Wednesday, April 24, 2013

PETUA!!!

Ana ada terbaca sesuatu di dalam blOg seseorang..jadi ana ingin kOngsikan juga di sini..mungkin ada di antara kita yang sentiasa merasa resah..in sha Allah, ni adalah petua bagaimana untuk menyucikan balik hati supaya ia tidak akan menjadi resah..Petua ini adalah olahan daripada Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah..dan diedit ayat oleh ana sendiri...

Mudah-mudahan ia akan dapat membantu kita yang sentiasa berada dalam ketidaktenteraman dan resah gelisah..:-



1) Dirikan Solat dan Banyakkan BerdOa - Ini adalah kaedah yang paling berkesan..dan di dalam dOa minta supaya Allah sucikan balik hati yang telah dikotori oleh kita..

2) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100x sebelum tidO - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah..ia bukan sekadar menyucikan hati, malah dapat mencetuskan pelbagai perkara kebaikan seperti murah rezeki, fikiran yang tenang, dan lain-lain...

3) SOlat Taubat - bukan sekadar untuk memohon keampunan, malah dapat menyucikan hati dan menenangkan minda...

4) Membaca Al-Quran - Terapi yang terbaik setelah sOlat..sebagai penenang hati dan jiwa, penyembuh segala penyakit..sekurang-kurangnya bacalah surah al-ikhlas sebanyak 3x...

5) Maaf - nampak senang tapi susah untuk diungkapkan..mOhOn kemaafan daripada semua orang setiap hari agar hati tenang dan tidak berada dalam kekusutan..

6) Bisikkan tentang POSITIF - jangan sesekali mengkritik, dan merendah-rendahkan kebOlehan diri sendiri..berbicara dgn diri sendiri tentang sesuatu yang pOsitif agar kita berada dalam keadaan yg pOsitif...

7) PrOgram Minda - prOgramkan minda atau set kan dalam minda tentang sesuatu yg baik..paling mudah adalah sebelum tidO senyum dan pejam mata dan katakan di dalam hati " Ya Allah, sucikanlah hati dan fikiranku, agar esOk aku akan menjadi orang yang lebih baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan pOsitif.." Menurut kajian psikOlOgi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidO sehingga keesOkan hari nya..

8) Berpuasa - sekiranya kita berpuasa, ia akan terhindar daripada melakukan perkara2 kejahatan..,

9) Ingat Mati - dapat menyedarkan kita daripada hanyut dalam kealpaan...

10) Kekalkan Wudhu'

11) Bersedekah

12) Berbelanja - rezeki yang diperolehi bukan untuk diri sendiri sahaja, malah ia adalah rezeki untuk dikOngsikan bersama2...

13) Jaga Makan - elak memakan makanan yang dikira syubhah...

14) Berkawan dengan alim ulama...

15) Berkawan dengan orang miskin - dapat menginsafkan kita...

16) Nasihat - sentiasa memberi nasihat dan pesanan kpd orang lain agar menjadi baik...

17) Jaga Pancaindera - jaga mata dripada melihat perkara-perkara maksiat..jaga ulut daripada mengumpat dan cacian..jaga telinga daripada mendengar umpatan dan tOhmahan...


* nak dekat2 dengan PRU ni, marilah sama-sama kita perbanyakkan sOlat hajat dan membaca dOa qunut nazilah supaya Islam akan tertegak...in sha Allah..TAKBIR!!! #inikalilahkekalkelantanubahputrajaya

No comments:

Post a Comment