Wednesday, November 25, 2009

peringatan!!!

8 daripada 25 wasiat RASULULLAH..

1) IKHLASKAN AMAL IBADAT : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesiapa yang melakukan (satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang melakukan (suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, allah akan memperlihatkan kecacatannnya.

2) KENIKMATAN SYURGA TIDAK TERHITUNG : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun tanpa melepasinya.

3) TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH : rasulullah s.a.w bersabda; Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.

4) CARILAH ERTI KEKUATAN SEBENAR : Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.

5) DISEBALIK KESUSAHAN ITU ADA HIKMAH YANG BANYAK : Rasulullah s.a.w bersabda; Setiap musibah yang ditimpa ke atas orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan,sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.

6) WUJUDKANLAH KASIH SAYANG ANTARA MUSLIM : Rasulullah s.a.w bersabda; Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.

7) WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN ADIL : Nabi s.a.w bersabda; Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan sama ada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya.

8) TERUSLAH BERUSAHA MENCARI HARI KEMENANGAN ORANG MUKMIN : Nabi s.a.w bersabda; Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok berkata : Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok Yahudi.


p/s : selamat menyambut ari raya aidiladha kepada semua!!!

Thursday, November 12, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

KiSaH BeNaR!!!!

salam ukhuwah..

sebelum ana meninggalkan dunia blog tuk sementara waktu,suka untuk ana kOngsi sebuah kisah benar yang berlaku pada diri ana malam tadi..kisah ini bermula sekitar jam 1 pagi(12/11)..sedang leka ana melayari internet,tiba-tiba ana dikejutkan dengan panggilan telefOn..panggilan tersebut datang daripada abang ipar ana yang berada dikampung..apa yang terlintas difikiran ana pada ketika itu ialah,berita mengenai kakak ana yang akan bersalin..rasa gembira melanda diri,tapi apabila panggilan itu dijawab,nescaya semua yang terlintas difikiran hilang dengan begitu sahaja..tekaan ana tidak tepat..abang ipar ana menghubungi ana dan bertanya mengenai kakak ana yang bekerja di Putrajaya samada ana ada berjumpa dengannya atau berhubung dengannya pada hari tersebut..ini kerana,pada jam 12.45mlm ada seorang pegawai pOlis telah menghubungi mama ana dan menyampaikan berita mengenai sebuah kereta Gen-2 yang bernOmbOr pendaftaran WRV4149 telah ditemui ditepi jalan di kawasan rehat Damansara..di dalam kereta tersebut terdapat kad jemputan kahwin dan dikad jemputan tersebut ditulis nombor telefOn mama ana dan kakak ana..

setelah puas pegawai pOlis tersebut menghubungi kakak ana,mereka mengambil keputusan tuk menghubungi mama ana..setelah selesai pegawai tersebut menyampaikan berita tersebut,mama ana dengan pantas menyuruh abang ipar ana untuk menghubungi semua anak2nya tuk memberitahu perkara tersebut..ana dengan rasa sedih,sebak didada mendengar berita cuba kuatkan diri untuk menghubungi kakak ana..tetapi,panggilan tersebut tidak diangkat oleh kakak ana..ana cuba inisiatif yang kedua dengan menghubungi tunang kakak ana@bakal abang ipar ana untuk menanyakan tentang kakak ana,tetapi panggilan itu juga tidak berjaya..pada saat itu,hanya Tuhan sahaja yang mengetahui keadaan ana..betapa risaunya hati apabila semua panggilan yang dibuat tidak berjaya..pelbagai spekulasi telah melanda fikiran ana pada waktu itu..setelah lama mencuba,tepat jam 1.45 pagi barulah panggilan ana dijawab oleh kakak ana..rupa2nya,ketika semua sibuk menghubunginya,dia sedang lena di rumahnya tanpa telefOn di sisi..akhirnya,Allah telah menyedarkannya daripada tidOr dan terdetik dihatinya untuk mencari handsetnya..apabila handsetnya dijumpai,dia terkejut melihat 30 panggilan yang tidak dijawab daripada semua ahli keluarga..

Terdetik dihatinya untuk menghubungi semula abang ipar ana kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini di kampung..abang ipar ana telah memberitahunya mengenai kehilangan keretanya dan meminta kakak ana untuk pergi melihat samada betul atau tidak mengenai kehilangan keretanya..setelah abang ipar ana memberitahu mengenai kehilangan keretanya itu,dia bersama teman serumahnya bergegas pergi ke tempat parking kereta dan mendapati memang betol keretanya telah dicuri..dia tidak sedar dengan kehilangan keretanya yang diletakkan dikawasan taman berhampiran dengan rumahnya..tetapi,rezeki masih menyebelahinya kerana kereta itu sempat dijumpai oleh pOlis perOnda yang melalui kawasan Damansara tersebut..Allah masih melindungi keretanya daripada dicuri..walaupun di dalam kereta tersebut mempunyai beberapa barang untuk dijadikan hantaran perkahwinannya,tetapi barang tersebut tidak diambil oleh pencuri..yang hilang hanyalah smart tag dan wang2 syiling yang digunakan untuk membayar tOl...

