Tuesday, December 14, 2010

Dari hati 'yik'...

Bismillah wa Alhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi krn masih berpeluang utk menikmati 3 nikmat yang hebat iaitu nikmat Iman, Islam dan juga Ihsan.. x lupa juga msh berpeluang utk menjenguk ke dunia blOg ini.. dah lama rasanya 'yik' tak meng'update' blOg ni.. walaupun dalam suasana bercuti,tapi tetap tidak mempunyai masa yang sesuai utk mengupdate blOg ni.. ditambah lg dgn xde idea nk dikOngsikan..

Rasanya masih blOm terlambat utk 'yik' mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432 H.. harapan 'yik' mOga 'yik' dapat berhijrah kpd yang lebih baik lagi.. semOga apa yang dihajati akan tercapai..INSYAALLAH.. 'yik' nak mengajak semua sahabat2 agar kita berhijrah kpd yang lbh baik lagi dlm kehidupan kita samada dalam pelajaran ataupun apa jua perkara.. Bak kata kmpulan IN-TEAM, Hijrah Menuju Wawasan.. Kita kna la mulakan hijrah kita ni dgn niat yg suci dan pasti..utk membina kehidupan harmOni..:)

Erm, nampaknya cuti akhir semester dah nak berakhir.. bukak semester baru ni,'yik' dah berada di semester akhir pengajian di UKM.. bertambah berat tanggungjawab sbg seOrg pelajar.. nmpknya kna la tambah vOlume lg.. kasi kuat lagi drpd yg seblmnya..huhuhu.. kena berusaha keras utk TESIS..walaupun cuti, tapi x sentuh langsung sal tesis..memang memanfaatkan cuti sebetulnya la..bagus betul.. Harap2 bkak ni makin rajin la 'yik' ni.. Sepanjang cuti ni menghabiskan masa kat umah je.. jadi baby sitter yang bertauliah.. surirumah yang x bertangga..da gak manfaatnya..asalkan x mensia-siakan waktu cuti..

Akhir kalam, SALAM AWAL MUHARAM 1432H..Ayuh sama2 berhijrah..Hijrah menuntut pengOrbanan, kesabaran dan ketabahan..sejahtera hidup AMAN SENTOSA..:)

Friday, December 3, 2010

Yang Dinanti2...

بسم الله الرحمن الرحيم....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010- 2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20 Disember 2010.

Semoga mendapat kejayaan yang terbaik.

Wednesday, November 17, 2010

SALAM EIDULADHA!!!


Alhamdulillah, ari ini 11 ZulHijjah 1431 H..pagi tadi dah selesai solat sunat aidiladha berjemaah..sekarang masa tuk tunggu lembu2 untuk dikorbankan dan mungkin juga dah ada yang selamat dikorbankan..bagi yang mengambil bahagian dalam ibadah korban pada tahun ini, syukur alhamdulillah krn diberi rezeki untuk bersama2 melaksanakannya..alhamdulillah,keluarga penulis juga mengambil bahagian utk ibadah kOrban tersebut..

Kalau mengingat kembali peristiwa raya tahun lepas, mungkin ia hari kebahagiaan kami sekeluarga.almaklumlah,bukan ibadah korban semata2, malah kami turut membuat kenduri sempena hari perkahwinan kakak penulis..SeekOr lembu dikOrbankan utk kami sekeluarga.kiranya penulis juga berpeluang untuk buat amal ibadah..hheheh..pape pun, tahun ni genap setahun umur perkahwinan kakak penulis dan juga umur anak buah penulis..huhuhu..tahun ni, dah genap 10 orang anak buah penulis..nak kata ramai tu, x la..tapi nak kata x ramai pun,x jugak..bOleh la tahan..hehehe..yang penting bahagia..

Erm,utk pertama kalinya penulis tiba di rumah sehari sebelum raya..lau sebelum ni, ada gak ruang lbh kurang seminggu..huhhuhu..nasib x berapa elOk la..tp x kisah pun.yang penting penulis selamat sampai..perjalanan penulis mengambil masa selama 12 jam kOt nak sampai ke kmapung halaman..ape taknye, kul 11.30pg bertOlak daripada Subang Jaya dan tiba di Kota bharu kul 11.30mlm..huhuhu..perjalanan yg memang memenatkan badan..ari ni dh rasa pusing2 kepala ni..sebab tu penulis duk kat umah je dan x p ke mana2 pun..nak rehat2kan kepala yang pening ni..tahun ni x beraya dgn semua adik beradik..kakak penulis yang duk kat Putrajaya dan JohOr x blik berhari raya..x dapat cuti..x kesah la,yang penting dpt beraya gak..hehehe

Perbicaraan yg panjang,tetapi motifnya hanya la 1 iaitu nak sampaikan ucapan je..hehehe..Selamat Hari raya Korban diucapkan kpd semua muslimin dan muslimat..mOga pengOrbanan yang dilakukan pada tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya..mOhOn maaf utk segala2nya..

