Monday, January 31, 2011

Krisis Sebenar Darurat di Mesir

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Monday, January 17, 2011

UNTUK PARA DA'IE


Kamu... mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu Al-quran dan hadith.

Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri.

Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." - Al-Baqarah, 42

Wahai para dai'e,

Dengarlah rintihan dan permintaan dari kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan dari kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Ali-Imran, 104

Wahai para dai'e,

Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhudlah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan mansusia maka manusia pun akan mencintaimu." - H.R Ibnu Majah dll dgn sanad hassan

Wahai para dai'e,

Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.

Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat. Seperti mana Rasulullah SAW apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab

"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" - H.R Malik, al-Syafi'e

Wahai para dai'e

Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al-Baqarah, 44

Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." - Ad-Dhuha, 11

~artikel iluvislam.com~

Monday, January 10, 2011

pengembaraan

seharian mengembara di bumi serambi makkah (KELANTAN)

Alhamdulillah, baru2 ini MPP FPI dgn kerjasama PMFPI telah mengadakan 1 program lawatan ziarah ke rumah sahabat FPI di kelantan yang mengalami musibah ketika cuti akhir semester yg lalu.. Program ini bermula pada 7hb yang mana saya bersama2 shbt2 drp pmfpi,jab.usul dan jab.syariah seramai 38 orang bertolak dr ukm ke kelantan jam 10 mlm dgn menaiki bas ukm.. Perjalanan kami yg mengambil masa lbh kurang 8 jam itu tiba di kelantan jam 6.00 pg.. Kami berhenti rehat dan sOlat subuh di Masjid LabOk,Machang.. Jam 8 pg kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami yg peryama iaitu ke rumah saudari Maisarah Ghazali di Pulai ChOndOng,Machang.. Setibanya disana, kami disambut oleh ahli keluarganya..Kehadiran kami pada ari tersebut sememangnya tidak diketahui oleh Maisarah..Alhamdulillah, pd pg tersebut sarapan kami telah di'suppOrt' oleh klrga Maisarah..rezeki kami pd ari tersebut..

Sebelum berangkat, kami adakan mjlis penyampaian sumbangan drp warga UKM.. sedikit ucapan drp MPP(sdra.Zaim), YDP PMF(sdra.Amir Hakimi) dan wakil ISIUKM(sdra.Ikram).. seterusnya Mpp dan Ydp menyampaikan sumbngan yg telah dikumpulkan di FPI khususnya.. jam 10.30 pg kami pulang dan meneruskan perjalanan yg seterusnya.. jam 11-11.30 pg kami singgah sementara di pasar Machang sambil cuci mata dan membeli belah apa yang patut..seterusnya kami ke rumah seorg sahabat dr jab.usul iaitu sdri Najihah utk makan tengahari yg disediakan oleh kluarganya.. sekali lg mkanan kami disuppOrt..di sana kami dihidangkan dgn nasi kerabu (makanan pOpular org klntan) bersama air cOcktail yg istimewa dan makanan sampingan spt buah2an dan kuih muih.. di sana kami sempat mandi dan menukar pakaian sementara menunggu sOlat zOhOr.. terima kasih kpd keluarga najihah di atas tanggungan tersebut..

Seterusnya, jam 2.30 ptg kami bertOlak ke destinasi yang kedua dl;m perancangan prOgrammer..Kami ke pasir putih utk menziarahi keluarga arwah Siti Esah..kami tiba di sana jam 3.30 ptg dan disambut oleh ahli keluarga arwah..amat sayu sekali apabila tiba di sana..perasaan gembira hilang serta merta dan diiringi dgn perasaan hiba dan sayu..Tambah sayu apabila melihat wajah ibu arwah dan adik beradik yg lain.. di sana, kami juga turut menyampaikan sedikit sumbangan yg telah dikumpulkan kpd ibu arwah beserta sedikit barang2 keperluan harian daripa pmfpi..kami dibawa melawat pusara arwah berhampiran rumahnya.. di tanah perkuburan tersebut,kami membuat sedikit tahlil ringkas utk arwah dan gtong rOyOng kubur arwah.. saat tahlil dibacakan, rasa sebak didada tidak dapat ditahan..airmata jatuh dgn tiba2..terkenangkan arwah di saat kehidupannya di ukm..bersama2 dlm perjuangan Islam..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..semOga rOhnya dicucuri rahmat..setiap pengOrbanan yg telah arwah lakukan ketika hayatnya di UKM,hnya Allah yang mampu membalasnya..semOga keluarga arwah tabah dlm menghadapi ujian drp Allah..kami bergerak pulang drp rumah arwah jam 4.30 ptg..

