Showing posts with label mOde prOgram. Show all posts
Showing posts with label mOde prOgram. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Nisa' Book Cafe !

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks !

Apa khabar uolls? Waaaaa, lamanya cik wanie tak update. Bizi bebeno ye cik wanie sekarang. Ha-ha-ha. Actually, bukannya bizi sangat pun oiii. Cuma takde masa dan xdek mood nak berupdate bagai. Tapi, fb hakak sentiasa terupdate taw. Kalau tak caya, bukak la tengok. Eh, ter hakak lak. Pom boley la. Ahaks!

Ok la, sebenaqnya arini cik wanie nak update sal satu projek baik punya cilok oleh Nisa' Kelantan. Nisa' Book Cafe (NBC) salah satu projek mega daripada Pertubuhan Nisa' Kelantan. Apa NBC ni? Ape la hangpa ni. Tu pun tak taw ke? Ishhhhh. NBC ni ialah perpustakaan mini sekali dengan cafe taw. So, bila korang duk kat sini, korang boleh membaca, bersantai sambil makan-makan dan minum-minum. Uish, cakap bab makan ni, cik wanie memang xley tahan. Kenapa? Tu pun uolls nak tanya. Ei, bizi body tol la. Ape taknya, makanan dia, fulamak oiiii. Buat cik wanie termimpi-mimpi bila tidoq malam. Tak makan sehari, demam cik wanie. Ahaks!

Uolls datang dulu nanti uolls tahu apa istimewanya NBC ni. Pada cik wanie, ia istimewa bila ada makanan istimewa. Eh, terover excited lak. Ha-ha-ha. Dekat NBC ni, uolls boley baca buku, boley buat study group, boley je nak pegi makan-makan je. Pendek kata, semua boley la. Kalau astro, macam-macam ada. NBC lak macam-macam boley. He-he-he. Eh, cik wanie tak gitau lagi kat mana? Isah, lupa lak. Terover excited katakan. NBC ni terletak dekat Tingkat 1 Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad IV. Alaaaa, tempat cik wanie keje la. Sama aras dengan ofis cik wanie, tapi cantik ofis cik wanie lagi. Ha-ha-ha. Saje nak puji sebab orang lain tak pernah puji ofis cik wanie. Krikkkk krikkk krikkkk.


Untuk pengetahuan uolls, NBC ni dah dilancarkan taw! Pada 24 Oktober yang lalu. Kiranya dah sebulan la umuq dia. Hehehe. Masa launching NBC no, cik wanie nak habaq dekat uolls. Punya la meriah giler. Siap ada artis datang taw. NBC dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan dan jemputan istimewa ialah Kak Yatt Hamzah. Pelakon tuuu. Cik wanie ni memang dah retis, tapi kak Yatt ni artis. So, up ckit dari cik wanie. Hehehehe. Ramai yang hadir memeriahkan majlis perasmian NBC. Giler gempak oiiiii. Dalam sejarah Nisa' Kelantan. Cik wanie lagi la gempak. Macam biasa laaaaa. Orang tak puji pun xpe, yang penting cik wanie opuji diri sendiri. Ha-ha-ha

Orang kata, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi bagi cik wanie, barang yang lepas la ada nilai yang tinggi taw. Mana taknya, rindu-rindu nanti boley ingat balik, tengok balik gegamba dulu. So, jangan percaya sangat dengan pepatah tu ye. Ikut pepatah cik wanie. Hihihi. Last but not least, ada masa, ada ruang, ada peluang datang la melawat NBC yang comel n cute tu ye. Nanti kalau bertuah boley jumpa dengan cik wanie. Ha-ha-ha. Al-maklumlah, cik wanie kan retis abad ini. Kalau nak tahu menarik ke tak, hebat ke tak NBC ni, uolls datang sendiri k. Kalau segan gitau cik wanie nanti cik wanie temankan. Tapi kena la belanja popia pisang bersalut coklat dekat cik wanie. Ha-ha-ha. Hidup mau untung ooooo. 

One more, (Fuhh magris kaw) sempena cuti sekolah ni memacam aktiviti yang akan dibuat di NBC untuk adik-adik comel. So, untuk dapatkan sebarang maklumat, uolls kena la like page Nisa' Book Cafe, Nisa' Kelantan. Confirm uolls takkan ketinggalan zaman punya. Hehehe. Selamat mengeLIKE ye. Dan tak lupa juga, NBC merupakan projek komuniti, so kalau uolls nak bagi sumbangan sangat dialu-alukanlah. Kecik tapak tangan, satu Kelantan kami tadahkan. Tak kisahlah berbentuk buku ke, barangan ke, lagi cantik kalau berbentuk wang ringgit. Yelah, senang untuk bayar bil NBC, keperluan lain serta untuk siapkan fasa kedua. InsyaAllah.


