Saturday, August 21, 2010

HATI MANUSIA(MAHASISWA)...


Seperti yang diketahui, hati mempunyai pelbagai maksud dan ertinya. Menurut sesetengah kamus, hati merupakan salah satu organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan yang terletak di dalam perut di bahagian badan sebelah kanan yang berfungsi sebagai organ dalaman manusia.Selain itu, hati juga boleh dikatakan sebagai batin yang mana ia berfungsi dengan pelbagai cara antaranya antaranya tempat untuk perasaan manusia, seperti rasa cinta, kasih, rindu, ikhlas jujur, dan sebagainya.
Tetapi, pada ari ini saya ingin berkongsi suatu ilmu supaya kita semua tidak terjerumus ke dalam lembah tersebut. Memandangkan saya sebagai seorang mahasiswa, jadi saya ingin memperkatakan sesuatu tentang mahasiswa dan supaya ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk para mahasiswa khususnya, tetapi kepada semua manusia secara umumnya.Seperti yang kita ketahui, hati merupakan suatu organ yang perlu kita jaga dan didik supaya ia tidak membawa kepada keburukan. Kebiasaan yang berlaku kepada mahasiswa pada hari ini ialah apabila dilanda penyakit hati.
Hati merupakan pengendali kepada manusia. Jika hati itu baik, maka baiklah segala perbuatan dan amalannya. Manakala jika hati itu rosak, maka rosaklah segala perbuatan dan amalannya kerana hati lah yang melambangkan keperibadian seseorang itu. Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati seseorang itu rOsak atau ia lebih dikenali sebagai PEROSAK HATI. Berkaitan dengan perosak hati ini, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ada menyebut bahawa 5 perkara yang boleh menyebabkan rosak hati iaitu 'bergaul dengan banyak kalangan teman(baik dan buruk), angan-angan kosong, pergantungan selain daripada Allah swt, kekenyangan dan banyak tidur. 5 elemen penting inilah yang menyebabkan mahasiswa pada hari ini telah dijangkiti dengan penyakit hati. Penjelasan yang telah dikemukakan oleh Imam Ibnul Qayyim tentang 5 elemen tersebut ialah :
1) Bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk)
- Pergaulan bagi seseorang itu adalah perlu terutama kepada mahasiswa, tetapi biarlah pergaulan tersebut dalam kalangan yang baik dan bukan yang boleh merosakkan diri sendiri. Apabila mahasiswa itu tersilap langkah didalam pergaulannya, maka ini akan menimbulkan permasalahan kepada mahasiswa tersebut. Teman yang tidak baik lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan melakukan perkara yang negatif dalam hidup mereka. Dalam paparan kehidupan, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan.Biasanya output seperti ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia semata-mata dan kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia itu. Oleh sebab itu, kelak di akhirat banyak yang menyesal adalah disebabkan oleh tersalah dalam pergaulan, seperti firman Allah swt dalam surah Az-Zukhruf ayat 67, ertinya : " Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali mereka yang bertakwa."
2) Leka dalam angan-angan kosong
- Angan-angan kosong adalah lautan yang tidak bertepi.Ia adalah lautan yang mana tempat berlayarnya orang-orang yang tidak mempunyai tujuan hidup. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan yang melimpah atau isteri yang cantik jelita.Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu , iman dan amal soleh yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi s.a.w memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.
3) Penggantungan selain daripada Allah swt.
- Ini merupakan faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan penggantungan selain kepada Allah swt. Jika seseorang bertawakkal kepada selain daripada Allah maka Allah akan menyerahkan urusan tersebut kepada sesuatu yang bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan mernjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapat sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya seperti dalam surah Yaasin ayat 74-75 yang bermaksud : " dan mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. mereka(sembahan-sembahan) itu tidak dapat menolong mereka; padahal mereka itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga (sembahan-sembahan) itu."
Maka orang yang paling hina adalah bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh. Secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangunkan di atas penggantungan kepada selain Allah swt. Orang yang melakukannya adalah orang yang hina dan nista. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.
4) Kekenyangan ataupun makanan
- Makanan ataupun kekenyangan juga boleh dikatakan sebagai perosak yang berbahaya. Makanan dikatakan sebagai perosak kerana zatnya dan kerana melampaui ukuran dan takarannya. Sekiranya kita termakan makanan yang diharamkan kerana Allah swt seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Adajuga yang diharamkan kerana makanan tersebut merupakan hak hamba seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya. Dari sudut ukuran atau takarannya, seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan yang melampaui batas hingga menyebabkan malas dalam melakukan kerja.Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti syaitan tersebut. Sebab itulah, bagi mahasiswa ataupun pelajar dilarang untuk memakan terlalu kekenyangan kerana akan memberi kesan kepada pelajaran mereka. Tetapi, sekiranya tidak mengisi perut sebelum memulakan pelajaran ia juga tidak baik untuk kesihatan mentral dan fizikal kita. Ini kerana otak yang cergas adalah daripada badan yang sihat.
5) Banyak tidur
- Banyak tidur boleh mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuatkan kita lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat, sedangkan tidur yang paling bermanfaat ialah tidur bila mana ia sangat-sangat diperlukan sahaja. Tidur pada tengahari lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari. Secara umumnya, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seper enam bahagian akhir malam, atau sekitar lapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut para doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Adapun tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari dan ia termasuk tidur yang dibenci oleh Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, sebagai seorang pelajar kita perlu menjaga hati kita daripada dijangkiti dengan penyakit hati yang telah dikatakan supaya dapat teruskan kehidupan yang sempurna. Semoga hati-hati kita akan dilindungi dengan rahmat Allah swt. Terangilah hati mu dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan dengan cahaya Ilahi....
" manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menagis daripada ketawa. didiklah hati dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan..."

