Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! ahaks
Salam 17 ramadhan cik wanie ucapkan pada korang ye. pejam celik, pejam celik, dah masuk ari yang ke 17. kejap je masa berlalu. dah sampai pertengahan ramadhan, ramadhan dah hampir nak tinggalkan kita. so, apa korang rasa? hepi? sedih? terkilan? apa je yang kita rasa, tunjukkan dan zahirkan dalam bentuk amal ibadah. inshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.
berbaki yang tinggal ni, kena la pulun abis-abisan. jangan tinggalkan qiamullail, jangan tinggalkan quran. dah kata sedih kan. kena la manfaatkan masa yang ada ni. umum mengetahui bahawa 17 ramadhan merupakan hari nuzul al-quran. apa tu nuzul quran cikgu? haaaa, nuzul quran tu maksudnya turunnya al-quran. sebab tu orang cakap, ramadhan bulan quran. mulianya bulan ramadhan tu sebab waktu itulah al-quran diturunkan.
pagi tadi cik wanie duk 'stalk' ig dr.AFL, dan menariknya ada tentang nuzul quran. so, cik wanie nk kongsi la dengan korang semua. Selamat mebaca dan memahami la yek. inshaAllah ilmu yang baik kena kongsi-kongsikan. sharing is caring kan? hihihi
#Repost From Ig :-
Apa itu Nuzul Al-Quran? Ia peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama (5 ayat pertama surah Al-Alaq) kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya secara berperingkat-peringkat. ia berlaku pada malam jumaat, 17 ramadhan.
Ada apa dengan Quran? Ada jawapan untuk semua persoalan. Ada ketenangan biarpun dunia huru hara dalam kekalutan.
Kalau kamu terinspirasi dengan mana-mana buku motivasi tulisan manusia, ini adalah dari Tuhan manusia. maka sepatutnya boleh dijangka hebatnya. " Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan.." Itu ayat pertama yang Dia turunkan. Baca.. Maka bacalah.
semua tu adalah perkongsian daripada dr.anwar fazal dalam ig nya. sama-samalah kita jadikan sebagai panduan. lain kali jangan duk 'stalk' saje, tapi jadikan sebagai panduan kita bersama. inshaAllah.
p/s : terima kasih dr.afl atas perkongsian ini. Semoga kalian beroleh ganjaran di sisi Allah di atas penyebaran ilmu yang bermanfaat. kipidap, dongibap
ok lah, cik wanie tak nak sembang lebih sebab cik wanie xpandai nak sembang lebih. hahaha. selamat beramal dan selamat membaca. kipidap.. dongibap.. lap uolss muah muah
#Kipidap
#Dongibap
#MuahCiked
*terima kasih sudi luangkan masa singgah cik wanie punya blog.