Sunday, January 29, 2017

RAIKAN CINTA

                                            Assalamualaikum ! Hai uolls ! Ahaks !

Raikan cinta? Program apa tu? uolls nak kawen ke? tanya orang-orang lain pada iolls. iolls cuma jawab, a'ah tapi bukan iolls yang kami. iolls cuma tolong raikan orang lain yang kawen. Sekali lagi, tahniah untuk geng rempit reput iolls kerana berjaya dengan jayanya laksanakan program ni. iolls takde benda sangat nak citer untuk program ni, cumanya nak gitau ni program daripada Pusat Khidmat Dun Chempaka yang diuruskan sepenuhnya oleh Ameerah Chempaka. Weyolls meraikan pasangan-pasangan anak muda dun chempaka yang berkahwin sekitar tahun 2015-2016. Huntung la uolls sebab diraikan oleh weyolls. Boleh naik pelamin kali kedua gitew. 

Waktu ni, iolls bertindak sebagai orang atasan pentas. Haha. iolls hanya mengadap tetamu yang duk atas pentas je, xsempat nak beramah mesra dengan orang bawahan pentas. haha. iolls malas la nak taip pepanjang, so uolls tengok gambar je la ye. Semoga uolls berbahagia dengan kehidupan memasing ye. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Be yourself. 

 Road To Raikan Cinta. Bice lu sikit-sikit. 

 Pengarah duk bui arahan gapo tu eh? hihi

 Oram sebelah duk bizi update status latew. Haha

 Rehersal lu. weyolls test pelamin. Kot runtuh esok. miahahaha 

 mawar dan orkid in de houz. 

 The unsung hero of Raikan Cinta. 

 Ramai yang nak begambo ngan mawar. haha

 Gimik perasmian, yb dato' fattah, yb dr izani dan yb ust fathan meletakkan kuntuman bunga ros merah dalam pasu ajaib. 

 Bestnya diorang dapat makan reramai. 

 Bersilat dulu sebelum dato' yb naik atas pentas.

The unsung hero of Raikan Cinta. Tanpa weyolls, tak mejadi la ia. haha 

 mawar bersama bunga ros nya. hander sayam


Salam sayang dari iolls untuk uolls dengan ucapan, " Agar Dirimu Semulia Khadijah.." 

Ok Bye! iolls nak pegi menunggang kuda jap.
Terima kasih sudi singgah n baca blog iolls.

Jumpa lagi, Daaaaaaa (bukan nama orang tau)
p/s : selamat menjamu mata dengan gegamba yang iolls tunjukkan.

#JanganCakapHakakTakPayung
#RaikanCintaDunChempaka
#SelamatBercutiGais
#SajaNakPostBebanyak
#TepiTepiSayam

Sunday, January 22, 2017

CORETAN HMM5K

                                       Assalamualaikum ! Hai uolls ! Ahaks !     
Alhamdulillah, 21 Januari 2017 iolls dengan geng rempit reput iolls bertandang ke shah alam uolls. we olls pegi untuk hadiri Himpunan Muslimat Muda 5K (HMM5K). Program ni memang khas untuk para muslimat muda khususnya. Muda yang macam mana tu? mesti uolls tertanya-tanya kan? hihi. of koj la muda macam iolls ni, muda remaja gitew. Weyolls pegi dengan 3 buah bas dari Kelantan. Semuanya muslimat muda yang cun melecun. Miahahaha. Meriah giler konvoi weyolls. Gila tak meriah, iolls kan hadow. 😊😊 
 Bergambar kenangan dengan geng rombongan Kelantan di masjid sebelum berjalan kaki ke dataran. 

Pukul gambar dengan YB Mumtaz di dataran. Geng klate boh! 