Monday, August 16, 2010

SALAM RAMADHAN KAREEM...

p/s : mOga ramadhan kali ini adalah yang lebih baek drp yang sebelOmnya..pertingkatkan amal ibadat dengan sebaek mungkin...

Friday, June 25, 2010








ALHAMDULILLAH...

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, tanggal 24hb Jun(khamis) berakhirlah tempoh praktikal 'yik' di Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK).. sepanjang tempOh berada di MAIK, pelbagai pengalaman yang 'yik' dan kawan2 lalui..kenangan yang paling manis yang kami cipta...pelbagai ilmu yang kami pelajari sepanjang berpraktikal di sana..antaranya kami mempelajari cara bagaimana pemprosesan utk seseorang yang bukan Islam utk memeluk agama Islam..cara bagaimana utk membuat kad Islam..kad Islam ini perlu dimiliki oleh mana2 saudara baru yaang baru memeluk Islam.. selain itu, kami juga memdapat pengalaman menaip khutbah yang akan dibacakan oleh semua masjid di seluruh negeri kelantan pada setiap ari jumaat.. khutbah tersebut telah disediakan oleh Dato' Mufti Kelantan dan dikeluarkan oleh unit agama MAIK...

selain itu, kami mendapat pengalaman dalam penyiasatan yang dilakukan oleh nazir masjid terhadap imam2 atau bilal2 masjid yang tidak melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.. pengalaman ini mamat bermakna untuk kami dan menambahkan pengetahuan kami dalam perkara2 yang berkaitan dengan masjid dan saudara baru.. pengalaman ini kami tidak akan lupakan dan akan menjadi panduan utk kami dalam menerokai dunia pekerjaan pada tahun hadapan...

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan bahagian agama MAIK yang sudi mencurahkan dan berkongsi ilmu bersama dengan kami.. iaitu Ketua Pegawai Agama(KPA) ust ismail, Imam Besar( ust hana pizi), Pegawai Dakwah ( ust alias), ust Zamri (pegawai Takmir), ust Nik, ust Mad, ust Azmi, Ust Afifi, Ust Ya, pOk cik Ya, kak tOm, k.Ma, k.Zie, k.Wahidah, k.Intan, abe Day, abe Lie, abe Hakim, abe Raja, ust Fahmi, ust ShakrOl,CC, k.La, k.Afidah, k.Syella dan k.Lah..terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami... hanya TUHAN sahaja yang mampu membalas segala jasa2 yang telah kalian curahkan kepada kami semua.. mOga ukhuwah yang terjalin selama 2 bulan berkekalan utk selama2nya INSYAALLAH...

Thursday, June 3, 2010

PRAKTIKAL!!!

part 2
alhamdulillah, baru2 ini pada 29-31 mei 'yik',k.da, ayuni,k.mahiran.ust mat(pembantu peg.dakwah),ust alias(peg.dakwah MAIK) berjaya melaksanakan satu program KURSUS GURU AGAMA ORANG ASLI yang dijalankan di KESEDAR INN,GUA MUSANG..kursus ini melibatkan seramai 25 orang dari kalangan orang asli yang telah dilantik oleh MAIK sebagain guru agama yang akan mendidik masyarakat orang asli yang lain.. tujuan kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman, dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama Islam kpd mereka..

sepanjang 3 ari berkursus, mereka telah melalui 7 kuliah@ceramah yang disampaikan oleh antaranya pegawai JAHEAIK, PMOA dan peg.Dakwah MAIK sdri..pelbagai permasalahan yang dibincangkan di dalam kursus tersebut..dalam kursus ini juga dapat menyerlahkan kehebatan seOrg ustaz kita yang mana hebat dalam tilawah al-Quran..kehebatan ust Basri dalam bertilawah mengalahkan diri 'yik' sdri..kemerduan suaranya itu membOlehkan beliau memegang gelaran sebagai JOHAN tilawah al-Quran masyarakat orang asli peringkat Negeri Kelantan..harapan pihak MAIK semOga semua ustaz dan ustazah yang dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.. dan harapan semOga lebih ramai lagi yang akan memeluk Islam...

program ini berakhir pada 31 mei jam 1 petang..kami semua bertOlak pulang ke kOta bharu pada jam 3.30 ptg dan tiba di rumah pada jam 7.30 mlm..ini adalah pengalaman 'yik' yang kedua sepanjang tempOh berpraktikal di MAIK..i'allah, jika tiada aral yang melintang, pada 17,18 dan 19 jun ini kami semua akan mengadakan latihan amali kepada guru agama orang asli di POS MENDROP...mungkin inilah prOgram terakhir yang akan 'yik' sertai sewaktu berpraktikal..INSYAALLAH...

p/s: menghitung ari utk menamatkan praktikal pada 24 jun....kesedihan dan kegelisahan melanda diri...mOga terus thabat dalam perjuangan..jgn lupa utk sama2 mendOakan semOga rejim Zionis yahudi dihancurkan...