Wednesday, August 25, 2010

MASJID...adakah untuk bulan ramadhan????


sudah 14 ari kita menjalankan ibadat puasa..Alhamdulillah, setakat ari ini tidak ada permasalahan yang timbul dalam menjalankan ibadat puasa.Malah rasa amat seronok dengan kehadiran ramadhan pada tahun ini tidak seperti tahun2 sebelum ini..mungkin kerana ramadhan kali ini saya sentiasa berbuka di Masjid UKM..Bak kata orang, rezeki jangan ditolak..peluang harus direbut selagi berkesempatan..Ukhuwah yang terbina sewaktu duduk makan setalam adalah ukhuwah kerana Allah yang mana boleh diistilahkan sebagai "
setalam nasi, segunung ukhuwah, dan secebis kenangan " di UKM...

Dalam keseronokan berbuka, terkadang timbul juga di hati saya beberapa persoalan..antaranya, kenapa bila tiba bulan ramadhan ramai yang datang sembahnyang di masjid sedangkan pada bulan-bulan biasa masjid seolah-olah suram daripada kunjungan para jemaah..Adakah muslimin dan muslimat ini hanya mengganggap bahawa masjid hanya untuk sembahnyang jumaat atau hanya untuk bertarawih semata2???Bagi saya, kenyataan tersebut adalah salah.. Ini kerana, seperti yang kita tahu di Masjid terutamanya Masjid UKM ada menyediakan juadah berbuka puasa khusus untuk pelajar-pelajar UKM yang mana ia merupakan hasil sumbangan daripada para dermawan.. Majlis berbuka puasa ini atau lebih dikenali sebagai Iftar Jama'ie diadakan pada setiap petang dan menu setipa hari adalah berlainan..Hal inilah yang menyebabkan ramai orang yang pergi ke masjid terutamanya masjid-masjid yang berada di tempat-tempat menuntut ilmu..

Pada bulan ramadhan inilah kita dapat lihat masjid-masjid di Malaysia ini dipenuhi dengan para jemaah yang berada disekitarnya terutama pada waktu isyak..Tetapi, pada waktu biasa seperti zohor, asar dan sebagainya jemaah kembali berkurangan..Adakah para jemaah ini hanya menginginkan pahala berjemaah untuk solat terawih semata2??atau untuk kesemua solat??Tepuk dada tanyalah iman anda..Seeloknya,pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa terutama kepada para muslimin..Ini kerana, para muslimat seeloknya menunaikan solat di rumah sahaja pada waktu biasa..Jika kita kaji, masjid2 ini dipenuhi dengan para jemaah hanya pada bulan ramadhan dan hanya pada pagi hari raya samada hari raya puasa atau hari raya haji..Ini menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini hanya mengejar pahala berjemaah pada 3 keadaan tersebut sahaja, sedangkan pada waktu biasa mereka tidak mengamalkannya..

Saya berpesan kepada semua termasuk diri sendiri, bahawa pahala berjemaah itu perlu direbut pada setiap masa, bukan sahaja pada bulan ramadhan atau pada dua solat sunat hari raya..supaya ramadhan kita semua pada tahun ini adalah yang terbaik dan lebih baek daripada tahun-tahun yang sebelumnya..Memandangkan kita sudah berada pada fasa yang kedua bulan Ramadhan iaitu fasa maghfirah(keampunan), marilah sama-sama kita muhasabah diri dan memohon keampunan untuk segala apa yang kita lakukan dan untuk selama kita hidup sehingga hari ini..dan I'ALLAH kita sama-sama bersedia untuk menempuh fasa yang ketiga iaitu fasa pembebasan dari api neraka yang mana merupakan fasa terakhir bulan ramadhan pada tahun ini..Moga-moga segala amalan kita pada tahun ini mendapat perhitungan yang baik...

wallahua'lam....

Saturday, August 21, 2010

HATI MANUSIA(MAHASISWA)...