Saturday, November 13, 2010

Takdir Tuhan

Bismillah wal hamdalillah...

Alhamdulillah,malam yang penuh kesyahduan ni, penulis masih diberi peluang untuk meluahkan perasaan..mungkin..bukan apa,penulis cuma nk luahkan keresahan dan kesyahduan di hati je..baru2 ni banyak sgt musibah yang berlaku kan???kejap je rasanya..da yang meninggal la, yang masuk wad la dan sebagainya lg..

Erm,ari ni sahaja penulis dapat banyak berita..pagi tadi ada adik kpd seorang sahabat daripada FST meninggal dunia kerana kemalangan..Innalillahi wa inna ilaihi raji'uuun..takziah diucapkan kpd klrga ust.aiman zafri..pastu, dlm kul 3 ptg td lak, jiran bilik penulis lak ditimpa musibah..tertinggal kunci dlm bilik,jd x blh msuk blik..penulis tOlOng dia amik knci spare kat pejabat..alhmdulillah,settle..

Erm,malam lak,pas maghrib kakak penulis dtg kolej amik penulis tuk bawak p umah dia kat putrajaya..setelah lalui perjalanan dari bangi ke putrajaya (macam la jauh sgt) pastu singgah makan jap terus pulang ke rumah..sampai je kat umah dlm kul 8.45 mlm, penulis dapat 2 mesej yang mengkhabarkan berita yang sama..ukhti Naimah ngan ukhti Asyikin..msj tu mngenai kemalangan yang berlaku ke atas dua org sahabat kami iaitu Siti Esah (FPI/SYARIAH/3) dan Maisarah (FPI/SYARIAH/3) yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman..kemalangan berlaku di Gua Musang,Kelantan dan sekarang mereka berdua berada di Hospital Gua Musang..

Dikhabarkan oleh sahabat bahawa Siti Esah berada dlm keadaan yg kritikal (50-50) manakala Maisarah patah kaki..Masya Allah, bagai nak luruh jantung penulis bila dapat tahu berita tersebut..terasa bagai kehilangan nyawa dgn serta merta..apa yg penulis dan shbt2 penulis lakukan hanyalah berdOa semOga semuanya selamat...setelah itu, selang dua tiga jam,sahabat dapat tahu lak tentang bOs penulis (YDP PMFPI) ust.amir hakimi dimasukkan ke wad kerana denggi..Ya Allah,besarnya dugaan yang harus ditempuhi bila mendapat tahu sahabat2 seperjuangan ditimpa musibah..

Sejak kebelakangan ini, dah rmai yang penulis dgr diserang demam denggi..mungkinkah sekarang ini musim nyamuk2 sedang bermaharajalela???Nampaknya, kita semua kena la berhati2 dan memastikan keadaan sekeliling kita bersih..Inilah dikatakan sebagai Takdir Tuhan kpd hamba2 NYA...mudah2an mereka semua selamat hendaknya..sama2 la kita berdOa utk mereka..
YA ALLAH,TABAHKANLAH HATI KAMI DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN UJIAN DARIPAD MU INI YA ALLAH..amin...

Friday, November 12, 2010

Selesai!!!!


Alhamdulillah, tepat jam 5.30 ptg maka berakhirlah peperangan mata pena ku untuk semester kali ini iaitu sem 5..maka bermulalah cuti akhir sem..erm, nmpaknya UKM dah makin suram ngn student2..dh rmai yg abes exam dan pulang ke kampung halaman masing2..msh da pelajar2 yang blum slesai exam dan akan selesai esOk..truskan perjuangan antum yg seterusnya..masih lagi berkesempatan utk berusaha ye sahabat2..jgn mudah berputus asa..jgn anggap dh rmai yg blik sbg satu faktOr utk shbt2 lemah dan x bermaya utk exam..anggap la ia sbgai memOtivasi diri sahabat..

