Monday, January 18, 2010

TIPS MUDAH ATASI STRESS


Ø KETAWA-tiada cara yg paling mudah dan berkesan selain drp ketawa. Ketawa merupakan terapi paling berkesan bagi mengurangkan kesan stres pd diri anda. Malah, ketawa juga membuat hati anda lebih tenang dan lega. Bukan itu sahaja, melihat anda ketawa juga menyenangkan hati org disekeliling anda. Oleh itu, jgn malu utk ketawa atau sekurang2nya senyum.

Ø URUTAN SENDI- kadangkala bebanan kerja yg bnyk membuatkan otot2 badan tegang. M’hadap komputer seharian juga mgkin blh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan pd sendi2 anda bermula pd titik2 akupuntur, sekitar hidung dan ditepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.

Ø BERJALAN- tubuh badan yg stress m’buat anda rasa keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang2nya selama 10 mnt jika anda rasa tubuh bdn anda tidak bermaya dgn berjalan, anda dpt mengurangkan tekanan pd seluruh bahagian tubuh bdn ketika bekerja.

Ø DOA- ketika anda stress kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yg berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yg lbh berkesan utk menghilangkan stress dan sekaligus dpt mendekatkan diri kpd Allah.

Sunday, January 10, 2010


" Yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
yang diimpi, biarlah x punya rupa, asal sedap dipandang mata.. yang dinilai, bukan sempurna jasmani, tapi asalkan sihat ruhani, sempurna hati.. yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.. yang datang x perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.. yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia, dan yang akan terjadi, andai x sama dengan kehendak hati, ana redha dengan ketetapan ilahi, kerana itulah sejak azali...

Thursday, December 31, 2009

PESANAN IMAM GHAZALI


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya..Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"..Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan akal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 ) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
p/s: SELAMAT TAHUN BARU 2010..kepada semua..

Saturday, December 26, 2009

kEnAnGaN!!!







p/s : salam dan selamat kembali..
rasanya dh lama x update blog ni..maklumlah,cuti katakan..tapi ari ni pun x da pape maklumat yang ingin disampaikan..cuma sekadar untuk meng update blog ini..mungkin banyak peristiwa yang berlaku semasa cuti panjang..tapi setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya..moga apa yang berlaku itu dapat dijadikan sebagai iktibar untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan..gambar ni antara peristiwa yang berlaku sewaktu cuti ana..majlis perkahwinan kakak ana..NOOR AZILA DAN MOHD HAFIZI...semOga berbahagia hingga akhir hayat..AMIN!!!

Wednesday, November 25, 2009

peringatan!!!

8 daripada 25 wasiat RASULULLAH..

1) IKHLASKAN AMAL IBADAT : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesiapa yang melakukan (satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang melakukan (suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, allah akan memperlihatkan kecacatannnya.

2) KENIKMATAN SYURGA TIDAK TERHITUNG : Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang akan dilalui oleh orang yang berkenderaan di bawah teduhannya selama seratus tahun tanpa melepasinya.

3) TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH : rasulullah s.a.w bersabda; Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.

4) CARILAH ERTI KEKUATAN SEBENAR : Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.

5) DISEBALIK KESUSAHAN ITU ADA HIKMAH YANG BANYAK : Rasulullah s.a.w bersabda; Setiap musibah yang ditimpa ke atas orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan,sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya.

6) WUJUDKANLAH KASIH SAYANG ANTARA MUSLIM : Rasulullah s.a.w bersabda; Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.

7) WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN ADIL : Nabi s.a.w bersabda; Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan sama ada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya.

8) TERUSLAH BERUSAHA MENCARI HARI KEMENANGAN ORANG MUKMIN : Nabi s.a.w bersabda; Hari kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi orang Yahudi. Para muslimin memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok berkata : Wahai para muslimin! Wahai hamba Allah! ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok Yahudi.


p/s : selamat menyambut ari raya aidiladha kepada semua!!!

Thursday, November 12, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

KiSaH BeNaR!!!!

salam ukhuwah..

sebelum ana meninggalkan dunia blog tuk sementara waktu,suka untuk ana kOngsi sebuah kisah benar yang berlaku pada diri ana malam tadi..kisah ini bermula sekitar jam 1 pagi(12/11)..sedang leka ana melayari internet,tiba-tiba ana dikejutkan dengan panggilan telefOn..panggilan tersebut datang daripada abang ipar ana yang berada dikampung..apa yang terlintas difikiran ana pada ketika itu ialah,berita mengenai kakak ana yang akan bersalin..rasa gembira melanda diri,tapi apabila panggilan itu dijawab,nescaya semua yang terlintas difikiran hilang dengan begitu sahaja..tekaan ana tidak tepat..abang ipar ana menghubungi ana dan bertanya mengenai kakak ana yang bekerja di Putrajaya samada ana ada berjumpa dengannya atau berhubung dengannya pada hari tersebut..ini kerana,pada jam 12.45mlm ada seorang pegawai pOlis telah menghubungi mama ana dan menyampaikan berita mengenai sebuah kereta Gen-2 yang bernOmbOr pendaftaran WRV4149 telah ditemui ditepi jalan di kawasan rehat Damansara..di dalam kereta tersebut terdapat kad jemputan kahwin dan dikad jemputan tersebut ditulis nombor telefOn mama ana dan kakak ana..

