Friday, September 30, 2011

Selamat di'ijabkabul'kan....


Alhamdulillah, cik wanie masih dapat meneruskan aktiviti mengupdate blOg cik wanie..walaupun tiada pengkhususan yang ingin dipOst kan, tetapi setiap apa yang cik wanie lalui dalam hidup ingin dikOngsikan di dalam blOg cik wanie..Alhamdulillah dan syukur, tanggal 25/9/2011 cik wanie beserta sahabat2 perjuangan Fakulti Pengajian Islam UKM telah selamat di'ijabkabul'kan dengan segulung ijazah..berkat perjuangan dan pengajian selama 3 tahun di perbukitan ilmu UKM, maka cik wanie dan teman2 berjaya lalui ijabkabul tersebut setelah melalui prOses merisik, melamar dan meminang..detik 2.00 ptg cik wanie dan teman2 melangkah kaki menuju ke dalam Dewan CanselOr Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk majlis KonvOkesyen kali ke 39..dan detik 3.45 ptg cik wanie melangkahkan kaki menuju ke pentas utama untuk menerima ijazah daripada Pro CanselOr UKM Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz..

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun jantung berdegup dengan pantas dan kencang..cik wanie dan teman2 dapat melakar sejarah dan kenangan sepanjang berada di UKM..segala susah payah dan pahit manis dilalui bersama teman2 perjuangan dan diakhiri dengan memOri yang indah..Syabas dan Tahniah diucapkan kepada teman2 yang telah bergelar graduan pada Majlis KonvOkesyen UKM kali ke 39...Alhamdulillah, Anugerah Pelajaran DiRaja tahun ini diberikan kepada Graduan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, manakala Anugerah Naib CanselOr pula diberikan kepada sahabat perjuangan cik wanie daripada Fakulti Pengajian Islam dan juga Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan..Sekalung tahniah diucapkan....walaubagaimanapun,semua sahabat cik wanie berjaya menamatkan pengajian..TAHNIAH...

kegembiraan ini cik wanie ingin kOngsikan bersama dengan sahabat2 cik wanie yang bakal bergelar graduan pada tahun hadapan..selamat meneruskan perjuangan..dOa cik wanie sentiasa mengiringi kalian...

Tuesday, September 13, 2011

terbaekkkkk..chantekkkk:)

Saguhati aktivis sempena hari zakat Dinar Dirham
4 Dirham(RM25x4)

Bersama aktivis Dinar Dirham KB..teman setia..hehehe..K.jib dan adik syila:)


Hari Raya bersama herO areef(cik wanie x layak pegang areef..nanti tumbang cik wanie)

jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh cik wanie sepanjang tempOh ini..
9 dirham

p/s: ingin mempunyai dinar suatu masa nanti..sabar menanti..terus berusaha:)

Bertemu Lagi!!!!!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, cik wanie masih diberi kesempatan untuk bersama dengan mutiara Islam..dah hampir 2 bulan cik wanie tidak meng'update' this blOg..nak kate sibuk, macam x je..tapi, entah lah..sibuk yang tiada arahnya..huhuhu...last pOst ialah Karnival Cheng Ho yang cik wanie jOin..sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku..sebelum tu, masih belum terlambat untuk cik wani ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua sahabat cik wanie...bulan ramadhan yang penuh barakah telah berlalu 2 minggu yang lepas..alhamdulillah, cik wanie masih berkesempatan untuk melaluinya selama sebulan..ramadhan tahun ni dapat bertarawih sepenuhnya di masjid berhampiran rumah cik wanie..berbanding 2 tahun yg sebelumnya..sOlat tarawih diimamkan oleh pelajar pOndOk dari Thailand...bacaan yang sedap didengar..alhamdulillah..

sepanjang bulan ramadhan juga, cik wanie terlibat sebagai aktivis Dinar dan Dirham Kelantan..banyak aktiviti yg menarik..cik wanie berperanan sebagai aktivis yang mencari kedai2 yang ingin menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang untuk jual beli mereka..ini adalah kerana, kerajaan kelantan telah menyampaikn zakat kepada asnaf yang terpilih dengan menggunakan matawang dirham dan pembayaran zakat dgn mnggunakan matawang Dinar dan Dirham..Majlis penyampaian tersebut berlangsung pada 25 OgOs 2011(khamis) di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu..hampir 1500 orang yang layak menerima zakat pada majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB KELANTAN). .banyak pengalaman yang turut diperolehi oleh cik wanie sepanjang program ni berlangsung..kerajaan kelantan telah menjadi kerajaan dan negeri yg pertama menggunakan matawang Dinar dan Dirham sebagai pembayaran zakat, pengagihan zakat kpd yang layak dan pembelian di kedai2 yang terpilih...Matawang Syariah Dinar dan Dirham Menyatukan Ummah...

seterusnya, hari raya menjelang..alhmdulillah, cik wanie dapat menyambut hari lebaran dengan baik walaupun salah seorang daripada ahli keluarga cik wanie x balik beraya di kampung..raya pertama cik wanie hanya disambut bersama ibu dan abang je..yang lain2 beraya bersama mertua..maklumlah,cik wanie masih belum mempunyai mertua..alhamdulillah,tetap meriah..paling serOnOk,walaupun dh besar msh dapat duit raya..walaupun orang yang memberi sedikit,tp jumlahnya amat memberangsangkan..heheh..raya ketiga cik wanie, di hOspital..nasib badan la..tapi alhmdulillah,tiada apa yang memudaratkan..

sekarang, masa tuk cik wanie berehat2..banyak sgt berehat..sebelum menunggu ari untuk berkOnvOkesyen dan paling penting dapat bertemu dgn sahabat2 terchenta..rindu dengan teman2 seperjuangan..menghitung hari detik demi detik untuk lalui hari yang bahagia..walaupun cik wanie percaya ada lagi orang yang lebih bahagia daripada cik wanie..nanti ramai la yang akan datang dengan 'orang baru'..huhuhu..tahniah kepada semua yang telah melangsung perkahwinan..barakallahu lakuma...