Dalam kul 2 pagi,kakak ana dan kawannya bergegas ke balai pOlis untuk mengambil kereta tersebut..dan kakak ana sempat untuk mengedarkan kad jemputan kahwinnya kepada pegawai2 pOlis yang ada di balai pOlis tersebut..apa yang bOleh dikatakan di sini,bahawasanya pencuri itu bukanlah seOrang yang pakar didalam melakukan kerja2 mencuri..nak tau kenapa??sebab ada kemungkinan dia meninggalkan kereta tersebut ditepi jalan setelah melihat pOlis perOnda sedang merOnda kawasan tersebut..perasaan takOt masih wujud di dalam diri pencuri tersebut..alhmadulillah,kereta tersebut masih lagi selamat dan yang paling penting segala tanggapan negatif yang merasuk fikiran ana pada ketika itu semuanya tidak benar..yang pasti keselamatan kakak ana terjamin..mOral of stOry,jagalah kereta anda sebaik mungkin..huhuhu..bila diingat kembali peristiwa ini,seolah-olah suatu rekaan semata2..tetapi inilah hakikat yang melinda kami sekeluarga..takOt,bimbang,resah,sedih dan kelakar..bOleh dijadikan sebagai kisah nOvel dan filem..ini bukan imaginasi ana semata2 tau..tetapi realiti yang berlaku..

pape pun,selamat pengantin baru ana ucapkan pada my sister..mOga berkekalan hingga akhir hayat..dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan selamat menyambut ari raya..mOga ketemu lagi sem hadapan....
C-cuti
U-untuk
T-tingkatkan
I-iman...

p/s : kepada sahabat2,jemputlah datang ke rumah ana pada ari raya haji yang kedua nanti...huhuhu..

Monday, November 9, 2009

MemOri iTu!!!

Album: Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com


Tiap bertemu kan berpisah yang awal ada akhirnya
Itulah lumrah dunia ketetapan dari yang Esa
Kenangan mengajar kita erti hubungan manusia
Tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta

Sebuah memOri yang tersingkap kembali
Kisah pertemuan kali pertama
Di dalam taman yang mengajar kita
Erti kehidupan penuh pancarOba

Di sini kita berjanji setia
Berjuang menOngkah awanan cita
Menanti jernih hujanan kejayaan
Berkat dari usaha dOa tulus padanya

Tutur kata guru bagaikan azimat
Sering mendidik jiwa yang lemah ini
Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya
Dan menjadi bekalan kami di hari muka

Oh temanku masihkah kau ingat
Susah senang harungi bersama
Pahit manis kita rasainya
Demi harapan kedua ibu bapa

Sendau gurau...senyum tangis sendu
Masih lagi segar di ingatan
Rindu hati ingin bersemuka
Setelah kita berpisah sekian lama

Kupanjatkan dOa agar dipertemukan
Kerana kudratmu tiada batasan
Bertemu,berpisah hanya kerana Allah
Ukhuwah yang terbina anugerah dariNya

Lirik :Fakhrul/ Mat Khir
Lagu Amir/ Isham


p/s : ditujukan khusus buat sahabat2 yang dikasihi sekalian..

SaLaM uKhUwAh & SaLaM MaHaBBaH!!!

setelah 3 minggu berentap di medan peperangan ilmu(peperiksaan),semakin ramai yang berjaya menamatkannya pada hari ini..termasuklah penulis sendiri..alhamdulillah kerana berjaya menamatkan peperangan tersebut..tahniah kepada pelajar jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan tahun 2 modul pengurusan Islam kerana berjaya menamatkan peperiksaan pada pukul 10.30 pagi tadi..kepada sahabat2 daripada modul kaunseling Islam dan komunikasi Islam, teruskan perjuangan antum..hanya tinggal beberapa ari sahaja sebelum menamatkan peperangan tersebut..masih ada setapak untuk sahabat2 melangkah sebelum bebas daripada kepOmpOng study..sebelum melangkahkan kaki ke kampung masing2..tidak lupa juga kepada sahabat2 daripada jabatan lain dan mungkin juga daripada fakulti lain dan universiti lain selain UKM..apa yang ingin penulis ingatkan ialah berhati2 tidak kira di mana jua sahabat2 berada..ini kerana,sahabat2 masih lagi berbaki setahun setengah atau 3 semester sebelum mendapatkan segulung ijazah..kita masih perlu berjuang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kejayaan..

penuhi masa cuti sahabat2 dengan aktiviti2 yang berfaedah yang boleh memberi manfaat kepada kita sebagai pelajar..walaupun peperiksaan telah tamat, tetapi ingatlah..perjuangan kita tidak terhenti di sini..kita masih perlu berjuang untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan berjuang untuk mendapatkan kejayaan..jangan lupa untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan qiamullail dan sentiasa berdOa untuk kecemerlangan kita bersama..semOga kita sama2 memperOleh kejayaan di dalam pertempuran yang dilalui selama 3 minggu ini.

di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat bercuti kepada sahabat2 yang akan pulang bercuti di kampung masing2 dan kepada yang tidak pulang bercuti,janganlah bersedih hati..mungkin sahabat2 masih berpeluang untuk pulang ke kampung bersempena dengan sambutan hari raya aidil adha untuk menyambut ari raya bersama2 keluarga tercinta..juga penulis ingin mengucapkan selamat menyambut ari raya aidil adha kepada sahabat2 sekalian..mOhOn maaf tuk segala2nya sepanjang satu semester yang dilalui pada sesi 09/10 ini..di harap,kita masih diberi peluang untuk bertemu pada semester yang akan datang..dan sama2 meneruskan perjuangan di muka bumi Allah dan menegakkan agama Islam yang tercinta..


" bertemu berpisah hanya kerana Allah...ukhuwah yang terbina anugerah dari-Nya.."

selamat bercuti dan selamat menyambut ari raya aidil adha....

Thursday, November 5, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

UNTUK RENUNGAN!!!

12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.