Wednesday, August 25, 2010

MASJID...adakah untuk bulan ramadhan????


sudah 14 ari kita menjalankan ibadat puasa..Alhamdulillah, setakat ari ini tidak ada permasalahan yang timbul dalam menjalankan ibadat puasa.Malah rasa amat seronok dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini tidak seperti tahun2 sebelum ini..mungkin kerana ramadhan kali ini saya sentiasa berbuka di Masjid UKM..Bak kata orang, rezeki jangan ditolak..peluang harus direbut selagi berkesempatan..Ukhuwah yang terbina sewaktu duduk makan setalam adalah ukhuwah kerana Allah yang mana boleh diistilahkan sebagai "
setalam nasi, segunung ukhuwah, dan secebis kenangan " di UKM...

Dalam keseronokan berbuka, terkadang timbul juga di hati saya beberapa persoalan..antaranya, kenapa bila tiba bulan ramadhan ramai yang datang sembahnyang di masjid sedangkan pada bulan-bulan biasa masjid seolah-olah suram daripada kunjungan para jemaah..Adakah muslimin dan muslimat ini hanya mengganggap bahawa masjid hanya untuk sembahnyang jumaat atau hanya untuk bertarawih semata2???Bagi saya, kenyataan tersebut adalah salah.. Ini kerana, seperti yang kita tahu di Masjid terutamanya Masjid UKM ada menyediakan juadah berbuka puasa khusus untuk pelajar-pelajar UKM yang mana ia merupakan hasil sumbangan daripada para dermawan.. Majlis berbuka puasa ini atau lebih dikenali sebagai Iftar Jama'ie diadakan pada setiap petang dan menu setipa hari adalah berlainan..Hal inilah yang menyebabkan ramai orang yang pergi ke masjid terutamanya masjid-masjid yang berada di tempat-tempat menuntut ilmu..

Pada bulan ramadhan inilah kita dapat lihat masjid-masjid di Malaysia ini dipenuhi dengan para jemaah yang berada disekitarnya terutama pada waktu isyak..Tetapi, pada waktu biasa seperti zohor, asar dan sebagainya jemaah kembali berkurangan..Adakah para jemaah ini hanya menginginkan pahala berjemaah untuk solat terawih semata2??atau untuk kesemua solat??Tepuk dada tanyalah iman anda..Seeloknya,pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa terutama kepada para muslimin..Ini kerana, para muslimat seeloknya menunaikan solat di rumah sahaja pada waktu biasa..Jika kita kaji, masjid2 ini dipenuhi dengan para jemaah hanya pada bulan ramadhan dan hanya pada pagi hari raya samada hari raya puasa atau hari raya haji..Ini menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini hanya mengejar pahala berjemaah pada 3 keadaan tersebut sahaja, sedangkan pada waktu biasa mereka tidak mengamalkannya..

Saya berpesan kepada semua termasuk diri sendiri, bahawa pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa, bukan sahaja pada bulan ramadhan atau pada dua solat sunat hari raya..supaya ramadhan kita semua pada tahun ini adalah yang terbaik dan lebih baek daripada tahun-tahun yang sebelumnya..Memandangkan kita sudah berada pada fasa yang kedua bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah(keampunan), marilah sama-sama kita muhasabah diri dan memohon keampunan untuk segala apa yang kita lakukan dan untuk selama kita hidup sehingga hari ini..dan I'ALLAH kita sama-sama bersedia untuk menempuh fasa yang ketiga iaitu fasa pembebasan dari api neraka yang mana merupakan fasa terakhir bulan ramadhan pada tahun ini..Moga-moga segala amalan kita pada tahun ini mendapat perhitungan yang baik...

wallahua'lam....