nampaknya,dah xde apa2 yang ingin dikOngsikan lagi buat masa ini..i'Allah, jika masih diberi kesempatan, cik wanie akan terus menaip..papepun, mOga dipermudahkan segala urusan..sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN..hingga bertemu kembali..:)

Monday, July 25, 2011

KELCHEFF 2011

PrOses pembuatan mee tarik

Satay kambing yang mendapat sambutan

KELCHEFF yang mendapat sambutan

DemOstrasi mee tarik China

Juri pertandingan maemasak KELCHEFF 2011


Sunday, July 24, 2011

MEMO KELCHEFF 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang dan ruang untuk meneruskan kehidupan.. alhamdulillah juga cik wanie ucapkan kerana masih berpeluang untuk terus berblOg..dah hampir dua bulan cik wanie tidak mengupdate blOg ni..almaklumlah la,ketiadaan maklumat dan cerita untuk dikOngsikan.. kemunculan cik wanie kali ini adalah untuk sedikit perkOngsian..

alhamdulillah, 23 julai(semalam) cik wanie baru je selesai satu program... iaitu Kelantan ChenghO InternatiOnal Food Festival(KELCHEFF 2011) yang bermula pada 14 julai..cik wanie bukanlah ajk KELCHEFF, tapi cik wanie tersenarai sebagai peniaga di ekspo KELCHEFF 2011 ni.. selama 10 ari terlibat dengan ekspO ni memberi pelbagai kenangan dan pengalaman.. disamping tu jugak dapat kenalan baru yang datangnya daripada pelbagai peringkat..

sepanjang KELCHEFF ni jugak cik wanie berpeluang bertemu dengan orang2 yang dah lama terpisah..ala-ala jejak kasih gitu..maka tercipta la kenangan baru.. bila dah abes KELCHEFF ni rasa bOring terus menerjah ke dalam diri..terus diselubungi dengan misteri..papepun, banyak pengalaman yang diperOlehi..mOga masih diberi peluang untuk bersama-sama dengan KELCHEFF akan datang walaupun sebagai pengunjung...

Lagi seminggu kita semua akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak..jadi,selamat berpuasa diucapkan kepada semua kenalan cik wanie..mOga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya...:)

Wednesday, May 11, 2011

selesai part 2


Alhamdulillah..klau selesai dlm part 1 cik wanie menyatakan bahawasanya latihan ilmiah cik wanie dah selesai dan dalam proses penjilidan..sekarang dan ari ni, maka tamatlah segala2nya..tesis cik wanie dah selesai dijilidkan dan dah dihantar kepada ayahanda tersayang..semua dah settle..maka tamat sudah 3 tahun pengajian cik wanie di perbukitan UKM ni..terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang banyak membantu dan yang banyak berjasa especially ayahanda..penat menunggu ayahanda pd pagi ini,akhirnya muncul pada waktu petang..huhuhu..papepun,rasa sangat gembira kerana dapat menyelesaikan tesis dengan jayanya dan amat berpuas ati dengan apa yang dilakukan..syukran tOk PrOf Dr.Badlihisham Mohd Nasir..bersama2 dengan ini cik wanie lampirkan gambar tesis cik wanie..ni yang cik wanie akan kenang sampai bila-bila..terbaekkk..chantekkk...

Monday, May 9, 2011

selesai part 1

Alhamdulillah, segala bebanan dalam proses penaipan dah selesai..tepat jam 2.30 ptg, 9 mei full draf tesis cik wanie dah diluluskan untuk dijilid..penyelia dh bagi lampu hijau untuk dijilidkan walaupun pada asalnya sepatutnya tesis cik wanie boleh dijilidkan awal2 lagi, tetapi dek kerana kemahuan ayahanda yang menginginkan sedikit tambahan maklumat dan pembetulan, maka cik wanie terpaksa la melakukannya. menurut ayahanda cik wanie, " ana nak bagi markah tinggi kat enti,jadi ana nak enti tambah sikit maklumat tentang perkara tersebut. klau enti x buat penambahan tersebut, x sampai apa yang enti nak bgtau.." jadi cik wanie pun tambahlah maklumat yang dikehendaki tersebut..bila dah settle semua penambahan tu, cik wanie pun tunjuk la pada ayahanda untuk terakhir kalinya..

alhamdulillah, tersenyum lebar ayahanda cik wanie apabila maklumat yang diingininya ada dalam tesis tersebut.. dengan bangganya ayahanda berkata, " ok,bagus..sekarang semua maklumat yang ana nak dah ada..jd enti dh boleh jilid sekarang..jgn lupa, buku untuk ana mesti ada nama, alamat, nO.fon enti serta gambar..supaya ana kenal anak buah ana.."huhuhu..
apalagi, cik wanioe letakkan gambar yang terbaekk untuk ayahanda..bukan apa, senang skit ayahanda nak kenal cik wanie..ngeh,ngeh,ngeh..

papepun, tesis cik wanie akan siap dijilid pada ari rabu..maka, berakhirlah semuanya dan barulah dikatakan TAMAT BELAJAR..terima kasih yang tidak terhingga kepada ayahanda Prof.Dr. Badlihisham di atas bantuan yang diberikan sepanjang menyiapkan latihan ilmiah aka tesis..dOn't judge peOple by it's cOver..cik wanie harap sahabat2 faham maksud cik wanie..walaupun luaran prOf tu garang, tapi hatinya lembut..muke garang, hati lembut..hehehe..terbaekkk la prOf..jazakallahu khair..:)

