Monday, June 13, 2016

NISA' KELANTAN :-

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks !
  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang! Dan Salam Ramadhan Kareem untuk semua. Ceewah, mukaddimah bukan main noh. Ahaks! Awat la blog hakak ni bersarang ye? Rasa macam baru semalam je update. Tapi, ghupenya dah berbulan-bulan oiiii. hampir setahun kot hakak tak update. Hamboiii, korang nak kutuk hakak latew kan? Bukan apa, hakak sebenarnya bizi tu taklah sangat tapi malas yg amat. Malas nak menaip, nak pikir, nak olah bagai. Ha-ha-ha! Gayanya macam nak olah buku je kan.

Ok la, dengan kuasa pamoga maka semangatnya datang arini. Jom, arini hakak nak ceghita pasal Nisa' Kelantan. Ape?? Korang xtaw ape tu Nisa' Kelantan? Hakak luku jugak korang ni. Ok, kalau korang nak tahu Nisa' Kelantan ni adalah salah satu pertubuhan NGO yang ada di Kelantan tau. Ahlinya harus la wanita ye. Perempuan pon boley la. Dah namanya pun nisa'. Kan dalam bahasa arab, nisa' tu maksudnya perempuan/wanita. Lenkali blaja lebih ckit taw. He-he-he. Hakak gurau je taw. X marah pon. Penyertaan untuk jadi ahli Nisa' Kelantan ni mestilah berumur antara 18-35@40 tahun ye. Lebih dari tu, xboleh panggil nisa' dah. Kena panggil wanita. Hihihi. Kalau korang nak tahu, AJK-AJK dia semua lawa-lawa, cecantik, dan gojes-gojes tau. Ha-ha-ha. Harus laaaaa, hakak pun ajk ciput gak. Ahaks!

Sesi perkongisan dengan Pengarah Nisa' Kelantan yg gojes

Lepas program, benda wajibnya adalah ...............

 Kalau korang nak tahu lanjut, boley bukak FB Nisa' Kelantan taw. Banyak info dan hebahan program kami dekat sana. Pape roger taw. ha-ha-ha. Dalam Nisa' Kelantan ni, banyak program yang dilaksanakan antaranya ada Nisa' Circle, ada Nisa' Small Kindness, ada aktiviti lasak dan banyak lagi. Hakak tak larat nak taip bebanyak. Ha-ha-ha. Punya la pemalas hakak ni. Ahaks!Ada orang tanya hakak, ape tu Nisa' Circle (NC)? NC ni adik oi, sebenarnya salah satu program berkala bulanan NIsa' Kelantan yg diurus oleh Unit Pembangunan Insan (UPI). Unit hakak latew. Sopankan? Ha-ha-ha. Hakak pun tak sangka hakak sesopan itu. Itulah orang kata, jangan pandang sebelah mata ye! hik hik hik.




Setiap bulan taw hakak buat NC ni dekat NBC. So, kalau ada sesapa nak join boley la datang. Tarikh biasanya kami akan war-warkan dua@tiga minggu sebelum. Untuk bulan ramadhan ni, tarikh yg bertuah dipilih oleh kami ialah 22 Jun 2016 (Rabu). Cuti umum taw. Jangan cakap uolls keje! Hakak luku jugak nanti. Banyak pengisian dalam NC ni taw. Duk dalam NC, korang boley tahu iman tu kuat ke tak. Ha-ha-ha. Sebab hakak tak berapa kuat. Tapi lama-lama dah kuat ckit hasil tarbiyah dalam NC. (Nampak tak kuat mengepom?) Ha-ha-ha. Eh, korang jangan ingat join NC ni korang xboley nak nyanyi-nyanyi ke, nak menari-nari ke. Boley la. Hakak selalu je buat. Berani ketua hakak nak marah? Marah la nak tahu jadi camne. Haaaa, nampak tak ugutan kat situ? Miahahaha. So, kalau korang join NC pun, korang tetap havoc. Jangan takut pada perubahan. Eh! tetibe lak.





Hakak kan, rasa macam dah tak larat la nak taip bebanyak ni. Ha-ha-ha. So, tu maksudnya hakak dah malas. Ahaks! Papepun, hakak nak cakap, kalau korang join program Nisa' Kelantan terutama NC, hakak kompem korang akan terngingau-ngigau dan termimpi-mimpi. Sebab ada hakak. Ha-ha-ha. Kalau korang setuju, kasi like dekat page FB NISA' KELANTAN, NISA' BOOK CAFE. Nak add hakak? Pom boley. Tapi mohon bersabar untuk hakak approve ye. Maklumlah, rentis katakan. ha-ha-ha

Ok lah, hakak tanak ganggu korang lelama. Sebab hakak pun nak menghargai masa yg hakak ada ni. Semoga korang berbahagia dengan kehidupan memasing ye. Jaga diri! Jaga iman! Jaga hati!. Be yourself. Hakak sayang korang. Ahaks! hakak gerak lu. Pape roger taw!


Ok Bye!
Selamat Membaca!

Terima kasih sudi singgah n baca blog hakak! (Post kalini nak guna hakak. Tanak guna dah cik wanie! Hahaha)

Jumpa lagi. Daaaaaaaaa (bukan nama orang tau)
p/s : selamat menjamu mata dengan gegamba yang hakak tunjukkan. #JanganCakapHakakTakPayung

No comments:

Post a Comment