Perjalanan kami diteruskan lg menghala ke bandar kOta bharu..dlm petrjlnan utk ke bndr, kami sempat melihat kwsn2 yg telah ditenggelami air akibat ujan yg melanda tnpa henti..anak2 muda dan kanak2 riang bermain dgn air sementara diawasi oleh ibu bapa mereka..kami tiba di bandar kota bharu jam 5.45 ptg..masing2 tidak melepaskan peluang utk membeli belah..kami sOlat di masjid muhammadi yang berhampiran dgn Dataran Al-Quran.. tepat jam 8 mlm kami bergerak ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh..kami diberi masa selama 2 jam utk berjalan2..sekali lg para sahabat tidak melepaskan peluang utk membeli belah..memang betul la org kata,org perempuan ni x leh lepas drp shOping..hatta berhenti 5 tmpat skalipun,still lg berdaya utk bersiar2 dan membeli belah.. jam 10 mlm kami bergerak pulang ke UKM..pelbagai pengalaman yg kami lalui samada dlm perjalanan mahupun dlm membeli belah..semuanya dijadikan memOri sewaktu belajar..tetapi,pengalaman di dalam bas adalah yg terindah..mengikat ukhuwah fillah antara satu sama lain..

Moga apa yg kami lakukan ini mendapat rahmat drp Allah swt..sbg seorg sahabat,saya mengharapkan semoga keluarga arwah tabah dan sabar dlm menghadapi ujian drp Allah.. dan kpd sdri Maisarah,mOga terus kuat dan tabah mengharungi liku2 kehidupan..Tahniah kpd penggerak prOgram dan terima kasih kpd semua yang telah memberi kerjasama..:)

Saturday, January 1, 2011

XPDC dan HIMPUNAN 1111 MAHASISWA

Alhamdulillah, tahun 2010 telah melabuhkan tirainya dan muncul tahun 2011 yang akan menjadi cabaran tuk diri ana..sebagai penutup tirai kpd tahun 2010,ana berbesar ati bila dapat mengumpulkan kenangan2 indah mahupun tidak berapa indah..tetapi ia tetap akan sentiasa berada disanubari ana..apa yang ana ingin kOngsikan dengan sahabat2 sekalian ialah perjalanan kami utk ke XPDC DAKWAH GAMIS.. terutama skuad muslimat(yg nek KTM)..perjalanan dari KTM UKM ke KL CENTRE dan berkumpul di surau untuk menunggu ketibaan train yg seterusnya..ana terpaksa menjadi mata2 utk keselamat shbt2 sementara menunggu dik aida tiba..kami sOlat maghrib dan isya' di surau KL CENTRE bersama seblm bertOlak ke KLCC dgn LRT jam 9 mlm..sampai je kat KLCC da lak ntara adik2 yg bersama ana yg kehilangan tiket LRT..tetapi nasib baik la mak guard yg jg tu baik ati dan lepaskan kami pergi sehingga kan ditinggal oleh skuad yg berada dihadapan..terpaksa la bekerja keras dgn menghubungi shbt2 yang berada di hdpn utk menunggu kami..setelah itu,kami tiba di Masjid Asy-Syakirin lebih kurang jam 9.30 mlm..