Saturday, April 30, 2011

saje-saje jer

Bismillah wa Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt kpd smua tetamu mutiaraislam..seminggu tidak bersua, kini cik wanie tampil lagi dengan kisah yang santai juga..Alhamdulillah, cik wanie dan teman2 seperjuangan dah abes exam mnggu ni..dengan berakhirnya exam tu, maka bebas la kami daripada sebarang peperiksaan di universiti..mungkin la kOt..hanya peperiksaan ye..bukan benda lain..jangan lupa, cik wanie n the geng masih belum menyiapkan tesis lagi..berbaki masa yang ada selama 2 minggu ni kami kena pulun abes2an tuk siapkannya..i'Allah bakal dijilidkan dalam tempOh 2 minggu..kengkawan jangan lupa dOakan cik wanie tau..

ari ni 30/04/11 sepatutnya dh tinggalkan bumi za'ba ni..tapi apakan daya..tidak mampu untuk meninggalkannya..terasa sayang lebey lak ngn za'ba ni..(kOnOn je la)..hehehe..sebenarnya saje je duk lebih sikit..pagi esOk baru la akan keluar dari za'ba ni dan akan pindah ke kOlej Uo tuk sementara waktu..pastu cik wanie tunggu lak kakak cik wanie datang ambil cik wanie tuk bawak p umah dia..berkampung lak di Putrajaya disamping menjadi baby sitter tuk seminggu..almaklumlah, anak kecil itu akan ditinggalkan oleh mama nya yang akan ke Beijing.. ..hingga la sampai tesis kesayangan cik wanie siap dijilidkan baru la berangkat pulang ke kampung halaman..Teratak Kasih cik wanie..hehhe..terasa amat excited tuk pulang ke Teratak Kasih..dah lama x balik..rindu ngan suasana Teratak kasih dan masakan my mum..huhuhu..pasti akan lebih membesar selepas ini..hehehhe

Pesanan cik wanie kpd teman2 yang dah siapkan tesis, balik kampung tu hati2 tau..i'Allah kita jumpa lagi bulan 9 nanti..dan kepada teman2 yang masih berjuang di UKM ni, chaiyOk2 ek..kita sama2 siapkan tesis ek..dun wOry, be hepy ok..hehehhe...kepada teman2 yang lain, selamat meneruskan kehidupan dunia luar..mOga semua tabah dan istiqamah dengan perjuangan masing2..hehhe..lau da yang dah nak berkenduri tu, jgn lupa war-warkan ek..benda baik kena la kOngsi2..hehhehe..SELAMAT BERBAHAGIA SEMUA...sayang kalian..:)

Sunday, April 24, 2011

Rehlah Wida' at Sg Gabai

kemuncak Rehlah Wida' GUZ..sOlat asar di Masjid Putra, Putrajaya...

last, but nOt least..huhuhu..sblm mngmbil kptsn utk pulang, pOsing dulu..serOnOk dpt main air..:)

meneruskan perjuangan..sambung berendam di dalam air...muke gembira smuanya..:)

seusai mkn tngahari, tunai kewajipan yg pling pntng..sOlat zOhOr di tepi sg...

muka2 yg dalam kekenyangan dan kebahagiaan..:)

Rehlah Wida' at Sg Gabai



penat berendam, rehat sebentar..menjamu selera..tyme fOr lunch..:) membina ukhuwah


macam2 gaya pOsing lam air..bahagia katakan..huhuhu

warming up..sebelum meneruskan kuak lentang, bergambar seketika..:)

menyeberang sungai sblm tiba ke pOrt istimewa..:)

muzakarah @ munaqasyah sebelum bertOlak ke Sg.Gabai..(pembhgian kereta)

Saturday, April 23, 2011

kenangan tercipta

Bismillah wa alhamdulillah...

kembali bersua dalam peng'update'an blOg pada minggu ini..rasanya sudah seminggu berlalu dan blOg ini dibiarkan begitu sahaja..kOnOnnya C.W sibuk dengan exam la..sebenarnya ada je masa utk update blOg ini,tetapi masa tersebut digunakan untuk pelbagai aktiviti..sekali lagi kOnOnnya C.W ni seOrang yang sibuk..erm,x kesah la, asalkan masih berpeluang untuk menulis blOg..pagi yang mulia dan mendapat bekalan udara yang amat tenang,C.W nak kOngsi la serba sedikit aktiviti yang C.W serta kengkawan GUZ(geng Ulama' Za'ba) lakukan dalam tempOh seminggu itu..

ari isnin (18/4/11), tghari tu C.W exam gerakan dakwah masakini..prOf Bad punya subjek la..erm,bOleh tahan la sOklan2nya..x la mencabar sangat,tapi rasa bOleh buat la..ptg tu lak,C.W bersama setengah drpd GUZ p ke pelancaran Imam Muda 2 di JAWI KL..bertOlak dari UKM dgn bas yang disediakan oleh pihak astrO pada pukul 7 ptg..alhamdulillah, pelancaran tersebut berjalan dgn lancar..hati gembira dapat lihat peserta2 Imam Muda..(ati sudah terpaut kOt)..hehhehe..sebenarnya pelajar Dakwah mendapat jemputan drp pihak astro Oasis utk ke pelancaran tersebut..semuanya berjalan lancar dan kami pulang ke UKM jam 10.30 malam..Dalam 11 lbh smpai kOlej dan sempat rehat kejap,tetibe lak dapat msj drp kanak2 ribena..bOleh lak nak datang bilik tgh2 malam..ish3,tapi C.W mengalu2kan jer kanak2 ribena tersebut..katanya nak datang bOrak2..asalnya rasa pelik gak,tapi x layan je perasaan plik tu..dalam 12.30 4 orang kanak2 ribena tersebut tiba ke bilik C.W...dtg mrka b'hjt rupa2nya..dtg b'sma sbiji kek cheese utk C.W dan rOOmate..wah,terkejut dgn kehadiran mereka2 itu..kami mkn sambil2 bOrak sampai la jam 1 lbh..wlaupn exam keesOkn arinya,adik2ku ini snggup gak krbnkan wktu stdy n dtg tuk raikan detik2 terakhr b'sma C.W..terharu dan sedh lak rsnya..papepun,nstalgia malam tu psti diingtn..huhuhu..smpat lg menitis airmata utk seketika,tetapi dilndungi bayangan glak ketawa..hhehe..terima ksh x t'hngga kpd adik2ku asiyah, maisya, atikah dan sakinah.,.pasti merindui kalian..hahhaha(jiwang lak)..

