Friday, September 30, 2011

Selamat di'ijabkabul'kan....


Alhamdulillah, cik wanie masih dapat meneruskan aktiviti mengupdate blOg cik wanie..walaupun tiada pengkhususan yang ingin dipOst kan, tetapi setiap apa yang cik wanie lalui dalam hidup ingin dikOngsikan di dalam blOg cik wanie..Alhamdulillah dan syukur, tanggal 25/9/2011 cik wanie beserta sahabat2 perjuangan Fakulti Pengajian Islam UKM telah selamat di'ijabkabul'kan dengan segulung ijazah..berkat perjuangan dan pengajian selama 3 tahun di perbukitan ilmu UKM, maka cik wanie dan teman2 berjaya lalui ijabkabul tersebut setelah melalui prOses merisik, melamar dan meminang..detik 2.00 ptg cik wanie dan teman2 melangkah kaki menuju ke dalam Dewan CanselOr Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk majlis KonvOkesyen kali ke 39..dan detik 3.45 ptg cik wanie melangkahkan kaki menuju ke pentas utama untuk menerima ijazah daripada Pro CanselOr UKM Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz..

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun jantung berdegup dengan pantas dan kencang..cik wanie dan teman2 dapat melakar sejarah dan kenangan sepanjang berada di UKM..segala susah payah dan pahit manis dilalui bersama teman2 perjuangan dan diakhiri dengan memOri yang indah..Syabas dan Tahniah diucapkan kepada teman2 yang telah bergelar graduan pada Majlis KonvOkesyen UKM kali ke 39...Alhamdulillah, Anugerah Pelajaran DiRaja tahun ini diberikan kepada Graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, manakala Anugerah Naib CanselOr pula diberikan kepada sahabat perjuangan cik wanie daripada Fakulti Pengajian Islam dan juga Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan..Sekalung tahniah diucapkan....walaubagaimanapun,semua sahabat cik wanie berjaya menamatkan pengajian..TAHNIAH...

kegembiraan ini cik wanie ingin kOngsikan bersama dengan sahabat2 cik wanie yang bakal bergelar graduan pada tahun hadapan..selamat meneruskan perjuangan..dOa cik wanie sentiasa mengiringi kalian...

Tuesday, September 13, 2011

terbaekkkkk..chantekkkk:)

Saguhati aktivis sempena hari zakat Dinar Dirham
4 Dirham(RM25x4)

Bersama aktivis Dinar Dirham KB..teman setia..hehehe..K.jib dan adik syila:)


Hari Raya bersama herO areef(cik wanie x layak pegang areef..nanti tumbang cik wanie)

jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh cik wanie sepanjang tempOh ini..
9 dirham

p/s: ingin mempunyai dinar suatu masa nanti..sabar menanti..terus berusaha:)

Bertemu Lagi!!!!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, cik wanie masih diberi kesempatan untuk bersama dengan mutiara Islam..dah hampir 2 bulan cik wanie tidak meng'update' this blOg..nak kate sibuk, macam x je..tapi, entah lah..sibuk yang tiada arahnya..huhuhu...last pOst ialah Karnival Cheng Ho yang cik wanie jOin..sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku..sebelum tu, masih belum terlambat untuk cik wani ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua sahabat cik wanie...bulan ramadhan yang penuh barakah telah berlalu 2 minggu yang lepas..alhamdulillah, cik wanie masih berkesempatan untuk melaluinya selama sebulan..ramadhan tahun ni dapat bertarawih sepenuhnya di masjid berhampiran rumah cik wanie..berbanding 2 tahun yg sebelumnya..sOlat tarawih diimamkan oleh pelajar pOndOk dari Thailand...bacaan yang sedap didengar..alhamdulillah..

sepanjang bulan ramadhan juga, cik wanie terlibat sebagai aktivis Dinar dan Dirham Kelantan..banyak aktiviti yg menarik..cik wanie berperanan sebagai aktivis yang mencari kedai2 yang ingin menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang untuk jual beli mereka..ini adalah kerana, kerajaan kelantan telah menyampaikn zakat kepada asnaf yang terpilih dengan menggunakan matawang dirham dan pembayaran zakat dgn mnggunakan matawang Dinar dan Dirham..Majlis penyampaian tersebut berlangsung pada 25 OgOs 2011(khamis) di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu..hampir 1500 orang yang layak menerima zakat pada majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB KELANTAN). .banyak pengalaman yang turut diperolehi oleh cik wanie sepanjang program ni berlangsung..kerajaan kelantan telah menjadi kerajaan dan negeri yg pertama menggunakan matawang Dinar dan Dirham sebagai pembayaran zakat, pengagihan zakat kpd yang layak dan pembelian di kedai2 yang terpilih...Matawang Syariah Dinar dan Dirham Menyatukan Ummah...

seterusnya, hari raya menjelang..alhmdulillah, cik wanie dapat menyambut hari lebaran dengan baik walaupun salah seorang daripada ahli keluarga cik wanie x balik beraya di kampung..raya pertama cik wanie hanya disambut bersama ibu dan abang je..yang lain2 beraya bersama mertua..maklumlah,cik wanie masih belum mempunyai mertua..alhamdulillah,tetap meriah..paling serOnOk,walaupun dh besar msh dapat duit raya..walaupun orang yang memberi sedikit,tp jumlahnya amat memberangsangkan..heheh..raya ketiga cik wanie, di hOspital..nasib badan la..tapi alhmdulillah,tiada apa yang memudaratkan..

sekarang, masa tuk cik wanie berehat2..banyak sgt berehat..sebelum menunggu ari untuk berkOnvOkesyen dan paling penting dapat bertemu dgn sahabat2 terchenta..rindu dengan teman2 seperjuangan..menghitung hari detik demi detik untuk lalui hari yang bahagia..walaupun cik wanie percaya ada lagi orang yang lebih bahagia daripada cik wanie..nanti ramai la yang akan datang dengan 'orang baru'..huhuhu..tahniah kepada semua yang telah melangsung perkahwinan..barakallahu lakuma...

nampaknya,dah xde apa2 yang ingin dikOngsikan lagi buat masa ini..i'Allah, jika masih diberi kesempatan, cik wanie akan terus menaip..papepun, mOga dipermudahkan segala urusan..sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN..hingga bertemu kembali..:)