Wednesday, December 29, 2010

qasidah muhammadiyah



~ lirik serta makna Qasidah Muhammadiyah ~

مَحمّد اشرف الأعراب والعجم
محمد خير من يمشى على قدم

Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik2 manusia yg berjalan di bumi ini

محمد باسط المعروف جامعه
محمد صاحب الإحسان والكرم

Muhammad adalah luas kebaikannya, Dialah pengumpulnya
Muhammadlah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan

محمد تاج رسل الله قاطبة
محمد صادق الأقوال والكلم

Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata2nya

محمد ثابت الميثاق حافظه
محمد طيب الأخلاق والشيم

Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya

محمدرويت بالنور طينته
محمد لم يزل نوراً من القِدَم

Muhammad, tanah semadinya disirami Nur
Muhammad bercahaya sejak dahulu lagi

محمد حاكم بالعدل ذو شرف
محمد معدن الإنعام والحكم

Muhammad seorang hakim yang adil punyai kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah

محمد خير خلق الل من مضرٍ
محمد خير رسل الله كلهم

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul Allah, seluruhnya

محمد دينه حق ندين به
محمد مجملا حقا على علم

Muhammad, agamanya adalah kebenaran yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran yang sebenar2nya

محمد ذكره روح لأنفسنا
محمد شكره فرض عاى العمم

Muhammad, mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad, wajib kita berterima kasih kepadanya

محمد زينة الدنيا وبهجتها
محمد كاشف الغمّات والظلم

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan

محمد سيّد طابت مناقبه
محمد صاغه الرحمن بالنعم

Muhammad, penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik2 nikmat oleh Allah

محمد صفوة البارى وخيرته
محمد طاهر من سائر التهم

Muhammad, adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan

محمد ضاحك للضيف مكرمه
محمد جاره والله لم يضم

Muhammad,tersenyum buat tetamunya , bahkan memuliakannya
Muhammad, jirannya demi Allah tidak dizaliminya

محمد طابت الدنيا ببعثته
محمد جآء بالآيات والحكم

Muhammad, alangkah indahnya dunia dgn kehadirannya
Muhammad telah datang dgn mukjizat dan hikmah-hikmah

محمد يوم بعث الناس شافعنا
محمد نوروه الهادى من الظلم

Muhammad, kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nur nya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan

محمد قائم لله ذو همم
محمد خاتم للرسل كلّهم

Muhammad,tidak putus-putus menghadap Allah dgn penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah,seluruhnya

Tuesday, December 14, 2010

Dari hati 'yik'...

Bismillah wa Alhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi krn masih berpeluang utk menikmati 3 nikmat yang hebat iaitu nikmat Iman, Islam dan juga Ihsan.. x lupa juga msh berpeluang utk menjenguk ke dunia blOg ini.. dah lama rasanya 'yik' tak meng'update' blOg ni.. walaupun dalam suasana bercuti,tapi tetap tidak mempunyai masa yang sesuai utk mengupdate blOg ni.. ditambah lg dgn xde idea nk dikOngsikan..

Rasanya masih blOm terlambat utk 'yik' mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432 H.. harapan 'yik' mOga 'yik' dapat berhijrah kpd yang lebih baik lagi.. semOga apa yang dihajati akan tercapai..INSYAALLAH.. 'yik' nak mengajak semua sahabat2 agar kita berhijrah kpd yang lbh baik lagi dlm kehidupan kita samada dalam pelajaran ataupun apa jua perkara.. Bak kata kmpulan IN-TEAM, Hijrah Menuju Wawasan.. Kita kna la mulakan hijrah kita ni dgn niat yg suci dan pasti..utk membina kehidupan harmOni..:)

Erm, nampaknya cuti akhir semester dah nak berakhir.. bukak semester baru ni,'yik' dah berada di semester akhir pengajian di UKM.. bertambah berat tanggungjawab sbg seOrg pelajar.. nmpknya kna la tambah vOlume lg.. kasi kuat lagi drpd yg seblmnya..huhuhu.. kena berusaha keras utk TESIS..walaupun cuti, tapi x sentuh langsung sal tesis..memang memanfaatkan cuti sebetulnya la..bagus betul.. Harap2 bkak ni makin rajin la 'yik' ni.. Sepanjang cuti ni menghabiskan masa kat umah je.. jadi baby sitter yang bertauliah.. surirumah yang x bertangga..da gak manfaatnya..asalkan x mensia-siakan waktu cuti..

Akhir kalam, SALAM AWAL MUHARAM 1432H..Ayuh sama2 berhijrah..Hijrah menuntut pengOrbanan, kesabaran dan ketabahan..sejahtera hidup AMAN SENTOSA..:)

Friday, December 3, 2010

Yang Dinanti2...

بسم الله الرحمن الرحيم....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010- 2011 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

UKM RESULT dan hantar ke 15888

Semakan boleh dibuat mulai 10 Disember 2010. Slip keputusan peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 20 Disember 2010. Bagi pelajar yang tamat dengan ijazah, slip keputusan akan dihantar ke alamat tetap mulai 20 Disember 2010.

Semoga mendapat kejayaan yang terbaik.