perancangan seterusnya lak bersama GUZ..prgram kemncak kami..hehhe..21/4/11(khmis) kami m'buat perncngan utk p Rehlah Wida' at Sg.Gabai..pnyrtaan 10 org pesrta..heheh..ajk telah siap dilntik utk smua unit..KP,S/U,Bend.,Unit Jamuan, Teknikal, Pengangkutan dan TTK..masg2 bersiap sedia dgn tgas yg diberikan..C.W dan rOOmate ditugaskan utk m'gOreng nuget,sOsej dan bebOla..kak ruby kita cam biasa, masak nasi tOk mkn tghari..special pnya mkanan..cik aimi dan geng buat sandwich..kami bertOlak dari UKM jam 10 pg..dh lewat ckit drp masa yg dirncang..mklumlah, nk p amik krta lg, nk siapkan brg2 tknikal lg..hehhe..kali ni C.W dan K.da ditugaskan tuk unit pengangkutan..jd driver..huhu..wlaupun x tau jalan, kami main jalan je..guna ijtihad masing2..hehe..smpai sg.gabai dlm kul 11 lbh..bahagia sbb x rmai org..dapat lak tmpat special pnye..apalagi,tnpa segan silu smua dh duk lam air..heheh..main setgh jam, mkn tghari..pastu main lak stgah jam, mkn lak..kaya ngan mknan btOl la..hehhe..main pnya main smpai la kul 4..siap2 pstu trus balik..sbb dh ujan..lau x ujan msh berendm lam air kOt..hehe..dlm perjlnn plng, kami melncOng ke tmpat lain lak..next statiOn is Putrajaya..pusing2 ptrajaya lak..kejap je,pstu trus blik UKM..tibe di UKM jam 7.45mlm..penat tapi serOnOk wOoo..huhu..kul 9 kna p antar keta sewa kat taman tenaga lak,alang2 p ntar keta snggah sebntar di ecOnsave..cuci2 mata n then balik..apalagi,terus tido la gara2 kepenatan drive..hehhe..serOnOk krn dpt b'sma teman2 GUZ..wlau x SERASI BERSAMA,tapi kami smua SEHATI SEJIWA..heheh(nOstalgia pling menusuk kalbu..hehhe)

ari2 seterusnya dilalui dgn rehat smbil2 study tuk last paper ari isnin (25/4/11)ni..Kajian Teks menanti kami smua..huhuhu..dalam kami mencpta kengn, dpt lak berita sedih..semalam 22/4/11 jam 9 mlm mndpt brta tntng kematian PrOf Madya Dr.Ahmad Redzwan Mohd Yunus (pensayarh C.W dan geng)..amat terkejut dan rasa amt sayu dgn pemergian arwah..msh terngiang2 gurau senda arwah dgn kami semua..semOga arwah ditmpatkan b'sama org2 sOlihin..PM Dr.Redzwan dlm kenangan C.W..:( skrg masa utk stdy lak..prgram setrsnya akan mnyusul kmudian..hehehe..

~kenangan tercipta, nOstalgia terakam~...
utk GUZ, jOm strive tOk last paper bg dak pengurusan..dan 2nd last tOk dak kaunseling..chaiyOkkk!!!!

Sunday, April 17, 2011

kritikal tyme...


Alhamdulillah, ari ni cuaca sangat elOk dan cantik..tidak seperti semalam yang sentiasa mendung.. erm, esOk cik wanie akan exam utk paper yg kedua, iaitu GERAKAN DAKWAH..erm, lau ari khamis lalu cik wanie berekOnOmi, utk esOk hari lak cik wanie dan geng2 pengurusan Islam akan berdakwah, berharakah dan berjamaah lak..pening rasanya utk mengingati setiap pendekatan2 dakwah yg digunakan oleh jamaah2 yang ada..yang paling penting kna ingat sejarah penubuhannya..yang ni memang teramat kantOi la..

dalam kesibukan ngn exam final ni, sahabat-sahabat tahun akhir FPI terutamanya juga turut sibuk dengan persiapan menyiapkan latihan ilmiah..aduh, duedate dah makin hampir, tapi latihan ilmiah x siap2 jugak..apa nak jadi la..bukan cakap kat orang, tapi diri cik wanie sendiri la tu..arap-arap la siap sebelum duedate nya..dapat markah lebih sikit(kOnOn la).. sambil-sambil mengisi masa lapang ni, cik wanie curi sedikit masa utk ber'blOg' seketika.. bukannya ada perkara menarik utk dikOngsikan, cuma utk hilangkan bOring..erm, bila dah bOring camni macam2 bermain difikiran ni..

oh ya, petang semalam walaupun cuaca mendung ia tidak mampu untuk menghalang ahli keluarga FPI (muslimat) utk beriadah..sempat lagi p terjun dalam kOlam renang kat danau..lau dah hati berkeinginan, ujan turun pun x peduli(sbb ujan rintik2 je pun).. serOnOk dapat berkumpul bersama adik2 fpi dan terjun dalam kOlam sama..walaupun x pandai berenang, tapi semua bersemangat mengalahkan daniel begO(perenang negara)..ada yang duk tenggelam timbul je, ada gak yang berjalan terkedek2 dlm kolam tu..macam2 ragam bOleh tengOk ngn budak2 ni..ada yg sentiasa mencuba utk jadi perenang negara..akhirnya, berjaya la ckit2..

