Alhamdulillah..saya masih berdaya untuk menulis..syukur alhamdulillah..sesungguhnya, nikmat ini adalah kurniaan Allah swt kepada hamba-hambaNYA..kejap sahaja masa berlalu..pejam celik pejam celik, dah 5 rejab..sungguh pantas ia berlalu.. " Demi Masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian..melainkan orang-orang yang beriman dan beramal sOleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran.." (Al-Asr : 1-3)
Dah masukwaktu asar..sahabat2 dah solat ke belum??kalau belum bolehlah tunaikan kewajipan dulu sebelum melakukan kerja-kerja lain..in sha Allah, mudah-mudahan dipermudahkan urusan dan diberkati..Sesungguhnya, tidak ada daya dan kekuatan bagi ku melainkan Allah..Sebagai manusia, kita tidak mampu untuk menolak TAKDIR dan kita tidak dapat tidak akan diuji dengan pelbagai ujian..Boleh jadi ujian itu yang mampu dilihat dengan mata kasar..dan boleh jadi juga ujian melalui perasaan hati..Resah dan gelisah juga boleh dikatakan sebagai satu ujian...
Tapi jangan bimbang..Setiap yang berlaku pasti ada penawarnya..saya ingin kOngsikan dOa yang boleh dibaca bilamana kita berada dalam keadaan resah dan kesedihan..In Sha Allah ia dapat merawat hati kita daripada kesedihan itu.. Ketika merasa resah gelisah, ditimpa pelbagai masalah hingga berada dalam tekanan, amalkan dOa ini dengan penuh penghayatan, kerana hanya Dia yang mampu memberi ketenangan kepada hati-hati manusia.. Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa.. Dan kesedihan itu juga ibarat demam yang membuat tubuh mejadi lemas dan tak berdaya kerana ia memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan.. Jadi, bagi mengatasinya sama-samalah kita amalkan dOa ini dan cuba melawan perasaan tersebut...
Renung-renungkan dan Selamat Beramal!!!
No comments:
Post a Comment