Thursday, October 21, 2010

EXAM @ ESIMEN????

erm,tinggal dah tak sampai 2 minggu lg nak exam..entah apa yang ada dalam kepala utk exam ini.rasa cam belum ready je laig.tp,hakikatnya kena la ready sbb masa tidak akan menunggu kita tapi kita yang kena kejar masa..apa yang ingin penulis katakan di sini ialah bila dah hampir dengan exam ni, banyak lak benda yang kena selesaikan.yang paling banyak ialah esimen ataupun tugasan yang kena siapkan..erm,tu la..dari awal tak nak siapkan, bila dh last minit ni baru la kelam kabut semuanya.

kepala sekarang tengah pening-pening lalat..mana nak siapkan esimen lagi, nak study utk exam lagi..bermacam-macam kerja yang timbul..akhirnya diri sendiri yang jadi tidak terurus. sepatutnya esimen kena siapkan awal-awal sebelum tarikh keramatnya hampir.tapi kebanyakannya termasuklah penulis sendiri melengah-lengahkan kerja yang diberikan..hinggakan diri sendiri yang terkapai-kapai.kekadang tu, bukan sengaja nak tangguh, tapi bila cari maklumat tak berapa nak jumpa mulalah putus asa dan biarkan dulu esimen tu..sibuk ngan benda lain yang tidak ada kaitan.bila masa dah suntuk barulah terkejar-kejar ke PTSL,terkejar-kejar tanya senior dan sebagainya..ye la, nak siapkan sebelum hampir kpd tarikh tamatnya..silap ari bulan esok exam ari ni baru la blh study..ape taknya,esimen baru siap semuanya..

alahai ,mahasiswa...janganlah amalkan sikap camni..parah jadinya..berubah la untuk kejayaan yang abadi..moga selepas ni boleh study dengan aman tanpa gangguan esimen dan tugasan lain.seruan ni jugak ditujukan kepada penulis sendiri..sebab penulis pun tergolong dalam golongan yang buat kerja last minit gak..bukan apa,kekadang tu terleka seketika..harap-harap lepas ni dah tak ada sikap mmacam ni dalam diri penulis..berusaha untuk berubah dengan sebaik mungkin..dalam tempoh sekarang ni pun penulis masih sibuk nak siapkan tugasan..nampaknya bila dah siap semuanya tugasan tu baru la boleh mula nak study..harap-harap dipermudahkan segala urusan la selepas ini..

kekadang,bila makin hampir dengan exam ni, pelbagai masalah lak yang timbul..time kita tengah pening ni la masalah datang bertandang dalam kepala..makin bertambah la benda yang nak kena fikirkan..tapi,walau besar manapun masalah tu,penulis tetap tenang kerana semua perkara ada penyelesaiannya cuma kena bersabar je syaratnya..moga apa yang berlaku dalam tempoh ini mematangkan penulis dan ada hikmah yang tersembunyi..dengan syarat kita sentiasa bersabar dengan degaan yang melanda..bila dah kita banyak bersabar dan tawakal,mudah-mudahan Allah akan memudahkan segala urusan termasuklah memberi kita kejayaan...INSYAALLAH...

p/s:kepada kengkawan semua,teruskan usaha anda..selamat menyiapkan esimen bagi yang belum siap dan selamat study untul semua...moga kejayaan mengiringi kita semua...siapkan esimen,lepastu terus study ekk....

No comments:

Post a Comment