erm, mungkin tu aktiviti terakhir cik wanie dgn adik2 tu..lps ni dh x berpeluang nak berenang atau apa2 je ngan depa ni..hanya tinggal kenangan je la..dah tiba masa untuk bersara dan undur diri..tapi lau ngan geng-geng setia cik wanie, masih lagi ada peluang utk terjun bersama2..nantikan aktiviti kita yang seterusnya ye kawan2 ku,...hehhehe..janji perlu dikOtakan..hahha...kita menOntOn bersama dan makan2 bersama..hihihi..ketua pengarah perlu dilantik tOk semua aktiviti kita tu..hhehhe..

detik-detik terakhir di UKM ni dh makin hampir ngn penghujungnya..dah tiba masa tuk perpisahan sementara bersama-sama sahabat..mungkin akan bertemu lagi bulan 9 nanti(i'Allah andai panjang umO)..mana-mana sahabat yang bakal mendirikan masjid, jangan lupa jemput cik wanie ek..harussss ok...huhuhu..untuk adik2 seperjuangan, teman seperjuangan, selamat meneruskan kehidupan kalian..serOnOk, gembira, bahagia bersama dengan kalian..terbaeek dari ladang UKM..hehhe

pape pun, cik wanie ucapkan gud lak tOk semua..abeskan exam dengan hati yang tenang jua siapkan latihan ilmiah!!!!sebelum diminta oleh penyelia masing-masing..mOga ukhuwah berkekalan..TERIMA KASIH untuk segala-galanya..:)

Sunday, April 10, 2011

DOA KETIKA PEPERIKSAAN!!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebaik sahaja keluar rumah dibaca,

بسم الله توكلت على الله

Dalam perjalanan ke dewan peperiksaan,

يازالجلال والاكرام

Ketika masuk dewan peperiksaan,

اياك نعبد واياك نستعين @ قال رب أدخلنى مدخل صدق , وأخرجني مخرج صدق , واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا

Apabila hendak duduk diatas kerusi,

اهدنا الصراط المستقيم

Apabila mendapat kertas soalan,

قال رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Apabila m’buka soalan dan sesudah baca soalan,

ان الله كان عليما حكيما

Apabila mula menjawab soalan,

وكان ذلك على الله يسيرا

Apabila sukar menjawab soalan,

ان الله كان بكل شئ عليما @ يا حي يا قيوم , برحمتك أستغيث

Apabila menyemak jawapan dan menyerahkan kertas soalan.

وكفى بالله وليا وكفى بالله نصيرا


  • hendaklah dibaca sebanyak 3x…..:)

Thursday, April 7, 2011

peperangan Tesis vs peperangan Exam




alhamdulillah..setelah berpenat lelah satu semester,maka kini tibalah saatnya untuk melepaskan segala2nya..masih berbaki enam hari untuk berhadapan dengan MR.FINAL EXAM..sekarang berada dalam mood santai tapi kalut..di kala orang lain sibuk untuk catch up semua yang dipelajari, tetapi bagi diriku mood untuk study masih belum muncul..masih ternganga2 dan terkapai2..

apa yang ada dalam kepala saat ini adalah bagaimana untuk menyiapkan kajian ilmiah(tesis) yang masih tergendala..mood untuk menulis masih belum timbul..masih banyak yang perlu dilakukan selain daripada study.."kalau"lah semester 5 lagi dah bersungguh2,sudah tentu kajian ilmiah ku dah dijilid sekarang..tapi,apa kan daya..semua itu hanya angan2 kOsOng diriku..diriku cuba untuk catch up semuanya samada penulisan tesis ataupun study..masa yang berbaki ini digunakan sebaik mungkin dan seoptimum yang mungkin..

kepada sahabat2 yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester, selamat berjaya diucapkan..buat yang terbaek untuk semester yang terakhir ini..yakin dan percaya bahawa kita mampu untuk berjaya..juga jangan lupa untuk menyiapkan tesis..jangan ambil masa yang lama selepas exam untuk menyiapkan tesis..kita sama-sama berusaha..jangan tensiOn dan jangan tertekan..belajar dengan gembira dan bahagia..

SELAMAT MAJU JAYA dan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..
buat sehabis baik untuk kejayaan..
~hidup biar berbakti walau tidak dipuji~

Tuesday, March 29, 2011

cOretan minda


Alhamdulillah..diri ini masih diberi peluang dan kesempatan utk menikmati kehidupan dan merasai ulangtahun kelahiran yang terakhir diperbukitan ilmu UKM ini..walaupun smbutan ulangtahun tersebut tidak disusuli dgn birthday party,tidak dgn majlis makan besar atau sebagainya,tetapi ia cukup bermakna dgn ucapan daripada shbt2 seperjuangan yang tidak putus2 sehingga la tarikh 27 mac menjelma..

terima kasih diucapkan kpd semua yang sudi memdOakan kesejahteraan dan kebahagiaan diri inu..mOga2 kita sama2 memperOleh nikmat dan rahmat daripada Allah swt..kehidupan di UKM masih berbaki lebih kurang 4 mnggu sebelum melangkah keluar meninggalkan UKM perbukitan ilmu ini..pasti akan merasai kerinduan kpd UKM..terlalu banyak kenangan yang telah tercipta di sini..

