2 Ramadhan 1434 H
Alhamdulillah..apa khabar sahabat2 arini?? Saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat ye.. Macam mana dengan puasa anda arini?? Semalam?? Wahh, gembira rasanya bila dapat berada di bulan ramadhan yang penuh barakah ini..Mudah-mudahan kita semua akan sampai hingga ke penghujung ramadhan dan seterusnya ke bulan Syawal.. In Sha Allah..
Disamping kegembiraan kita menyambut Ramadhan, tak lupa juga kegembiraan untuk adik-adik yang telah mendapat keputusan untuk memasuki universiti..Alhamdulillah..Tahniah kepada yang berjaya diterima masuk untuk meneruskan pembelajaran.. Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih dan kecewa kerana terselitnya hikmah disebalik apa yang berlaku.. Kita merancang, Allah juga turut merancang untuk hamba-hamba NYA..tetapi perancanganNYA adalah yang terbaik... Teruskan usaha anda untuk masa-masa akan datang..
" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa..." (2:183)
* Tahniah kerana sampai pada bulan ramadhan, dan tahniah kerana anda berjaya..
p/s : jangan lupa tingkatkan amalan di bulan yg penuh barakah ni ye.. antaranya tingkatkan qiamullail, sOlat subuh berjemaah, sOlat tarawih, baca Quran dan amalan2 yang bOleh membawa kebaikan..
Selamat Berpuasa ye kawan2 ku sekalian...