Thursday, June 25, 2015

Sharing Is Caring kan !!

Assalamualaikum beb ! Hai uollssss ! Ahaks

Salam Zohor diucapkan kepada korang. Puasa ke tak ni? Kalau tak puasa pandai2 la korang ganti nanti ye. Alhamdulillah, arini dah 8 ramadhan. bermakna dah 8 ari kita berpuasa. Cik wanie harap semuanya ok la yek. Jangan duk buat tak ok lak. cik wanie tampo kang ! Dah seminggu puasa, sape yang belum tinggal lagi sila angkat kening. dan yang dah tinggal sila tunduk bawah ye. cik wanie yakin tinggal mesti bersebabkan. (tu kalau yang pompuan la.) Ni cik wanie nak tanya ni, terawih penuh lagi tak bagi yang belum tinggal puasa tu? Haaaa jangan main2 ye. Bulan ramadhan ni la kita nak kejar pahala bebanyak tau. bukan nak menambah dosa. Ala, apa la salahnya kalau pegi solat terawih kejap. Lainlah kalau ada tanggungjawab lain, macam ada anak kecik ke, kena jaga orang sakit ke, atau diri sendiri yang sakit. Bulan ni la paling senang nak buat pahala tau. Nak buat dosa pun senang jugak. So, fastabiqul khairat la kalian ye.


Ini adalah perkongsian daripada dr.anwar fazal & dr fatin liyana dalam ig depa. Kita ni, jangan baca dan komen je tau, kalau benda baik, apa salahnya sama-sama kongsi. kan?? hihihi. setiap ari cik wanie akan 'stalk' ig depa. sebab nak tahu apa yang diupdate kan. untuk muhasabah bersama. tapi yang atas tu bukan perkongsian arini. tapi yang beberapa ari yang lalu. cuma cik wanie baru nak share ngan korang dalam ni. cik wanie setuju dengan quote tersebut. kadang-kadang kita ni terlalu ikutkan dengan dunia, tapi tak amik tahu pasal akhirat. duk cari kesalahan orang lain, tak tengok pada diri sendiri.

Betul kata dr anwar fazal tu, cubalah arini kita bagi banyak sikit kerja dekat malaikat yang duk kat bahu kanan kita tu. biar duk sibuk tulis kebaikan dan amalan kita je. sampai xdek masa nak rehat. tahu tak malaikat apa duk kat bahu kanan kita? haaaa, kena pi tadika balik ni.ni cik wanie nk gtau, malaikat yang duk tulis dan catat semua amalan kebaikan kita di dunia ni ialah namanya RAQIB tau. sebab tu kalau kita nak mulakan apa-apa semoleknya mulakan dari sebelah kanan. lebih afdhal orang kata. Dan kita bagi malaikat yang duk kat bahu kiri kita tu rehat memanjang je. biar sampai bosan. sebab tak tahu nak tulis apa. xdek kejahatan yang dibuat oleh kita. yang ni tahu tak nama apa? alaaaaaaaaa, apalah korang ni. malaikat yang duk menulis dan mencatat amalan kejahatan kita semasa di dunia ialah ATID namanya.

Harini cuba istiqamah untuk tidak buat kejahatan ye. bagi malaikat atid tu rehat. tapi kadang-kadang kejahatan tak semestinya benda yang nampak. kalau benda nampak terang-terangan boleh la nak elak. tapi kalau dah main tersirat payah jugak nak kawal kan? macam mengumpat, iri hati, dengki. semua tu barang dalaman beb. kalau dah terdetik dek hati, fuh, terus tercatat. xdan nak kawal dah beb. sebab tu kita kena kuat, banyakkan istighfar, banyakkan solat sunat. pedulikan hal orang lain. amik tahu pasal diri kita dah la. solat tahajjud tak arini, p masjid tak arini, dah berzikir ke belum, baca quran ke tak. lupakan tentang manusia lain. nanti tetiba jadi termengumpat lak.

Sebab tu cik wanie cakap, bulan ramadhan ni la kita nak buat kebaikan, nak tambah amal ibadat. bermula dari sekarang, untuk kesejahteraan hidup dunia akhirat. ceewah, kelas kau jah. hihihi. Semoga kita sama-sama dapat jadikan sebagai iktibar, panduan untuk kelangsungan hidup. Ingat tau, penatkan malaikat yang duk kat kanan, rehatkan malaikat yang duk kat kiri. inshaAllah, syurga menanti.

p/s : terima kasih dr.AFL sebab sudi kongsi kebaikan. cik wanie share, dr.AFL dh dapat pahala. makin ramai yang share, makin banyak dapat ganjarannya. eh, terpanjang lebar lak bersyarah. maaf ye teman-teman sekalian. Moga bermanfaat untuk semua. dah-dah, g smayang zohor skrang. selalamt beribadah ye. dengan ini cik wanie isytiharkan bahawa cik wanie adalah stalker terhormat dr.afl...baiiii


Jumpa next post ya !!!!!