Saturday, June 15, 2013

( ^ _ ^ )

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..tidak ada daya bagi ku kecuali Engkau Ya Allah..bersyukurlah kerana kita masih dibangkitkan dan masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan ini..apa yang penting adalah, semOga hari ini lebih baik dari semalam..In Sha Allah..

Dah seminggu saya tidak meng'update' blog ini..tetibe je pagi ni rasa rajin lak..makanya, ingin la kOngsi serba sedikit apa yang berlaku dalam tempOh seminggu ini..Ha, mesti sahabat2 tahu kan kelantan tuan rumah untuk Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan untuk kali yg ke 56?? Erm, alhamdulillah majlis tersebut berjaya dilaksanakan selama 5 hari 4 malam di Dewan Kompleks Balai Islam Lundang bermula pada 10 Jun sehingga 14 Jun..Malam tadi saya sempat melihat majlis penutup dan pengumuman keputusan untuk Pertandingan tilawah Al-Quran yang disertai oleh wakil qari dan qariah dari seluruh Malaysia yang mewakili negeri masing-masing..

Tahniah dan Takziah diucapkan kepada semua peserta..Walaupun kalian bukan qari dan qariah, tetapi kalian tetap menang dalam pembacaan Al-Quran..kerana tak semua orang mampu membaca seperti kalian.. Tahniah dan Takziah kepada jOhan Qari 2013 iaitu Saudara Anuar Hasin dari Negeri Perak Darul Ridzuan serta jOhan Qariah 2013 iaitu Saudari Hanimzah Jalaluddin dari Negeri Pahang Darul Makmur.. Selepas ini mereka akan mewakili Malaysia untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan lak.. Semoga berjaya untuk Qari dan Qariah Malaysia..

Selain MTQ ni, kat KB ada 1 lagi program yang masih berlangsung sekarang iaitu KARNIVAL WALK WITH ME.. salah satu program walkaton D'Raja Kelantan.. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 13 Jun sehingga 15 Jun di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV..Pelbagai acara menarik yang dilangsungkan termasuk jualan ekspo daripada usahawan-usahawan Negeri Kelantan.. Sape2 yang belum lagi pergi, bOleh la p cuci2 mata bersama keluarga atau rakan taulan..

Ok, selesai program yang berlangsung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan..Nak tahu ada lagi tak program minggu depan, kena tunggu minggu depan la yea.. In Sha Allah saya akan cuba update setakat yg termampu.. Haa, saya terlupa nak kOngsikan tentang hari BAHAGIA sahabat karib saya pada 1 Jun aritu..Erm, dah kawen pun dia.. Saya sempat merasa berada di hari bahagianya..Walaupun penat, tetapi kita enjOy demi sahabat kita.. Walaupun saya x buat apa-apa kerja, cuma p jadi penyibuk je tapi sekurang-kurangnya saya dapat menemani tetamu makan.,kikikiki..kiranya asyik makan dan tangkap gambar je la aritu..Jurukamera pun kena la bersabar dengan kami.. Pape pun, saya dOakan dia bahagia dan bercinta hingga ke syurga..tak nak sampai anak cucu je..SemOga Allah memberkati hubungan dan kasih sayang mereka.. Puan Farah Nadia & Encik Idris ..











p/s : macam biasa akan dihidangkan dengan gambar sebagai tatapan bersama...keh3..last but nOt least, saya bukan nak perasan tau, tapi saya nak gtau saya dan asma ni mak andam terjun tau..keh3