhan fajar syawal menjelma, muslimin muslimat menyambut hari raya !! " sambung sendiri la ye. hikhikhik.Jom kita borak sal raya nak? erm, cik wanie xdek yang menarik sangat pun. masih sama seperti dulu, keseorangan. eh, tersasul. hihihi. beraya belah famili cik wanie je, belah pasangan belum lagi. hahah. korang faham kan? faham latew kalau tersengih macam kerang busuk je gayanya.

Untuk raya pertama, famili cik wanie macam bersedondon lak, sedangkan tak bersepakat pun. Tema warna kami tahun ni purple a.k.a ungu. kau hadow? hahahah. cuma 2 famili je yang tak sama warna. kira macam sedondon la jgk kan? hahaha. Raya kedua lak dah jadi macam cerca merba dah. masing-masing warna lain. hahaha. adat la tu kan. xmampu aih cik wanie nak beli warna yang sama setiap hari. jatuh terbungkang la jawabnya.huhuhu.

Ada satu famili yang takde dalam gamba ni. p beraya katanya lah..

Tahun ni cik wanie n famili tak p beraya sangat. Sebab ramai yang dilanda kurang kesihatan. Eh, boleh eh cakap camtu? dengan kata lain, demam dan tak sihat tubuh badan la ye. Hahaha. So, dalam 3, 4 buah rumah je yang sempat pegi. tu pun, umah yang dekat sekangkang kera je. hahah. jangan marah ye semua.

Ok lah, cik wanie xdek benda sangat nak kongsikan, so cik wanie akan kongsikan gamba-gamba yang tak seberapa havoc ni ye.

Selamat membaca n selamat melihat. hihihi !

 Gamba ni di awal pagi sejurus selepas solat sunat aidilfitri

Hero yang kat tengah tu memang susah nak amik gambar dia. so, kami pun guna kuasa yang ada. hahaha

Lepak umah sebelah sementara tunggu orang datang. ahaks !

anak sedara cik wanie menggila di waktu petang. cik wanie tak menggila ye..eh !!

Ala, anak tido lak. raya kedua umah ayah wa (pak sedara)

sebahagian dari famili cik wanie dan famili ayah wa ! fokus pada cik wanie di depan ye.

saja bawak depa p beraya dekat pizza hu ! (dengan nada macam yang dalam iklan ye)

satu je sempat dengan kengkawan. xdan masa nak p semua umah. huhuhu

Jumpa lagi ! Daaaaaaaaaa (bukan nama orang ye !)

Terima kasih sudi singgah dan baca blog cik wanie !!

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Kullu 'Am wa Antum Bikhair