Wednesday, April 15, 2009

tAnGgAL 12 ApRiL


salam ukhuwwah!!!

tanggal 12 april,saya bersama dgn 26 orang pelajar UKM yang lain telah mengikuti satu program khibrah ke rumah anak-anak yatim ASDAF yang menempatkan anak-anak yatim orang asli di Bangsar..kami pergi sebagai sukarelawan ASDAF yang ingin membantu anak-anak yatim tersebut dalam kemahiran berkomunikasi..setiap daripada kami diberi dua orang pelajar untuk dilatih menyampaikan syarahan dan berdepan dengan masyarakat..Kebanyakan daripada mereka berasal daripada suku semai di pahang dan perak..kami berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sukarelawan ASDAF..ini merupakan salah satu kenangan mannis bagi kami pelajar2 tahun 1 UKM..semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang...

Tuesday, April 14, 2009

dOa!!!!


Doa-doa Yang Makbul:1. Orang yang terdesak.2. Orang yang teraniaya/dizalimi.3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:1. Terasa sesuatu yang menakutkan.2. Menangis tatkala berdoa.3. Terasa menggeletar.


Cara-cara Berdoa:1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya)...

Friday, April 10, 2009


salam ukhuwah!!!

setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lajnah Kebajikan dan Akademik ( LKA ISIUKM )

kerana program bengkel kecemerlangan akademik berjalan dengan lancar.tahniah kepada penggerak utama bengkel tersebut.program seperti ini amat diperlukan apabila berada diambang peperiksaan..semoga apa yang dapat diambil daripada bengkel tersebut dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar bermula dari detik ini..

jutaan trma ksh diucapkan kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa bersama-sama dalam bengkel tersebut..salam imtihan diucapkan kepada semua sahabat..semoga kejayaan menjadi milik kita bersama..INSYAALLAH..bermula daripada detik ini,kta perlu persiapkan diri untuk menghadapi saat peperiksaan itu..saya menyeru kepada sahabat2 sekalian dan diri saya sendiri supaya kita sentiasa melakukan solat hajat n sentiasa qiamullail untuk persediaan exam..semoga segala usaha yang kita lakukan akan dapat ganjaran yang besar suatu hari nanti..AMIN..bi taufiq wan najah..wa ila liqa'

Thursday, April 9, 2009

jOm pAkAt p rAmAi2


salam ukhuwah!!!

salam imtihan diucapkan kepada semua sahabat yang akan menduduki final exam tidak lama lagi..insyaALLAH,bagi penulis sendiri akan bermula final exam pada 22 april dan akan berakhir pada 4 mei insyaALLAH,bi iznillah..sahabat2 dijmput untuk menghadiri BENGKEL KECEMERLANGAN AKADEMIK yang akan disampaikan oleh UST NABIL BIN AHMAD(kmpulan Far-east) pada 9 april khamis jam 5.00-7.00 ptg di DK2 FPI..seterusnya disambung dgn berbuka puasa, solat hajat n ceramah motivasi yg disampaikan oleh UST KHAIRIL KHUZAIRI di masjid UKM dgn kerjasama KPMFSSK ...anjuran LAJNAH KEBAJIKAN DAN AKADEMIK ISIUKM..ISLAM UNTUK SEMUA!!!!!

Monday, April 6, 2009

tiGa cAhAyA di hArI kIaMaT!!!!


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."




Wednesday, April 1, 2009

aPrIL fOoL

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya pandang ke Barat; menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makanpun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang-kala lawak-lawak biasa atau ‘practical joke’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan yang berpanjangan. sewaktu zaman persekolahan dahulu penulis pernah terbaca tentang sesuatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan “Aku ceraikan kau dengan talak 3” pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan “April Fool”. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila di beritahu bahawa talak yang dilafazkannya telahpun jatuh!! Berbalik kepada Perayaan April Fool’s ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam Sepanyol (moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 hb April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk –penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerangi kaum Muslim dan membunuh semuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Apa yang penulis harapkan moga selepas sahabat2 membaca artikel ini tiada lagi ApRiL fOOl dalam kehidupan.. Semoga artikel ini akan menjadi panduan untuk semua..

Thursday, March 26, 2009

pEtUa mUrAh rEzEki dAn diJaUhi KeSuLiTaN!!!



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Monday, March 23, 2009

Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat ini, maka ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.
1. Mengucap Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu...
2. Mengucap Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu...
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersebut perkataan yang tidak patut...
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan untuk melakukan sesuatu di hari esok...
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini...
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah...
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.