Weyolls bertolak malam, so weyolls sampai pagi tu terus pegi tempat program. Jangan duk gatai mulut cakap weyolls tak mandi lak. Tampo kang! 😄😄 Weyolls mandi dan tukar baju dekat masjid tau. Sampai tempat tapak program, weyolls be like, terpinga-pinga and jakun. Almaklumlah, tak pernah pegi shah alam. Hahaha. Dah sampai, kami amik port tengah-tengah padang oii. Serah diri pada matahari dan seangkatan dengannya. 😝😝 Alhamdulillah, weyolls tetap cantik dan cun walau dipanah dengan matahari yang terik. Tahniah untuk weyolls. Orang lain g Hmm5k siap boleh buat reunion bagai dengan kengkawan lama, tapi tidak weyolls. Sebab weyolls duk mereput jer tengah padang dari memula sampai dataran hinggalah nak balik (sebenarnya weyolls takde kawan, terutama iolls la.). Kira boleh dapat anugerah kesetiaan tengah padang. Sampai itam legam muka. (Tapi kami memang dah itam sejak azali. Kakaka) 😤😤

 Walau panas membahang, tetap tak berganjak. Sebab malas bangun. haha

Tengok je la ye. hahaha

Banyak input yang weyolls dapat. Paling penting, iolls nak ucap tahniah pada muslimat muda yang hebat dan gagah perkasa. Yang ada baby bawak baby sekali. iolls tabik spring la kat uolls. Ni lah yang orang kata, perjuangan memerlukan pengorbanan. uolls dah buat banyak sangat pengorbanan kalau nak dibandingkan dengan iolls ni. kikiki. Tahun depan ada lagi tak wahai penganjur yang baik hati? hahahha

Ok lah, iolls malas la nak taip pepanjang. Biar gambar je la yang berbicara ye. Moga uolls semua hepi membacanya dan tak ada perasaan iri hati terhadap iolls. Hahahah  Yang penting, kami bahagia. Bahagia cara kami itu lebih penting dari bahagia cara orang lain, tapi derita bagi kami. Miahahaha. 
 Semangat nyanyi, dan tazabar nak balik oii. 

 Ingat lirik ko dop terr? 😆😆

Tatatatatatatatata

Salam sayang dari iolls untuk uolls dengan ucapan " Agar Dirimu Semulia Khadijah.."

Ok Bye!
Terima kasih sudi singgah n baca blog iolls. 

Jumpa lagi, Daaaaaaa (bukan nama orang tau) 😆😆
p/s ; selamat menjamu mata dengan gegamba yang iolls tunjukkan.

Salam

Wednesday, January 18, 2017

MANIS-MANIS RINDU HARI SAIDATINA KHADIJAH KELANTAN 2016

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks !
  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang! Alhamdulillah, akhirnya muncul kembali. hekhekhek! Awat la blog sis ni bersarang ye? Rasa macam baru semalam je update. Tapi, ghupenya dah berbulan-bulan oiiii. Hampir setahun kot sis tak update. Hamboiii, uolls nak kutuk sis latew kan? Bukan apa, sis sebenarnya bizi tu taklah sangat tapi malas yg amat. Malas nak menaip, nak pikir, nak olah bagai. Ha-ha-ha! Gayanya macam nak olah buku je kan. Tapi harini sis dah dapat balik semangat sis yang hilang dulu tu. Biasa la, gamaknya ni semangat tahun baru kot. Walaupun tahun baru dah masuk minggu kedua. Hehe!
Hokey la, sis tak tahu nak buat mukaddimah pepanjang. Kira kita terus masuk topik yang nak diceritakanlah ye. Bukan hape, arini sis semangat skit nak cerita pasal kisah tahun lepas punya. Pasal satu program besar yang sis join, jadi ahli jong kalut tu. Program Sambutan Hari Saidatina Khadijah dan Muslimah International Summit Kelantan (MISK 2016). Namanya je Kelantan tau, tapi sebenarnya ni kira program antarabangsa punya. Mana taknya, jemputan yang datang ke MISK tu daripada obersi bak ang oi. Ada wakil dari Syria, Qatar, Jordan, Pakistan, Indonesia, Thailand, Iraq dan ramai-ramai lagi. (tak ingat lak) HikHikHik.


 Bersedia dengan tugasan pertama dengan sambutan delegasi luar yang pertama. 


 Sekuntum mawar merah untuk delegasi luar yang pertama dari Pakistan..
 
 Taraaaaa, Delegasi dari Pakistan in the house yo!

