sempat ag posing selepas konsert kat UIA...
" Tugas Kita Bukan Melihat Apa Yang Jauh dan Masih Kabur, Tetapi Bertindak Dengan Apa Yang Ada Dalam Genggaman..."
Tuesday, October 27, 2009
Thursday, October 22, 2009
SALAM IMTIHAN!!!

salam imtihan diucapkan kepada sahabat2 yang akan bertempur di medan peperiksaan..semoga apa yang dipelajari selama ini dapat memberikan hasil yang cemerlang..teruskan perjuangan..dOn't stOp at the tOp,tOuch the sky befOre yOu drOp...ma'an najah...
semOga kejayaan milik kita bersama..AMIN!!!
dOa penerang hati
اللهم ارزقني يارب فهم النبيين وحفظ المرسلين وإلهام الملائكة المقربين في عافية يا ارحم الرحمين
dOa mOhOn diberi kemudahan dalam bekerja dan berfikir
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وانت تجعل الحزن إن شئت سهلا
selamat beramal dan selamat berjaya...
Thursday, October 15, 2009
Saturday, October 3, 2009
RENUNGAN!!!
DUA NIKMAT YANG TIDAK TERASA
Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.
"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.
Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.
Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.
Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum masa matimu." (Ditakhrij Al Hakim)
SELAMAT MENJALANI IBADAH !!!!!
JAGA IMAN,JAGA HATI,JAGA DIRI…..
Friday, October 2, 2009
Sunday, September 27, 2009
PERINGATAN...
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin, kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, maka dia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian, maka boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin, akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan, boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesatdalam perjalanan, boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua al-Mulk, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "
p/s : selamat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu kepada semua..semoga kejayaan akan mengiringi kita semua..selamat kembali...ma'a najah...
Thursday, September 17, 2009
SALAM AIDILFITRI...

ramadhan semakin hampir untuk melabuhkan tirainya untuk tahun 1430 hijrah/2009 masihi..berbaki 2 hari lagi untuk bulan yang penuh barakah ini,muslimin dan muslimat akan menyambut ketibaan syawal dengan penuh gembira..semoga ramadhan ini dipenuhi dengan barakah..
dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua tetamu saya dalam blog ini..mohon ampun dan maaf utk segala percakapan,tingkah laku dan sebagainya sepanjang perkenalan ini..harapan saya semoga sahabat2 berolah rahmat,keampunan dan keredhaan ALLAH S.W.T dibulan ramadhan ini..
moga raya kali ini,memberi sejuta kenangan yang bermakna utk kita semua..berhati2 ketika dalam perjalanan pulang ke kampung masing2..semoga ALLAH melindungi sahabat2 sekalian..
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN...
tulus ikhlas daripada :
nOOr hiluani bt shafie..
jab.pengajian dakwah & kepimpinan
modul pengurusa Islam...
Saturday, September 12, 2009
4 Perkara Sebelum Tidur!!!
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...
" Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."
"bacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat "
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu."
"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
SELAMAT MENCUBA..JGN LUPE UTK QIAMULLAIL 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN INI...mudah2an memperoleh ganjaran yang besar di sisi ALLAH S.W.T...
Subscribe to:
Posts (Atom)

