salam ukhuwah dan salam perjuangan buat pejuang2,mujahid dan mujahidah Islam..
Setelah berdiam diri selama seminggu,i'Allah pada ari ini ana muncul kmbali diruangan ini sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat2 sekalian..pada minggu lepas, 5 feb hingga 8 feb kami delegasi2 daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam(PMFPI) telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Aceh di bawah pengelolaan Lajnah Perhubungan Luar dan Pengintegrasian..Lawatan ini adalah merupakan lawatan ilmiah disamping lawatan bersiar2..???..selama 4 ari 3 malam kami berada di Aceh..suatu tempat yang tak pernah diimpikan selama ini..mungkin ada hikmahnya disebalik lawatan ini..sepanjang berada di sana,kami telah melawat banyak tempat2 yang bersejarah selain tempat utama yang kami lawati..kami telah lawati Institut Agama Islam Negeri(IAIN) Ar-Raniry, panti asuhan anak2 yatim BUMI MORO, Masjid Rahmatullah, Masjid Baitul Rahman, Muzium Aceh, Makam Sultan Iskandar, Kuburan Masal Siron dan sebagainya..
Dengan adanya lawatan seperti ini, kami dapat mengetahui tempat2 yang bersejarah selepas bumi Aceh dilanda Tsunami pada thn 2006..Ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Aceh yang mana telah banyak perubahan hidup yang telah dilakukan oleh mereka sendiri..peristiwa Tsunami itu telah menjadi iktibar kepada semua penduduk Aceh..lawatan ilmiah kami ke Ar-Raniry telah disambut baik oleh pembantu rektOr IAIN dan para pimpinan IAIN dan pelajar Malaysia yg berada di IAIN..kehadiran kami telah lama dinanti2kan oleh pihak Ar-Raniry dan alhamdulillah,mnggu lepas kami dah penuhi hasrat mereka..mOga2 selepas ini pihak Ar-Raniry akan mengadakan lawatan ilmiah ke UKM sbgai lawatan balas kpd PMFPI..INSYAALLAH..
Sepanjang lawatan tersebut, kami berasa amat gembira dan berpuas hati kerana banyak pengalaman dan kenangan manis dan pahit yang kami perolehi..terima kasih yang tidak terhingga kepada Lajnah Perhubungan Luar dan Pengintegrasian PMFPI 08/09,ajk2 pelaksana serta peserta2 yang banyak membantu kami..tidak lupa juga kepada Prof.Madya Dr. Fauzinaim Bin badarudin selaku pengiring kami dalam program pengantarabangsaan ini..mOga2 banyak manfaat yang kita perolehi dan jadikan sebagai panduan hidup kita...