di UKM diri ini mengenali dgn lbh mendalam erti perjuangan, erti keadilan dan erti kesusahan..amal jama'ie dan amal ijtima'ie amat penting apabila berada dlm organisasi..belajar menjadi pemimpin yang berwibawa yang sentiasa menjadi rujukan ahli.. yang paling penting tanpa UKM tiada erti demOstrasi dalam diri ini..terima kasih kpd sahabat2 yang sentiasa bersusah payah berjuang bersama2 selama 3 tahun..kpd sahabat2 tercinta batch tahun akhir (UPTA) memOri kita di setiap prOgram amat bermakna..kukuhkan ukhuwah walau di mana jua kita berada

Kepada sahabat2 tahun akhir, kita sama2 berusaha menyiapakn kajian ilmiah(tesis) hingga akhirnya..jangan sesekali beputus asa..perjuangan itu penting,penting lagi mnyiapkan kajian ilmiah ini..masa berbaki seminggu sebelum mencapai tahap kemuncak iaitu final exam..berusaha untuk berjaya dalam kemenangan..kpd shbt2 MPM UKM, tahniah krn diberi kepercayaan untuk mentadbir PMUKM..buat yang terbaekk..kami sentiasa akan membantu..

Untuk adik2 dan shbt2 yang baru dilantik samada di kawasan ataupun umum, tahnniah..selamat meneruskan perjuangan..utk pimpinan PMFPI 10/11,buat yang terbaek untuk PMF..kalian penyambung perjuangan tersebut..manakala utk shbt2 mantan dan mantanah,kenangan berorganisasi, susah payah bersama akan sentiasa terpahat di hati..sesungguhnya, itulah yang mengajar kita erti ukhuwah..sayang kalian krn Allah..

SELAMAT BERJAYA UTK FINAL EXAM..
SELAMAT BERJAYA MENYIAPKAN KAJIAN ILMIAH..
SELAMAT BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG BAKAL DICEBURI..
TERIMA KASIH UTK SEGALA2NYA..

terbaekkkk punyeee..chantekkkkk!!!:)

Friday, March 18, 2011

Tahniah & Syabas!!!

Alhamdulillah, dah 3 hari diriku bebas daripada memegang amanah di fakulti..dah 3 ari menggunakan pangkat MANTAN@TUN..barisan kepimpinan PMFPI sesi 2009./2010 telah selamat melepaskan jawatan dan amanah..turun naik pimpinan sudah menjadi realiti di dalam berorganisasi..oleh sebab itu, setiap pimpinan akan merasa keadaan tersebut..rasa sedih dan terharu bilamana kepimpinan sesi 09/10 dibubarkan dan pimpinan sesi 10/11 diumumkan..kami barisan mantan percaya dan yakin bhwa shbt2 pimpinan PMFPI yg baru mampu meneruskan perjuangan kami supaya lebih hebat..kalian adalah penyambung rantai perjuangan Islam di Fakulti Pengajian Islam..

Kepimpinan kali ini akan dibarisi dengan orang2 yg hebat dan mantap..ana percaya pergerakan PMFPI akan lebih kukuh dan gagah di persada UKM..PMFPI sesi 2010/2011 diterajui oleh :

YDP : Wan Mohd Naif bin Nordin (JS/2)
TYDP : Ari Kurniawan (JPDK/2)
NYDP 1 : Mohd Jarpani bin Shopiyan (JPDK/1)
NYDP 2 : Tg Nur Farah Nadia bt Tg Zakaria (JPATI/2)
S/U : Rohanizan bt A.Ghani (JPATI/2)
T.S/U : Nor Aqilah bt Baharin (JPDK/1)
BEND : Mohd Fazri Lutfi bin Latiff (JUF/2)
T.BEND : Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad (JS/1)

Lajnah Tarbiyah :
> Ahnaf Wafi bin Alias (JPQS/2)
> Nur Hafizah bt Othman (JUF/1)
Lajnah Akademik :
> Mohd Muzakhir bin Mohamed (JPATI/2)
> Nur Fathini bt Balia (JPATI/2)
Lajnah Kebajikan :
> Ahmad Mustakim bin Abdul Aziz (JUF/1)
> Noridah bt Ismail (JUF/2)
Lajnah BHES :
> Noor Hazwani bt Mohd Azmi (JPDK/2)
> Nur Hinas bt Ibrahim (JS/1)
Lajnah Hubungan Luar :
> Mohd Anasrul bin Mohd Izazi (JPDK/2)
> Noorul Izzati bin Mamat (JPATII/2)
Lajnah Ekonomi :
> Saiful Akmal bin Addanan (JPQS/1)
> Ummu Safia bt Abd Malek (JS/1)
Lajnah Informasi :
> Mohd Farhan bin Mamat (JS/1)
> Hazeni bt Harun (JPATI/2)
Lajnah Kesenian :
> Nik Husain bin Nik Long (JPQS/2)
> Nur Habibah bt Mohammad (JPDK/1)
Lajnah Sukan :
> Yaasin bin Md Rafangi (JUF/2)
> Siti Sarah bt Rohaidi (JS/1)

Tahniah di atas perlantikan tersebut..Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi..Moga ISLAM terus mekar dan subur di bumi UKM..TAHNIAH!!!!!

Sunday, March 13, 2011

Program Akan Datang!!!


kpd seluruh wrga FPI tahun 3 sekalian..Anda semua dijemput untuk menghadirkan diri bagi menjayakan Bengkel Kerjaya 2011 Anjuran MPM FPI THN 3 dgn kerjasama Kedekanan FPI & PMFPI..Moga mahasiswa/i tahun 3 FPI tidak mensia2kn peluang yang diberikan khas kepada anda semua..Pendaftaran boleh dibuat sekarang kepada 019-3471997(Syafiq) @ 014-8105001


jOm ramai2 sertai Jejak Siswa Intelek (JAKSI '11) ..pasti menarik dan pasti tertarik..hanya bayar RM5, pelbagai aktiviti menanti kalian antaranya slOt mOtivasi, jungle tracking, outdOOr aktiviti, cara nak baca peta, kompas dan macam2 lagi..lau nak tau apa lg,jOm sertai..segala kemuskilan atau pape jer, blh hubungi 0193706908 (sakinah)..rOger2 k..

