Sunday, September 27, 2009

PERINGATAN...


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin, kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, maka dia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian, maka boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin, akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesatdalam perjalanan, boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua al-Mulk, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "
p/s : selamat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu kepada semua..semoga kejayaan akan mengiringi kita semua..selamat kembali...ma'a najah...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI...


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
ramadhan semakin hampir untuk melabuhkan tirainya untuk tahun 1430 hijrah/2009 masihi..berbaki 2 hari lagi untuk bulan yang penuh barakah ini,muslimin dan muslimat akan menyambut ketibaan syawal dengan penuh gembira..semoga ramadhan ini dipenuhi dengan barakah..
dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua tetamu saya dalam blog ini..mohon ampun dan maaf utk segala percakapan,tingkah laku dan sebagainya sepanjang perkenalan ini..harapan saya semoga sahabat2 berolah rahmat,keampunan dan keredhaan ALLAH S.W.T dibulan ramadhan ini..
moga raya kali ini,memberi sejuta kenangan yang bermakna utk kita semua..berhati2 ketika dalam perjalanan pulang ke kampung masing2..semoga ALLAH melindungi sahabat2 sekalian..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN...

tulus ikhlas daripada :

nOOr hiluani bt shafie..
jab.pengajian dakwah & kepimpinan
modul pengurusa Islam...

Saturday, September 12, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur!!!

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...
" Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."
"bacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat "
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu."
"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
SELAMAT MENCUBA..JGN LUPE UTK QIAMULLAIL 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN INI...mudah2an memperoleh ganjaran yang besar di sisi ALLAH S.W.T...

Tuesday, September 8, 2009

RENUNGAN BERSAMA!!!

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah.
"Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."