Untuk pengetahuan uolls, untuk program HSK 2016 ni sis ajk untuk team perasmian tau. Haaa, kerlas gitu. Bawah kelolaan YB Kak Long dan ajk yang hebat dan osem. Tapi, sis tak dapat curahkan bakti untuk diorang pun. Sebab sis ni orang bagi pinjam dekat unit lain. (bunyi macam hebat je sis sebab jadi rebutan). Hahaha. Sis dipinjamkan dengan izin ahli untuk ke unit protokol. Yang sis peliknya, sampai sekarang sis macam tertanya-tanya la kan. Kenapa la unit protokol ni x cukup orang? Kenapa la diorang tak ambil ajk lain kan? Saje je taknak kasi sis bersama unit perasmian. Hekhekhek. Sebenarnya, untuk unit protokol ni, diorang nak suruh sis jadi puteri. Kengkononnya la. Puteri Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong. Lambang wanita Kelantan. Alhamdulillah, sis dengan kembar sis boleh jadi puteri. Siap kena pakai baju ala-ala pengantin gitu. Nak pakai baju cik siti wan kembang betul, silap aribulan terjolok mata delegasi luar. Ha-ha. Sis pun tak sanggup oi. Pakai baju pengantin untuk 3,4 hari pun dah jadi macam sasau. Hahaha. Sasau gilakan kau! (Lagu tu oiii)

 Jangan dilihat pada kekurangannya, tapi lihatlah pada kesempurnaannya. Ha-ha-ha

 Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin kau kan temu seindah ini. Ha-ha-ha


Sis nak kongsi dengan uolls segala kenangan pahit manis kami bersama sepanjang HSK berlangsung ni. Yang pahit pun sebenarnya dah jadi manis semuanya sebab kami lalui bersama. Orang kata, menangis hati ini, ku juga bersimpati. Sedih sesama, gembira sesama. Yang penting, kenangan dan pengalaman. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam hati. Takot berkudis lak hati tu. Hekhekhek. Kalau uolls nak tahu, semua yang berlaku sepanjang HSK ni adalah momen yang terbaik bagi sis. Tak kira la pahit ke, manis ke, masam ke. Masing-masing punya cerita dan kisah yang tersendiri bermula dari lagu tema sehingga la kerja-kerja bagi setiap unit. Orang kata, ohsem! Hehehe. Mungkin pengalaman ni sis takkan dapat di tempat lain sebab dah tak jadi puteri macam dalam HSK. Hahaha.
 Para dayang di Makan Malam Silaturrahim HSK 2016
 
 Kami geng sopan santun anak melayu...
 

Jadi, sis nak pesan dekat uolls semua kalau nak pengalaman uolls kena cari dan lalui sendiri sebab pengalaman ni takde di jual di mana-mana. Aeon ke, kb mall ke, atau mana-mana la. Tak yah duk berangan nak gi beli dekat IOI Mall Putrajaya la. Hahaha. Hanya ada bila uolls sertainya sahaja. Jangan takut untuk berprogram, kerana di situ kita akan dapat banyak kenalan dan ukhuwah kerana Allah. Terima kasih Ya Allah atas anugerah kehidupan ini.

 Kenangan tuan puteri tak jadi puteri dengan mami dan mama. hahaha
 
 Ketua Briged Muslimat Pusat pun nak bergambar dengan tuan puteri. Uolls tak nak ke? Kakaka
 

Ok lah, sis tanak ganggu uolls lelama (padahal sis dah takde idea.) kakakak. Sebab sis pun nak menghargai masa yg sis ada ni. Semoga uolls berbahagia dengan kehidupan memasing ye. Jaga diri! Jaga iman! Jaga hati!. Be yourself. Sis  sayang uolls. Ahaks! Sis gerak lu. Pape roger taw!

 Team protokol yang ohsem di Majlis Meraikan AJK, Petugas & Sukarelawan
 
 Sebahagian daripada kami penggerak HSK 2016
 

 Ummi Tie (Ketua Unit Protokol) yang sentiasa memastikan sis dan kembar sis bersedia. Hihihi
 

Salam sayang dari sis, dengan ucapan " Agar Dirimu Semulia Khadijah.."

Ok Bye!
Selamat Membaca!

Terima kasih sudi singgah n baca blog sis! (Post kalini nak guna sis. Tanak guna dah cik wanie atau hakak! Hahaha)

Jumpa lagi. Daaaaaaaaa (bukan nama orang tau)
p/s : selamat menjamu mata dengan gegamba yang sis tunjukkan.
#JanganCakapHakakTakPayung
#MemoriDaunPisangHSK
#KitakanKembar
#TepiTepiSayang