Makan Malam Amal dan MAG FPI



Alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah swt masih diberi peluang untuk melakar sejarah dan cOretan di dalam blOg ini.x de cite sangat,juz perkongsian mengenai program yang saya sertai baru2 ini..pada 4 mac 11, saya bersama delegasi2 PMFPI terlibat dgn Majlis Makan Malam Amal dan Malam Anugerah Gemilang FPI utk thn 2011. Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar yang mana pihak fakulti telah menjemput Y.Bhg Naib CanselOr sbgai tetamu jemputan istimewa. Majlis Makan Amal ini adalah bertujuan utk mengutip dana bagi tabung kebajikan mahasiswa FPI. dana ini telah disumbangkan oleh antaranya ialah Kerajaan Negeri Sembilan, alumni2 FPI dan para pensyarah serta kakitangan FPI.

Manakala, Malam Anugerah Gemilang (MAG) pula adalah bertujuan meraikan pelajar2 tahun akhir FPI serta memberi penghargaan kepada pelajar2 yang cemerlang pada semester lepas.Tahniah diucapkan kpd semua penerima anugerah tersebut. Antara anugerah yang disediakan ialah Anugerah Dekan, Anugerah Pelajar Mithali (Alumni) dan Anugerah Pelajar Terbaik (Alumni). di samping itu,turut terdapat persembahan drpd pelajar2 antaranya ialah Dikir Barat drpd kmpulan Tunas Warisan, persembahan kebudayaan drpd Pusat Kebudayaan UKM, bacaan puisi drpd Prof Idris Zakaria dan Ust Shukari Hamzah, persembahan nasyid daripada kmpulan Da'ie dan persembahan teater drpd pljar2 thn 3 jabatan Dakwah..

Majlis diteruskan dgn penyerahan replika cek sumbangan hasil kutipan daripada semua pihak.penyerahan tersebut disampaikan oleh Prof Madya Dr.Ahmad Redzwan selaku Pengerusi Majlis Makan Malam Amal FPI kepada Dekan FPI Prof. Dr Nasran Mohammad sambil diperhatikan oleh Y.Bhg Naib Canselor..seterusnya cabutan bertuah sebanyak 20 cabutan dan majlis bersurai jam 11.15 mlm..semua riang bergambar beramai2 sebelum pulang.

terima kasih yang tidak terhingga kpd smua yang melibatkan diri samada secara langsung atau tidak langsung..kalian memang TERBAEKKKK..

Tuesday, March 1, 2011

Mengimbau kenangan lalu


Alhamdulillah, untuk segala nikmat yg dikurniakan oleh Allah swt terutama nikmat Islam dan nikmat Iman...mngkin ini cuma cOretan ringkas daripada saya..sepanjang 3 tahun berada di bumi UKM, tahun ini adalah penentuan segala2nya..dan kenangan yg paling tidak dapat dilupakan..pilihanraya kampus(PRK) yang mngkin terakhir bagi saya di bumi UKM..pelbagai kenangan yg tercipta..samada kenangan manis ataupun pahit...

dataran gemilang (DG) mnjadi saksi kpd kemenangan pejuang2 Islam di bumi UKM..DG mnjadi saksi titisan airmata mahasiswa/i yg inginkan perubahan..airmata pejuang2 agama..tiada apa yg dpt digambarkan melainkan dgn ucapan syukur yg tidak terhingga..PRK 2011 diakhiri dgn kOnvOi perdana seluruh UKM dan sujud syukur pejuang2 agama di masjid UKM jam 1.00 pagi..

Inilah kenangan yg paling bermakna sepanjang berada di bumi UKM..terpateri dalam sanubari hngga ke anak cucu..kemenangan GMUKM dlm prk merupakan petanda bhwa mahasiswa/i UKM menginginkan perubahan..BERSATU BERUBAH..mOga GMUKM mampu membuat perubahan untuk UKM tercinta..kpd MPM yang telah diberi mandat, jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin...yOu'll never walk alOne..:)
kami sentiasa bersama kalian..

HIDUP,HIDUP..MAHASISWA..BANGKIT,BANGKIT..MAHASISWA..
STUDENT POWER!!!!
TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR

p/s : setiap kali melihat gambar2 sepanjang PRK terutama malam kemenangan, pasti airmata akan mengalir..airmata tanda kesyukuran dgn pertOlOngan drp Allah dan penat lelah sahabat2 mendapat ganjaran yg besar..bersama mengisi kemenangan

Malam Kemenangan GMUKM (himpunan perdana)

airmata kemenangan, kegembiraan dan kesyukuran..alhamdulillah

saat mendengar pengumuman kemenangan GMUKM dlm PRK 2011

lambaian kemenangan..terbaekkkk punyeeee

hidup,hidup..mahasiswa...bangkit,bangkit..mahasiswa..Takbir!!!

student!!!!pOwer!!!

siapakah yg bakal dinObatkan MPM GMUKM@PMUKM????

siapakah yg bakal dinObatkan MPM GMUKM@PMUKM???

peminat encik musa zainal abidin Othman (sayang en.musa)

laungan keramat takbir dan student pOwer

Hari Penamaan CalOn (perarakan perdana GMUKM

Bakal-bakal YBah GMUKM

Bakal-bakal YB GMUKM

Srikandi-srikandi GMUKM(gelOmbang ungu)

Jentera GMUKM(terbaekkk punyeee)

