Sunday, March 7, 2010

RENUNGAN!!!

10 SEBAB HATI MATI

Sewaktu Ibrahim Adham keluar ke pasar Basrah kerana suatu keperluan, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai yang ingin menimba ilmu daripadanya.
Dalam pertemuan itu Ibrahim telah ditanya maksud sebenar firman Allah swt di dalam Al-Qur’an tentang anjuran agar sentiasa berdoa kepada-Nya, kelak Dia akan memperkenankannya.
Kata mereka, “Wahai Ibrahim, kami telah berdoa kepada Allah swt, tetapi masih tidak diperkenankan-Nya. Beritahulah kami apa sebabnya?".
Ibrahim Adham menjawab “Mati hati disebabkan oleh 10 perkara…"

a. Kamu mengenali Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (perintahnya)
b. Kamu membaca Al-Qur’an, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
c. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tetapi kamu menurut hasutannya.
d. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah saw, tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
e. Kamu mendakwa mencintai syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
f. Kamu mendakwa membenci neraka, tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
g. Kamu mendakwa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
h. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
i. Kamu makan rezeki yang dikurniai Allah, tetapi kamu lupa mensyukurinya.
j. Kamu mengebumikan jenazah saudaramu, tetapi kamu lupa mangambil ikhtibar darinya.


JIKA KAMU BELUM TAHU APAKAH SYURGA ATAU NERAKA ITU TEMPATMU, NESCAYA TIDAK ADA MASA UNTUK KAMU KETAWA, KAMU TIDAK AKAN BERMANDI DENGAN AIR MATA.
JIKA KAMU TAHU BETAPA NIKMATNYA SYURGA ITU, KAMU PASTI TIDAK AKAN TERPESONA DENGAN NIKMAT DUNIA.

Monday, March 1, 2010

Sunday, February 28, 2010

SELESAI!!!



fOrum Bicara Ad-din



sukaneka..tiup belOn



sukaneka..si buta dan si celik



diskusi siswa



konsert tOur de tahfiz

salam ukhuwah dan salam mahabbah..

alhamdulillah, tanggal 27/2/2010(sabtu) jam 6.30 ptg maka berakhirlah program Karnival Kesenian Islam anjuran Majlis Eksekutif Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) dgn kerjasama kelab2 jabatan FPI..selama empat hari para penggerak program bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan dengan lancar..walau terdapat kesulitan,tetapi ia dapat dihadapi dengan sebaik mungkin..TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua penggerak prOgram KKI kerana berjaya melaksanakan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin..semOga prgram ini akan menjadi suatu prgram MEGA yg akan dilaksanakan setiap tahun oleh MAJLIS EKSEKUTIF PMFPI..antara program2 yang berlangsung semasa KKI ialah Tilawah al-Quran(JANNAH),Busana Muslimah(BHES PMFPI),sukaneka(SUKAN PMFPI),Pemeriksaan Kesihatan(JAKMA),Diskusi Siswa,Konsert Tour de Tahfiz(KESENIAN dan KEBUDAYAAN PMFPI),Forum Bicara Ad-Din(HUJJAH)..
Tahniah diucapkan kepada penggerak yang menggerakkan Konsert Tour De Tahfiz sempena KKI..satu pencapaian yang bagus yang telah dicapai oleh sahabat..mOga ia akan menjadi lebih bagus utk masa akan datang..tak lupa juga kepada mahasiswa/i dan warga UKM khususnya yang sudi bersama2 dengan kami melancarkan lagi konsert dan sudi menyumbangkan untuk pembinaan Tahfiz di Sabah..moga kalian semua memperoleh rahmat dariNya..inshaAllah..



















Monday, February 22, 2010

jOm p ramai2..meriahkan padang pavillion UKM



PROGRAM KARNIVAL KESENIAN ISLAM

Tarikh : 24 – 28 Februari 2010
Tempat : Padang Pavillion, UKM
Anjuran : Persatuan Mahasiswa FPI, UKM Dengan Kerjasama Kelab – Kelab Jabatan, FPI, UKM

Program harian :

-Pameran Kerjaya (Foyer Fpi, UKM)
-Pameran Negara Islam
-Derma Darah (Foyer Fpi, UKM)
-Gerai Jualan
-Sukan sutramoden
(traditional dan moden)
-Muslimah Corner

Aktiviti Menarik!!!