Ok lah. Cik wanie taknak ganggu korang lelama. Semoga korang berbahagia dengan kehidupan memasing ye. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Be yourself. cik wanie sayang team Nisa' Kelantan. Ahaks! Jujur k.
Ok bye!
Selamat Membaca !

Terima kasih sudi singgah n baca blog cik wanie!

Jumpa lagi. Daaaaaaaaaa (bukan nama orang tau)  
p/s : gegamba yang banyak tengok dalam page k! hihihi

Sunday, March 13, 2011

Program Akan Datang!!!


kpd seluruh wrga FPI tahun 3 sekalian..Anda semua dijemput untuk menghadirkan diri bagi menjayakan Bengkel Kerjaya 2011 Anjuran MPM FPI THN 3 dgn kerjasama Kedekanan FPI & PMFPI..Moga mahasiswa/i tahun 3 FPI tidak mensia2kn peluang yang diberikan khas kepada anda semua..Pendaftaran boleh dibuat sekarang kepada 019-3471997(Syafiq) @ 014-8105001


jOm ramai2 sertai Jejak Siswa Intelek (JAKSI '11) ..pasti menarik dan pasti tertarik..hanya bayar RM5, pelbagai aktiviti menanti kalian antaranya slOt mOtivasi, jungle tracking, outdOOr aktiviti, cara nak baca peta, kompas dan macam2 lagi..lau nak tau apa lg,jOm sertai..segala kemuskilan atau pape jer, blh hubungi 0193706908 (sakinah)..rOger2 k..

Friday, October 15, 2010

ALHAMDULILLAH...

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk meng'update' blog yang telah ditinggalkan selama 5 minggu..huhuhu...apa yang ingin dikongsikan, banyak benda yang berlaku selepas pulang daripada cuti berhari raya...dengan jamuan ari raya nya,dgn programnya dan macam2 lagi la...apa yang paling berat sekarang, exam pun dh nk tiba..kna bersiap siaga mulai dari sekarang..

apa yang nak diceritakan ialah banyak perkara..cma diri ini akan cuba memendekkan cerita..erm,mnggu pertama selepas balik daripada cuti berhari raya diri ini bersama beberapa orang sahabat pergi ke felda gugusan chini, pahang..bkn pergi untuk bercuti2, tetapi pergi untuk melihat keadaan tempat kerana PMFPI akan membuat satu program Operasi Mahasiswa Balik Kampun(OMBAK) di felda tersebut..jadi terpaksa la turun untuk berbincang dgn wakil tempat dan melihat keadaan tempat program..selama 2 ari 1 malam berada di sana..

ujung mnggu yg seterusnya pula hnya berada di kampus sahaja. niat hati untuk bersama2 sahabat yang lain ke Terengganu, tetapi apa kan daya diri ini tidak berdaya..terlalu bnayak tanggungjawab menanti sewaktu itu..bersama dgn sahabat yang lain menyiapkan tugasan yang diberikan disamping menyiapkan kerja2 untuk program OMBAK...

ari rabu(6 okt) bersama beberapa orang sahabat mengambil inisiatif untuk bertOlak lebih awal ke felda chini, pahang untuk membuat persiapan tempat bagi majlis perasmian pada ari khamis disamping menunggu sahabat2 yang lain tiba ke felda chini..program OMBAK bermula pada petang khamis dan berakhir pada petang ahad..banyak pengalaman dan kenangan yang dapat dicipta sewaktu berada di sana...antaranya kami membuat aktiviti gotong royong di masjid dan sekolah disamping prgram motivasi halatuju SPM kpd adk2 yang bakal menghadapi SPM..selain itu, kami juga turut serta dalam aktiviti merewang kenduri orang kampung dan bersama2 dlm kenduri tersebut..kami juga turut membuat malam kesenian Islam untuk penduduk felda dan yang paling best ialah santai di tasik chini..kami mengelilingi tasik chini dgn sepuluh buah bot serta dapat menyumpit di perkampungan orang asli kg chendarahan..memg pengalaman yang amat berharga...

kami pulang ke UKM dgn hati yang berbunga riang walaupun timbul perasaan sedih kerana berpisah dgn keluarga angkat..tapi minggu ini, kami PMFPI berhadapan dgn satu lagi prgram..iaitu prgram KEMBARA ILMU UKM...prgram ini disertai oleh pelajar fakulti Kontemporari Islam UNISZA yang akan membuat lawatan ke FPI dan UKM..mOga semuanya berjalan lancar...jadual yang padat, tp tersusun..

lebih kurang 2 mnggu lagi diri ini akan berhadapan dgn exam akhir semester..mOga siap siaga menghadapinya..kpd sahabat2 yg akan menghadapi peperiksaan, selamat maju jaya...ANDA MAMPU LAKUKAN YG TERBAEKKKKK!!!!