Thursday, May 31, 2012

~ REJAB ~


10 Rejab 1433H


Puasa sunat bulan Rejab


"Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih 
putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa 
sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu."
Hadis Rasulullah SAW

ok motif entry kali nie nk cerita siket beberapa kelebihan berpuasa di bulan Rejab

- Bulan Rejab merupakan bulan ke 7 dlm kiraan takwim bulan Islam.Ia adalah slh satu antara 
bulan suci yg dinamakan sbg bulan Allah.Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud :

"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

- Bulan Rejab dianggap istimewa kerana pada bulan ini berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj

- Antara amalan2 baik diamalkan di bulan Rejab ialah
  • puasa
  • sedekah
- Terdapat beberapa kelebihan puasa di bulan Rejab seperti disebut di dalam sebuah hadis 
yang diriwayatkan oleh At-Tabarani yg bermaksud

  • sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab,maka ia seperti berpuasa setahun
  • berpuasa lebih daripadanya (tujuh hari), ditutup pintu2 Jahannam (neraka)
  • berpuasa 8 hari,dibukakan 8 pintu syurga
  • berpuasa 10 hari,tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya
  • berpuasa 15 hari,menyeru orang yang menyeru dari langit
"sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal,dan 
barangsiapa menambah (hari puasa) Allah menambah (kelebihannya)."

Niat puasa pada bulan Rejab ialah

"Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".


ini adalah beberapa amalan baik yang boleh dilakukan pada bulan Rejab, bulan dimana terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah rebut peluang nie dan semoga amalan kita diterima Allah.Aminn..

p/s : renung-renungkan dan selamat ber@m@l