24/2/2010 (Rabu)
- Demontrasi Seni Silat
(9.00pg-11.00pg)
- Taklimat Kerjaya - Foyer Fpi, UKM
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Tilawah al-Quran
(8.00mlm – 11.00mlm)

25/2/2010 (Khamis)
- Busana Muslimah
(9.00pg – 5.00ptg)
- Diskusi Siswa
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Majlis Perasmian
(8.00mlm – 11.00mlm)

26/2/2010 (Jumaat)
- Ceramah Kesihatan - Foyer Fpi, UKM
(9.00pg – 11.00pg)
- Demontrasi Hukuman Sebat
(3.00ptg – 5.00ptg)
- Malam Kesenian :
Konsert Tour de Tahfiz
(8.00mlm – 11.00mlm)

27/2/2010 (Sabtu)
- Senam Aerobik/ Larian Amal
(8.00pg – 11.00pg)
- Pertandingan Khat
(9.00pg – 12.00tghari)
- Forum Bicara Ad-Din
(8.00mlm – 11.00mlm)

28/2/2010 (Ahad)
- Pertandingan Mewarna Pelajar Sekolah
(9.00pg – 12.00tghari)
- Majlis Penutup
(8.00mlm–11.00mlm)

SEMUA D IJEMPUT HADIR...

Sebarang Pertanyaa Hubungi Kami:

Zaki - 0132125179
Hafifi - 013-3006931

Saturday, February 13, 2010

KENANGAN MANIS!!!












salam ukhuwah dan salam perjuangan buat pejuang2,mujahid dan mujahidah Islam..
Setelah berdiam diri selama seminggu,i'Allah pada ari ini ana muncul kmbali diruangan ini sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat2 sekalian..pada minggu lepas, 5 feb hingga 8 feb kami delegasi2 daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam(PMFPI) telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Aceh di bawah pengelolaan Lajnah Perhubungan Luar dan Pengintegrasian..Lawatan ini adalah merupakan lawatan ilmiah disamping lawatan bersiar2..???..selama 4 ari 3 malam kami berada di Aceh..suatu tempat yang tak pernah diimpikan selama ini..mungkin ada hikmahnya disebalik lawatan ini..sepanjang berada di sana,kami telah melawat banyak tempat2 yang bersejarah selain tempat utama yang kami lawati..kami telah lawati Institut Agama Islam Negeri(IAIN) Ar-Raniry, panti asuhan anak2 yatim BUMI MORO, Masjid Rahmatullah, Masjid Baitul Rahman, Muzium Aceh, Makam Sultan Iskandar, Kuburan Masal Siron dan sebagainya..

Dengan adanya lawatan seperti ini, kami dapat mengetahui tempat2 yang bersejarah selepas bumi Aceh dilanda Tsunami pada thn 2006..Ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Aceh yang mana telah banyak perubahan hidup yang telah dilakukan oleh mereka sendiri..peristiwa Tsunami itu telah menjadi iktibar kepada semua penduduk Aceh..lawatan ilmiah kami ke Ar-Raniry telah disambut baik oleh pembantu rektOr IAIN dan para pimpinan IAIN dan pelajar Malaysia yg berada di IAIN..kehadiran kami telah lama dinanti2kan oleh pihak Ar-Raniry dan alhamdulillah,mnggu lepas kami dah penuhi hasrat mereka..mOga2 selepas ini pihak Ar-Raniry akan mengadakan lawatan ilmiah ke UKM sbgai lawatan balas kpd PMFPI..INSYAALLAH..
Sepanjang lawatan tersebut, kami berasa amat gembira dan berpuas hati kerana banyak pengalaman dan kenangan manis dan pahit yang kami perolehi..terima kasih yang tidak terhingga kepada Lajnah Perhubungan Luar dan Pengintegrasian PMFPI 08/09,ajk2 pelaksana serta peserta2 yang banyak membantu kami..tidak lupa juga kepada Prof.Madya Dr. Fauzinaim Bin badarudin selaku pengiring kami dalam program pengantarabangsaan ini..mOga2 banyak manfaat yang kita perolehi dan jadikan sebagai panduan hidup kita...

WARNING!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, February 4, 2010

PROGRAM!!!


Lajnah Perhubungan Luar dan Pengintegrasian PMFPI sesi 08/09 akan mengadakan program pengantarabangsaan ke Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniri, Acheh pada 5 februari hingga 8 Februari 2010..Program ini merupakan program mega bagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam..Program ini melibatkan 40 oarng peserta termasuk ajk dan 2 orang pengiring yg terdiri daripada pensyarah di Fakulti Pengajian Islam..
Antara program2 yang akan diadakan sepanjang berada di sana ialah interaksi PMFPI bersama pimpinan Ar-Raniri, dialog kampus antara kedua2 institusi, forum mahasiswa, lawatan2 ke tempat yg bersejarah spt Muzium Tanoh Abe, Panti Asuhan Anak Yatim, Muzium Tsunami dan Taman Ratu Safiyatuddin..Semoga kita semua akan dipermudahkan segala urusan ketika berada di sana dan dilindungi serta dirahmati sentiasa...AMIN...