Seperti yang diketahui, hati mempunyai pelbagai maksud dan ertinya. Menurut sesetengah kamus, hati merupakan salah satu organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan yang terletak di dalam perut di bahagian badan sebelah kanan yang berfungsi sebagai organ dalaman manusia.Selain itu, hati juga boleh dikatakan sebagai batin yang mana ia berfungsi dengan pelbagai cara antaranya antaranya tempat untuk perasaan manusia, seperti rasa cinta, kasih, rindu, ikhlas jujur, dan sebagainya.
Tetapi, pada ari ini saya ingin berkongsi suatu ilmu supaya kita semua tidak terjerumus ke dalam lembah tersebut. Memandangkan saya sebagai seorang mahasiswa, jadi saya ingin memperkatakan sesuatu tentang mahasiswa dan supaya ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk para mahasiswa khususnya, tetapi kepada semua manusia secara umumnya.Seperti yang kita ketahui, hati merupakan suatu organ yang perlu kita jaga dan didik supaya ia tidak membawa kepada keburukan. Kebiasaan yang berlaku kepada mahasiswa pada hari ini ialah apabila dilanda penyakit hati.
Hati merupakan pengendali kepada manusia. Jika hati itu baik, maka baiklah segala perbuatan dan amalannya. Manakala jika hati itu rosak, maka rosaklah segala perbuatan dan amalannya kerana hati lah yang melambangkan keperibadian seseorang itu. Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati seseorang itu rOsak atau ia lebih dikenali sebagai PEROSAK HATI. Berkaitan dengan perosak hati ini, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ada menyebut bahawa 5 perkara yang boleh menyebabkan rosak hati iaitu 'bergaul dengan banyak kalangan teman(baik dan buruk), angan-angan kosong, pergantungan selain daripada Allah swt, kekenyangan dan banyak tidur. 5 elemen penting inilah yang menyebabkan mahasiswa pada hari ini telah dijangkiti dengan penyakit hati. Penjelasan yang telah dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim tentang 5 elemen tersebut ialah :
1) Bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk)
- Pergaulan bagi seseorang itu adalah perlu terutama kepada mahasiswa, tetapi biarlah pergaulan tersebut dalam kalangan yang baik dan bukan yang boleh merosakkan diri sendiri. Apabila mahasiswa itu tersilap langkah didalam pergaulannya, maka ini akan menimbulkan permasalahan kepada mahasiswa tersebut. Teman yang tidak baik lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan melakukan perkara yang negatif dalam hidup mereka. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan.Biasanya output seperti ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia semata-mata dan kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia itu. Oleh sebab itu, kelak di akhirat banyak yang menyesal adalah disebabkan oleh tersalah dalam pergaulan, seperti firman Allah swt dalam surah Az-Zukhruf ayat 67, ertinya : " Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali mereka yang bertakwa."
2) Leka dalam angan-angan kosong
- Angan-angan kosong adalah lautan yang tidak bertepi.Ia adalah lautan yang mana tempat berlayarnya orang-orang yang tidak mempunyai tujuan hidup. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan yang melimpah atau isteri yang cantik jelita.Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu , iman dan amal soleh yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi s.a.w memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.
3) Penggantungan selain daripada Allah swt.
- Ini merupakan faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan penggantungan selain kepada Allah swt. Jika seseorang bertawakkal kepada selain daripada Allah maka Allah akan menyerahkan urusan tersebut kepada sesuatu yang bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan mernjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapat sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya seperti dalam surah Yaasin ayat 74-75 yang bermaksud : " dan mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. mereka(sembahan-sembahan) itu tidak dapat menolong mereka; padahal mereka itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga (sembahan-sembahan) itu."
Maka orang yang paling hina adalah bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangunkan di atas penggantungan kepada selain Allah swt. Orang yang melakukannya adalah orang yang hina dan nista. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.
4) Kekenyangan ataupun makanan
- Makanan ataupun kekenyangan juga boleh dikatakan sebagai perosak yang berbahaya. Makanan dikatakan sebagai perosak kerana zatnya dan kerana melampaui ukuran dan takarannya. Sekiranya kita termakan makanan yang diharamkan kerana Allah swt seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Adajuga yang diharamkan kerana makanan tersebut merupakan hak hamba seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya. Dari sudut ukuran atau takarannya, seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan yang melampaui batas hingga menyebabkan malas dalam melakukan kerja.Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti syaitan tersebut. Sebab itulah, bagi mahasiswa ataupun pelajar dilarang untuk memakan terlalu kekenyangan kerana akan memberi kesan kepada pelajaran mereka. Tetapi, sekiranya tidak mengisi perut sebelum memulakan pelajaran ia juga tidak baik untuk kesihatan mentral dan fizikal kita. Ini kerana otak yang cergas adalah daripada badan yang sihat.
5) Banyak tidur
- Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuatkan kita lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat, sedangkan tidur yang paling bermanfaat ialah tidur bila mana ia sangat-sangat diperlukan sahaja. Tidur pada tengahari lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari. Secara umumnya, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seper enam bahagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut para doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Adapun tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari dan ia termasuk tidur yang dibenci oleh Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar kita perlu menjaga hati kita daripada dijangkiti dengan penyakit hati yang telah dikatakan supaya dapat teruskan kehidupan yang sempurna. Semoga hati-hati kita akan dilindungi dengan rahmat Allah swt. Terangilah hati mu dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan dengan cahaya Ilahi....
" manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menagis daripada ketawa. didiklah hati dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan..."

Monday, August 16, 2010

SALAM RAMADHAN KAREEM...

p/s : mOga ramadhan kali ini adalah yang lebih baek drp yang sebelOmnya..pertingkatkan amal ibadat dengan sebaek mungkin...