Sunday, November 29, 2015

Nisa' Book Cafe !

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks !

Apa khabar uolls? Waaaaa, lamanya cik wanie tak update. Bizi bebeno ye cik wanie sekarang. Ha-ha-ha. Actually, bukannya bizi sangat pun oiii. Cuma takde masa dan xdek mood nak berupdate bagai. Tapi, fb hakak sentiasa terupdate taw. Kalau tak caya, bukak la tengok. Eh, ter hakak lak. Pom boley la. Ahaks!

Ok la, sebenaqnya arini cik wanie nak update sal satu projek baik punya cilok oleh Nisa' Kelantan. Nisa' Book Cafe (NBC) salah satu projek mega daripada Pertubuhan Nisa' Kelantan. Apa NBC ni? Ape la hangpa ni. Tu pun tak taw ke? Ishhhhh. NBC ni ialah perpustakaan mini sekali dengan cafe taw. So, bila korang duk kat sini, korang boleh membaca, bersantai sambil makan-makan dan minum-minum. Uish, cakap bab makan ni, cik wanie memang xley tahan. Kenapa? Tu pun uolls nak tanya. Ei, bizi body tol la. Ape taknya, makanan dia, fulamak oiiii. Buat cik wanie termimpi-mimpi bila tidoq malam. Tak makan sehari, demam cik wanie. Ahaks!

Uolls datang dulu nanti uolls tahu apa istimewanya NBC ni. Pada cik wanie, ia istimewa bila ada makanan istimewa. Eh, terover excited lak. Ha-ha-ha. Dekat NBC ni, uolls boley baca buku, boley buat study group, boley je nak pegi makan-makan je. Pendek kata, semua boley la. Kalau astro, macam-macam ada. NBC lak macam-macam boley. He-he-he. Eh, cik wanie tak gitau lagi kat mana? Isah, lupa lak. Terover excited katakan. NBC ni terletak dekat Tingkat 1 Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad IV. Alaaaa, tempat cik wanie keje la. Sama aras dengan ofis cik wanie, tapi cantik ofis cik wanie lagi. Ha-ha-ha. Saje nak puji sebab orang lain tak pernah puji ofis cik wanie. Krikkkk krikkk krikkkk.


Untuk pengetahuan uolls, NBC ni dah dilancarkan taw! Pada 24 Oktober yang lalu. Kiranya dah sebulan la umuq dia. Hehehe. Masa launching NBC no, cik wanie nak habaq dekat uolls. Punya la meriah giler. Siap ada artis datang taw. NBC dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan dan jemputan istimewa ialah Kak Yatt Hamzah. Pelakon tuuu. Cik wanie ni memang dah retis, tapi kak Yatt ni artis. So, up ckit dari cik wanie. Hehehehe. Ramai yang hadir memeriahkan majlis perasmian NBC. Giler gempak oiiiii. Dalam sejarah Nisa' Kelantan. Cik wanie lagi la gempak. Macam biasa laaaaa. Orang tak puji pun xpe, yang penting cik wanie opuji diri sendiri. Ha-ha-ha

Orang kata, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi bagi cik wanie, barang yang lepas la ada nilai yang tinggi taw. Mana taknya, rindu-rindu nanti boley ingat balik, tengok balik gegamba dulu. So, jangan percaya sangat dengan pepatah tu ye. Ikut pepatah cik wanie. Hihihi. Last but not least, ada masa, ada ruang, ada peluang datang la melawat NBC yang comel n cute tu ye. Nanti kalau bertuah boley jumpa dengan cik wanie. Ha-ha-ha. Al-maklumlah, cik wanie kan retis abad ini. Kalau nak tahu menarik ke tak, hebat ke tak NBC ni, uolls datang sendiri k. Kalau segan gitau cik wanie nanti cik wanie temankan. Tapi kena la belanja popia pisang bersalut coklat dekat cik wanie. Ha-ha-ha. Hidup mau untung ooooo. 

One more, (Fuhh magris kaw) sempena cuti sekolah ni memacam aktiviti yang akan dibuat di NBC untuk adik-adik comel. So, untuk dapatkan sebarang maklumat, uolls kena la like page Nisa' Book Cafe, Nisa' Kelantan. Confirm uolls takkan ketinggalan zaman punya. Hehehe. Selamat mengeLIKE ye. Dan tak lupa juga, NBC merupakan projek komuniti, so kalau uolls nak bagi sumbangan sangat dialu-alukanlah. Kecik tapak tangan, satu Kelantan kami tadahkan. Tak kisahlah berbentuk buku ke, barangan ke, lagi cantik kalau berbentuk wang ringgit. Yelah, senang untuk bayar bil NBC, keperluan lain serta untuk siapkan fasa kedua. InsyaAllah.


Ok lah. Cik wanie taknak ganggu korang lelama. Semoga korang berbahagia dengan kehidupan memasing ye. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Be yourself. cik wanie sayang team Nisa' Kelantan. Ahaks! Jujur k.
Ok bye!
Selamat Membaca !

Terima kasih sudi singgah n baca blog cik wanie!

Jumpa lagi. Daaaaaaaaaa (bukan nama orang tau)  
p/s : gegamba yang banyak tengok dalam page k! hihihi

3 comments:

  1. terrrrbaikkkk,....teringin nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenmput datang! Dah datang boleh gtau saya. Ofis sy dekat je NBC ni. waktu operasi NBC Isnin - Sabtu (9.00 am - 6.00 pm) Ahad cuti taw.....

      Delete