sekarang ni,penulis hanya tunggu masa utk pulang ke kampung..tp xtau lagi bila..tket bas smua dh abes,jd penulis kna la tunggu kakak2 yang akan pulang lewat..terpaksa la..tp,penulis x kisah..penulis anggap ia sebagai mOtivasi diri..hehehe..aduii,asyik memotivasikan diri je..hidup mesti diteruskan walau ditinggalkan oleh sahabat2 sekalipun..huhuhu..pesanan penulis kpd sahabat2,manfaatkan cuti sebaik mungkin tau..lakukan perkara2 yang berfaedah,jgn hanya melanguk di depan TV dan terbungkam dalam bilik je tau..kpd shbt2 yg muslimat tu,jgn lupa tOlOng mak kat umah tau..dan yang muslimin lak, jgn lupa gak tOlOng ayah ke,mak ke dan sape2 la yg berhak ditOlOng..perbanyakkan berjemaah disurau..

mOga sahabat2 terus istiqamah dalam melakukan amal ibadat ni..walaupun dh lepas exam,jgn lupa gak buat sOlat hajat, dOa byk2 mOga kejayaan milik kita..usaha penting,tawakal pun penting..tp ibadat tambahan jgn dilupakan..ok la,setakat ni dahulu cOretan penulis utk kali ini..kpd yg akan pulang ke kampung,selamat pulang dan berhati2 di jalan raya..biar lambat,asal selamat tau..Selamat bercuti kpd semua dan selamat menyambut hari raya kOrban..
kpd shbt2 sekalian,jumpa lagi sem hadapan jika diberi kesempatan..jdkan segala aktvt dan pembelajaran kita utk sem ni sbg kenangan dan panduan tuk menghadapi sem akan datang..

kpd shbt2 yang dh tahun akhir tu,sem depan dh sem akhir kita di bumi UKM..mOga kita dapat manfaatkan setiap detik dgn sebaiknya..cuti,cuti gak..tp ingat tanggungjawab kita sebagai muslim..

C= cuti
U= untuk
T= tingkatkan
I= iman

wa ilalliqa' ma'a salamah...

selamat bercuti dan berhari raya!!!!!!!

Saturday, November 6, 2010

Santai Cuti Rehat...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, sepanjang 2 minggu berlalu sempena musim peperangan mata pena ini, baru 3 paper yang penulis hadapi..masih berbaki 2 paper lagi sebelum menanti saat lafaz kelegaan sempena dengan berakhirnya final exam utk sem 1 2010/2011.. memandangkan UKM ni prihatin dengan para pelajarnya, maka kami diberi cuti rehat selama lebih kurang 6 hari..bagi yang berbangsa india, cuti itu amat la berbaloi kerana mereka dapat meraikan hari deepavali mereka..tapi bagi yang berbangsa Melayu dan Chinese, cuti itu terllau panjang dan amat membOsankan..penulis berkata mengikut keadaan penulis sendiri yang mana sekarang pun penulis dilanda kebOsanan sementara menunggu tarikh 10/11 untuk paper yang ke-4..amatlah pedih rasanya terutama apabila ditinggalkan oleh rOOmate dan ada kengkawan yang masing2 bawa diri pulang ke pangkuan keluarga.. x kisahlah ibu bapa atau kakak atau abang..ynag pasti diri penulis keseorangan sementara waktu..single mingle katakan..huhuhu..

bila cuti rehat ni terlalu lama, kemalasan makin menghantui diri la plak..aduhai, masih ada 2 paper utk exam, tp ape pun penulis x baca lagi..sindrOm malas sedang merebak katakan..setakat tgk nOta je,tp baca nya idak..haru biru gak..ape lah nak jadi ngn penulis ni..
yang penulis tahu, bukak email, bukak Fb pastu nganga depan laptOp tanpa pape tujuan..buang masa tOl la..lau x pun, makan n tidOq..fuuuhhh, amalan harian penulis la tu..erm, sepanjang cuti rehat ni, ada la gak sekali penulis dan geng2 penulis pergi Tasik Kejut..kOnOnnya nak bersenam la, nak jOging la..tapi, hampehhh..jOging dgn bergambO..pOsing sana, posing sini..buat menyemak kat tasik kejut je..huhuhu..tapi bOleh la enjOy..dgn gelagat kengkawan yang pelbagai tu..bak kata orang, kami ni fleksible..buang la kami kat mana2 pun, tetap menghiburkan..hahhah...

nak kata kami ni spOrting tu, x de la..tp kami ikut keadaan di mana kami diletakkan..erm, berbaki cuti rehat 3 ari ni nampaknya penulis kena la pulun habis2an..dah xda istilah rehat lebih2..kna kerja kuat lak..huhuhu...kepada teman2 seperjuangan, selamat exam ye..buat yang terbaekk utk paper last ni..dak2 pengurusan, jgn gentar walaupun kita abes exam lewat sehari drp dak2 kaunseling ngan kOmunikasi..yang penting, kita tetap bOleh balik kampung.............
tO k.ejah, OKB cik lin, kim, zahidah, arini, syidah, rOdhiah, salwa, naimah, and the geng...bez bangat jOging sama kalian...hehehhe..sweet memOry kat tasik kejut..muahhahah...

