Wednesday, November 25, 2009

peringatan!!!

8 daripada 25 wasiat RASULULLAH..

1) IKHLASKAN AMAL IBADAT : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesiapa yang melakukan (satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang melakukan (suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, allah akan memperlihatkan kecacatannnya.

2) KENIKMATAN SYURGA TIDAK TERHITUNG : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun tanpa melepasinya.

3) TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH : rasulullah s.a.w bersabda; Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.

4) CARILAH ERTI KEKUATAN SEBENAR : Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.

5) DISEBALIK KESUSAHAN ITU ADA HIKMAH YANG BANYAK : Rasulullah s.a.w bersabda; Setiap musibah yang ditimpa ke atas orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan,sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.

6) WUJUDKANLAH KASIH SAYANG ANTARA MUSLIM : Rasulullah s.a.w bersabda; Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.

7) WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN ADIL : Nabi s.a.w bersabda; Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan sama ada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya.

8) TERUSLAH BERUSAHA MENCARI HARI KEMENANGAN ORANG MUKMIN : Nabi s.a.w bersabda; Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok berkata : Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok Yahudi.


p/s : selamat menyambut ari raya aidiladha kepada semua!!!