Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
" Tugas Kita Bukan Melihat Apa Yang Jauh dan Masih Kabur, Tetapi Bertindak Dengan Apa Yang Ada Dalam Genggaman..."
Saturday, February 13, 2010
Thursday, February 4, 2010
PROGRAM!!!

Lajnah Perhubungan Luar dan Pengintegrasian PMFPI sesi 08/09 akan mengadakan program pengantarabangsaan ke Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniri, Acheh pada 5 februari hingga 8 Februari 2010..Program ini merupakan program mega bagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam..Program ini melibatkan 40 oarng peserta termasuk ajk dan 2 orang pengiring yg terdiri daripada pensyarah di Fakulti Pengajian Islam..
Antara program2 yang akan diadakan sepanjang berada di sana ialah interaksi PMFPI bersama pimpinan Ar-Raniri, dialog kampus antara kedua2 institusi, forum mahasiswa, lawatan2 ke tempat yg bersejarah spt Muzium Tanoh Abe, Panti Asuhan Anak Yatim, Muzium Tsunami dan Taman Ratu Safiyatuddin..Semoga kita semua akan dipermudahkan segala urusan ketika berada di sana dan dilindungi serta dirahmati sentiasa...AMIN...
Sunday, January 31, 2010
BONGKAR PENYELEWENGAN PRK 2010
Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.
Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....
ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.
Kolej Keris Mas.
1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.
3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.
4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.
5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.
Kolej Burhanuddin Helmi.
1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.
2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.
Kolej Tun Hussin Onn.
1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.
2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.
3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.
Kolej Ibrahim Yaakob.
1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.
2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.
Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.
1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.( http://tintaduat.blogspot.com/2010/01/kempen-besar-besaran-bongkar.html )

Monday, January 18, 2010
TIPS MUDAH ATASI STRESS

Ø KETAWA-tiada cara yg paling mudah dan berkesan selain drp ketawa. Ketawa merupakan terapi paling berkesan bagi mengurangkan kesan stres pd diri anda. Malah, ketawa juga membuat hati anda lebih tenang dan lega. Bukan itu sahaja, melihat anda ketawa juga menyenangkan hati org disekeliling anda. Oleh itu, jgn malu utk ketawa atau sekurang2nya senyum.
Ø URUTAN SENDI- kadangkala bebanan kerja yg bnyk membuatkan otot2 badan tegang. M’hadap komputer seharian juga mgkin blh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan pd sendi2 anda bermula pd titik2 akupuntur, sekitar hidung dan ditepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.
Ø BERJALAN- tubuh badan yg stress m’buat anda rasa keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang2nya selama 10 mnt jika anda rasa tubuh bdn anda tidak bermaya dgn berjalan, anda dpt mengurangkan tekanan pd seluruh bahagian tubuh bdn ketika bekerja.
Ø DOA- ketika anda stress kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yg berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yg lbh berkesan utk menghilangkan stress dan sekaligus dpt mendekatkan diri kpd Allah.
Wednesday, January 13, 2010
Sunday, January 10, 2010

" Yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
yang diimpi, biarlah x punya rupa, asal sedap dipandang mata.. yang dinilai, bukan sempurna jasmani, tapi asalkan sihat ruhani, sempurna hati.. yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.. yang datang x perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.. yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia, dan yang akan terjadi, andai x sama dengan kehendak hati, ana redha dengan ketetapan ilahi, kerana itulah sejak azali...
Thursday, December 31, 2009
PESANAN IMAM GHAZALI
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya..Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"..Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan akal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 ) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
p/s: SELAMAT TAHUN BARU 2010..kepada semua..
Saturday, December 26, 2009
kEnAnGaN!!!
p/s : salam dan selamat kembali..
rasanya dh lama x update blog ni..maklumlah,cuti katakan..tapi ari ni pun x da pape maklumat yang ingin disampaikan..cuma sekadar untuk meng update blog ini..mungkin banyak peristiwa yang berlaku semasa cuti panjang..tapi setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya..moga apa yang berlaku itu dapat dijadikan sebagai iktibar untuk kita melangkah lebih jauh ke hadapan..gambar ni antara peristiwa yang berlaku sewaktu cuti ana..majlis perkahwinan kakak ana..NOOR AZILA DAN MOHD HAFIZI...semOga berbahagia hingga akhir hayat..AMIN!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)