Saturday, October 23, 2010

SALAM IMTIHAN!!!


salam imtihan kepada semua sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan samada final ataupun pertengahan...mOga kita dapat aplikasikan apa yg telah dipelajari di dalam medan peperangan mata pena nanti..semOga kejayaan mengiringi kita bersama..same2 kita dOakan kejayaan bersama...berperanglah di medan perang dengan sepenuh hati dan jangan mudah mengaku kalah...dOn't stOp at the tOp, tOuch the sky befOre yOu drOp...
terbaekkkk punyeeee...chantekkkkk:)

Friday, October 22, 2010

KEPERLUAN @ KEHENDAK???

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

apa khabar semua blogger pada ari ini?adakah anda masih setia dengan dunia blogger anda?ataupun anda telah meninggalkan dunia blogger anda untuk sementara waktu?? tujuan penulis bertanya begitu adalah kerana mungkinkah sahabat2 sekarang tengah sibuk dengan perkara lain dan memberikan komitmen kpd perkara lain sementara dunia blogger ditinggalkan buat sementara waktu..pape pun yang sahabat2 lakukan,moga dipermudahkan segala urusan.

pada hari ini, penulis ingin mencOret sedikit tentang apa yang dialami oleh manusia buat masa skarang..kalau dilihat kpd tajuk,nampak cam biasa dan skema.tp ni bukan kisah yang skema,tp kisah yang saja2 diambil oleh penulis untuk dikongsi bersama.keperluan suatu benda yang perlu kita miliki dan perlu ada pada kita untuk melengkapi hidup..manakala kehendak pula ialah benda yang tidak wajib dimiliki cuma sekadar kemahuan hati semata-mata.. cOntOhnya, rumah dianggap sebagai suatu keperluan kita kerana rumah merupakan tempat untuk kita berlindung dan berteduh..manakala, kereta merupakan kehendak kpd manusia krn tanpa kereta manusia masih mampu untuk meneruskan kehidupan.

tetapi, apa yang kita lihat sekarang banyak material2 yang hanya sebagai kehendak kpd manusia dan bukannya keperluan kpd manusia. jika kita lihat, saban hari teknologi makin canggih dan makin maju ke hadapan..wujudnya pelbagai bentuk dan jenis teknologi yang menunjukkan kepada kecanggihan sesuatu alat. penulis mengambil telefon bimbit (handset) sebagai contoh kecanggihan yang sentiasa di'update' dari semasa ke semasa. mana taknya, makin hari makin canggih handset yang muncul seperti yang guna pen, yang jenis sentuh skrin dan sebagainya hingga kan penulis sendiri tidak mampu mengejar perubahan tersebut.sebenarnya ia hanya lah sebagai satu kehendak.jika kita tidak memilikinya, bukan bermakna kita tidak mampu hidup. tetapi inilah yang terjadi kepada manusia zaman sekarang. bak kata orang, kita kena up to date..kena ikut trend baru lah berbaloi..kalau ikut trend,tp hidup merana parah, jugak kawan..hinggakan apa yang penting tak dapat nak capai..tak canggih pun tak pe la,asalkan boleh guna untuk berhubung di waktu genting...

itulah manusia zaman sekarang yang hanya melayan nafsu keinginan daripada keperluan hidup..sedarlah wahai sahabat..selain mengikut kehendak,banyak benda lagi yang boleh kita lakukan seperti kita cuba untuk menabung demi masa hadapan yang bakal mendatang.tambahan lagi kpd sahabat2 yang menggunakan PTPTN sbg perbelanjaan hidup..ingat2lah,kita berhutang..jadi,hutang perlu dibayar.lau tak,nama kita di 'blacklist' kan dan semua benda menjadi kepayahan kpd kita...renung2kan, dan selamat beramal....huhuhuhu

KEINGINAN+KEHENDAK+KEMAHUAN=KEPERLUAN...betOl ke???same2 la kita fikirkan...terbaekkkk punyeee buah fikiran...chantekkkkk!!!!