Jentera rasmi GMUKM

semestinya berGM lebih baik

p/s :Masih mengimbau saat2 PRK yang berlaku pd mnggu lepas..kenangan bersama2 shbt seperjuangan sebelum,semasa dan selepas PRK..alhamdulillah, pengOrbanan selama ini di balas dgn kemenangan ISLAM..PRK tahun ini memberi kenangan yang paling manis sepanjang 3 tahun berada di UKM..pasti akan mengingati setiap detik dlm tempOh PRK..tahniah utk semua...:)

Thursday, February 24, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas nikmat yang dikurniakan..
terasa sudah lama blOg ini tidak diupdate..maklumlah,masing2 sibuk dgn tugasan dan tanggungjawab..di samping beri peluang kpd pilihanraya kampus berlangsung..Alhamdulillah, PRK di UKM baru sahaja selesai..apa yang pasti, kali ini Allah telah memberi kemenangan kpd Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)..Alhamdulillah, seinfiti diucapkan..untuk kali terakhir terlibat dgn PRK, segala macam perkara dapat dilalui bersama shbt2 yang dikasihi..susah senang suka duka dilalui bersama2 tidak kira di fakulti sendiri mahupun di kawasan umum..yang pasti,kerjasama drp semua pihak amat2 memberangsangkan..

Ini menunjukkan kebangkitan mahasiswa pada tahun ini amat la memuaskan terutama kebangkitan para muslimat yang sanggup bersama2 untuk mengharungi suka duka ini..jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kpd semua jentera GMFPI yang sudi meluangkan masa dan mengOrbankan tenaga demi perjuangan Islam di fakulti tercinta..Alhamdulillah,kta masih dpt mengekalkan kemenangan di FPI dan ini membuktikan bhwasanya FPI masih lagi kubu GMUKM..tidak akan sesekali menyerahkan kpd pihak pembangkang..Tahniah diucapkan kpd YB MUHAMMAD IKRAM selaku MPP FPI bg thn 1/2..juga kpd YB MOHD ZAIM selaku MPP FPI bg thn 3...mOga terus maju memperjuangkan kebajikan mahasiswa/i FPI sebaik mngkin..

Tidak lupa juga kpd semua YB dan YBah yang berjaya merampas takhta drp Aspirasi..PMUKM menjadi milik GMUKM apabila berjaya menewaskan Aspirasi dalam PRK ini..bersama2 la kita untuk merealisasikan varsiti bersama GMUKM..sOkOngan,dOrOngan dan bantuan drp shbt2 amat diperlukan oleh MPM UKM untuk melaksanakan segala gerak kerja untuk mengisi kemenangan tersebut..kebangkitan mahasiswa/i itu menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan utk UKM tercinta..sama2lah kita merealisasikannya..segala penat lelah sepanjang gerak kerja PRK ini terbalas dgn kemenangan GMUKM..syukur alhamdulillah..

MOga semua MPP dpt jalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan terus berjuang demi ISLAM tercinta..TAHNIAH dan TAKZIAH kpd semua yang terlibat..sayang kalian kerana Allah..terima kasih utk ukhuwah yang terbina...:)

Dari MAHASISWA..kpd MAHASISWA..untuk MAHASISWA...:)
TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR...

Monday, February 14, 2011

Say NO tO Valentine's Day!!!


untuk tatapan dan pengetahuan kita semua..sedikit perkOngsian..

Dari apa yang sya dengar dan faham, tertubuhnya valentine's day ni oleh sebab kematian seorang paderi di zaman dahulu kala. Cerita dia macam ni,raja sebuah kerajaan ni tidak bagi askar askar nya kahwin masa perang berlaku. Si paderi ni pula kesian dengan askar askar yang tidak dibenarkan kahwin ni lalu beliau benarkan askar askar ini berkahwin. Apabila raja mereka mengetahui akan perbuatan paderi itu, beliau memerintahkan paderi itu dibunuh. Dan askar askar serta pasangan yang dikahwinkan paderi itu sepakat untuk bertakafur dan mengenang tarikh paderi itu di bunuh dengan mengadakan valentime day sama tarikh yang ramai orang kita(orang islam) sambut bersama kekasih mereka. Kesimpulan nya kita juga seperti askar askar itu apabila menyambut valentin(ni ustaz yang cakap dekat perak fm)

Sumber sumber lain yang boleh dipercayai

Pendapat Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

TAMBAHAN..

9 Rabiulawal 1432H.[MOD] - Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menyeru supaya fatwa pengharaman sambutan Hari Valentine diwartakan di seluruh negara. Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan "bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan lebih tegas. Katanya, masih terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut hari berkenaan walau ianya telah diputuskan sebagai "haram" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005.

"Tidak ada salahnya pihak yang diberi kuasa melaksanakan kawalan moral sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang terhadap umat Islam.

"Malah orang awam juga dibenarkan mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri melaksanakan kawalan pencegahan maksiat ini seperti yang dibenarkan oleh undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa agama Islam perlu tegas dalam menjalankan kawalan pencegahan maksiat seperti itu dan bukannya terhad kepada hari Valentine sahaja.

"Tiada istimewanya hari tersebut yang membolehkan umat Islam bebas dari undang-undang jenayah syariah. Kawalan pencegahan maksiat ini perlu terus dilaksanakan sepanjang tahun selepas ini," katanya. Katanya lagi, PPMM turut kesal dengan kenyataan golongan tertentu yang mempertikai pengharaman Hari Valentine.

Beliau mendakwa, Hari Valentine itu sememangnya berpunca daripada agama Kristian serta disambut bagi mengingati seorang santonya – Saint Valentine.

"Saint Valentine dianggap sebagai pejuang agama Kristian yang dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian oleh orang Rom. Saint Valentine dianggap sebagai utusan agama Kristian yang dikenang, didewakan serta dipuja pada tarikh kematiannya," katanya lagi.(Mkini)