Friday, March 26, 2010

Latihan Amali Dakwah 2010

serOnOk naik bOt ngan mak angkat..k.yOk
pOsing sblm majlis perasmian bermula..huhu
bersama keluarga angkat ayah lang
berusaha mencari lepeh...

terbaekkk punyeee...
ari gotong royong sedunia

yeah!!!!
salam ukhuwah kpd semua...

dah lama rasanya ana tidak meng'update' blog ni..mungkin terlalu banyak komitmen yang len hingga x sempat nak publish pape kisah kat cni..walaubagaimanapun,ari ini ana kembali lagi..
baru-baru ini, bermula 10 mac 2010 ana bersama-sama dengan lebih kurang 150 orang pelajar daripada jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan yang terdiri daripada 70 orang pelajar ijazah sarjana muda dan selebihnya daripada ijazaha sarjana dan doktor falsafah telah mengikuti satu program wajib jabatan iaitu LATIHAN AMALI DAKWAH(LAD). program ini telah dijalankan di Perkampunagan Orang Asli Kg Pasir Salam, Ulu Tiram Johor.. kami bertolak daripada UKM pada pukul 10.00 pagi dan tibe ditempat program tepat jam 8.00 malam..

kami terasa sungguh teruja bercampur takut apabila sampai di kg tersebut..teruja apabila buat pertama kalinya sampai ke perkampungan orang asli dan takot bila berhadapan dengan suasana yang gelap gelita serta "kambing2" orang asli yang berkeliaran seolah-olah menyambut kedatangan kami..mungkin ini satu cabaran kepada kami para da'ie selama seminggu berada di kg tersebut..kami lalui hari2 yang mendatang dengan penuh kegembiraan walaupun kekurangan elektrik dan bekalan air..di sana, kami telah dibahagikan kepada 7 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 12-14 orang.. dan setiap kumpulan diberikan 5 buah keluarga angkat untuk jaga dan dipantau..

alhamdulillah, ana dan sahabat2 ana berada dalam kumpulan 2..setiap ari kami akan melawat rumah2 keluarga angkat dan setiap ari juga kami memasak beramai-ramai untuk disediakan kepada semua penduduk kg pasir salam...banyak kenangan dan pengalaman yang ana dapat selama seminggu berada di sana..mOga pengalaman dan kenangan di kg pasir salam sentiasa diingatan...terbaekkk punyeee...

alhamdulillah, dah seminggu ana pulang daripada LAD tersebut..dan baru ari ini ana berpeluang untuk meng'update' dan berkongsi serba sedikit cerita ketika LAD..yang pasti semuanya berjalan lancar walaupun ada gak masalah..yang penting,KERJASAMA....

Sunday, March 7, 2010

RENUNGAN!!!

10 SEBAB HATI MATI

Sewaktu Ibrahim Adham keluar ke pasar Basrah kerana suatu keperluan, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai yang ingin menimba ilmu daripadanya.
Dalam pertemuan itu Ibrahim telah ditanya maksud sebenar firman Allah swt di dalam Al-Qur’an tentang anjuran agar sentiasa berdoa kepada-Nya, kelak Dia akan memperkenankannya.
Kata mereka, “Wahai Ibrahim, kami telah berdoa kepada Allah swt, tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahulah kami apa sebabnya?".
Ibrahim Adham menjawab “Mati hati disebabkan oleh 10 perkara…"

a. Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (perintahnya)
b. Kamu membaca Al-Qur’an, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
c. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tetapi kamu menurut hasutannya.
d. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah saw, tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
e. Kamu mendakwa mencintai syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
f. Kamu mendakwa membenci neraka, tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
g. Kamu mendakwa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
h. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
i. Kamu makan rezeki yang dikurniai Allah, tetapi kamu lupa mensyukurinya.
j. Kamu mengebumikan jenazah saudaramu, tetapi kamu lupa mangambil ikhtibar darinya.


JIKA KAMU BELUM TAHU APAKAH SYURGA ATAU NERAKA ITU TEMPATMU, NESCAYA TIDAK ADA MASA UNTUK KAMU KETAWA, KAMU TIDAK AKAN BERMANDI DENGAN AIR MATA.
JIKA KAMU TAHU BETAPA NIKMATNYA SYURGA ITU, KAMU PASTI TIDAK AKAN TERPESONA DENGAN NIKMAT DUNIA.