setelah puas pegawai pOlis tersebut menghubungi kakak ana,mereka mengambil keputusan tuk menghubungi mama ana..setelah selesai pegawai tersebut menyampaikan berita tersebut,mama ana dengan pantas menyuruh abang ipar ana untuk menghubungi semua anak2nya tuk memberitahu perkara tersebut..ana dengan rasa sedih,sebak didada mendengar berita cuba kuatkan diri untuk menghubungi kakak ana..tetapi,panggilan tersebut tidak diangkat oleh kakak ana..ana cuba inisiatif yang kedua dengan menghubungi tunang kakak ana@bakal abang ipar ana untuk menanyakan tentang kakak ana,tetapi panggilan itu juga tidak berjaya..pada saat itu,hanya Tuhan sahaja yang mengetahui keadaan ana..betapa risaunya hati apabila semua panggilan yang dibuat tidak berjaya..pelbagai spekulasi telah melanda fikiran ana pada waktu itu..setelah lama mencuba,tepat jam 1.45 pagi barulah panggilan ana dijawab oleh kakak ana..rupa2nya,ketika semua sibuk menghubunginya,dia sedang lena di rumahnya tanpa telefOn di sisi..akhirnya,Allah telah menyedarkannya daripada tidOr dan terdetik dihatinya untuk mencari handsetnya..apabila handsetnya dijumpai,dia terkejut melihat 30 panggilan yang tidak dijawab daripada semua ahli keluarga..

Terdetik dihatinya untuk menghubungi semula abang ipar ana kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini di kampung..abang ipar ana telah memberitahunya mengenai kehilangan keretanya dan meminta kakak ana untuk pergi melihat samada betul atau tidak mengenai kehilangan keretanya..setelah abang ipar ana memberitahu mengenai kehilangan keretanya itu,dia bersama teman serumahnya bergegas pergi ke tempat parking kereta dan mendapati memang betol keretanya telah dicuri..dia tidak sedar dengan kehilangan keretanya yang diletakkan dikawasan taman berhampiran dengan rumahnya..tetapi,rezeki masih menyebelahinya kerana kereta itu sempat dijumpai oleh pOlis perOnda yang melalui kawasan Damansara tersebut..Allah masih melindungi keretanya daripada dicuri..walaupun di dalam kereta tersebut mempunyai beberapa barang untuk dijadikan hantaran perkahwinannya,tetapi barang tersebut tidak diambil oleh pencuri..yang hilang hanyalah smart tag dan wang2 syiling yang digunakan untuk membayar tOl...

Dalam kul 2 pagi,kakak ana dan kawannya bergegas ke balai pOlis untuk mengambil kereta tersebut..dan kakak ana sempat untuk mengedarkan kad jemputan kahwinnya kepada pegawai2 pOlis yang ada di balai pOlis tersebut..apa yang bOleh dikatakan di sini,bahawasanya pencuri itu bukanlah seOrang yang pakar didalam melakukan kerja2 mencuri..nak tau kenapa??sebab ada kemungkinan dia meninggalkan kereta tersebut ditepi jalan setelah melihat pOlis perOnda sedang merOnda kawasan tersebut..perasaan takOt masih wujud di dalam diri pencuri tersebut..alhmadulillah,kereta tersebut masih lagi selamat dan yang paling penting segala tanggapan negatif yang merasuk fikiran ana pada ketika itu semuanya tidak benar..yang pasti keselamatan kakak ana terjamin..mOral of stOry,jagalah kereta anda sebaik mungkin..huhuhu..bila diingat kembali peristiwa ini,seolah-olah suatu rekaan semata2..tetapi inilah hakikat yang melinda kami sekeluarga..takOt,bimbang,resah,sedih dan kelakar..bOleh dijadikan sebagai kisah nOvel dan filem..ini bukan imaginasi ana semata2 tau..tetapi realiti yang berlaku..

pape pun,selamat pengantin baru ana ucapkan pada my sister..mOga berkekalan hingga akhir hayat..dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan selamat menyambut ari raya..mOga ketemu lagi sem hadapan....
C-cuti
U-untuk
T-tingkatkan
I-iman...

p/s : kepada sahabat2,jemputlah datang ke rumah ana pada ari raya haji yang kedua nanti...huhuhu..