Setibanya di sana,fOrum yang dianjurkan oleh ABIM telah berjalan dgn lancar..sejam slps itu,kami yang mengikuti program di bawah anjuran GAMIS diminta utk berkmpl di aras 2 masjid utk taklimat XPDC DAKWAH..dalam taklimat tersebut,kami dibriefing tentang perjalanan XPDC tersebut dan kami diminta utk membuat kumpulan yang mana kami akan bergerak di dalam kumpulan sepanjang XPDC tersebut..sedang asyik masih mendengar taklimat,tiba2 kedengaran dentuman bunga api yang menandakan telah masuk tahun baru 2011..memang mengejutkan kami yang berada di kawasan tersebut..dalam 12.30 tghmalam,kami bergerak dlm kmpln masing2 utk XPDC DAKWAH dan mencari sasaran yang sepatutnya utk menyampaikan risalah..satu cabaran apabila berhadapan dgn mad'u2 yang terlalu sOsial..pelabagai gelagat dan cara yang blh dijumpai ketika XPDC ini..bukan setakat masalah sOsial para remaja,malah terdapat juga orang2 melayu yang cuba menjual arak ditepi jalan sempena dgn sambutan tahun baru..ini ke yang dikatakan sbg 1 Malaysia??semua org blh lakukannya..

Semakin teruk perlakuan rakyat malaysia pada hari ini..ana tertarik dgn salah seorg mad'u yang baru berumur 15 thn yg berada dalam lkalangan lelaki pada malam itu..kaum muslimin cuba mendekat remaja lelaki dan ana bersama shbt ana cuba mendekati mad'u perempuan tersebut..adik tersebut mengatakan dia amat terkejut dgn smbutan mlm thn baru tersebut..krn terlalu ramai yang bertudung labuh disekitar kawasan tersebut dan membuatkan dirinya terasa malu dan segan..kebanyakan drp mereka hanya merasa malu dan segan melalui kata2 sahaja,tetapi bukan perbuatan..benar yang dikatakan oleh YB UN WAR bahawasanya berada dikawasan bukit bintang seperti berada di San FranciscO..amat teruk perlakuan mereka2 tidak mengira bangsa,agama dan sebagainya..Melayu,Cina,India,Foreigner semuanya sama sahaja..

XPDC tersebut berakhir jam 3 pagi yang mana masing2 pulang ke masjid utk berehat..terlalu banyak pengalaman yang bermakna sepanjang XPDC tersebut.. manakala jam 7.30 pg kami skuad muslimat bergerak ke LRT utk ke Taman Jaya Petaling Jaya bagi menghadiri Himpunan 1111 Mahasiswa..kami tiba di Dataran Petaling Jaya jam 8.30 pg..sementara menunggu shbt2 yang lain,kami sempat beristirehat dan bersarapan bersama2..Prgram Himpunan tersebut disertai oleh mahasiswa2 dari pelbagai IPT..prgram tersebut dimulai dgn senamrObik yang menghiburkan,seterusnya aktiviti mengecat banner beramai2..serOnOk tak terhingga walaupun dlm keadaan panas terik..aktiviti yang seterusnya ialah pidatO daripada wakil2 pimpinan spt GAMIS,DEMA,KAMI,SMM,MPMN dan lain2..Majlis dirasmikan oleh saudara Nazree Yunus (mantan aktivis) yang diarak menaiki mOtOsikal untuk sesi menandatangani lOgO himpunan Mahasiswa seterusnya laungan STUDENT POWER dan TAKBIR bergema di Dataran Petaling Jaya tersebut...prOgram Himpunan tersebut berakhir jam 12 tghari..

Terlalu banyak pengalaman manis yang diperOlehi sepanjang perjalanan pergi dan balik drp program..sesungguhnya niat LILLAHI TAA'LA itu telah memudah urusan kami terutama skuad muslimat dlm merentasi perjalanan yang jauh..SKUAD MUSLIMAT, andalah yang terbaekkkk...Chantekkkkk!!!!!