Tuesday, May 7, 2013

PIMPINAN 2013

Alhamdulillah..setelah selesai PRU 13, semalam telah berlaku majlis mengangkat sumpah bagi pembentukan kerajaan Kelantan untuk penggal ke 13..Apa yang mengejutkan ramai ialah apabila peralihan kuasa atau pucuk pimpinan bagi jawatan Menteri Besar..kita sepatutnya terima dengan terbuka keputusan yang dibuat oleh syura, bukan mempertikaikan keputusan tersebut..Bagi pihak ana sendiri, mungkin syura lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat Kelantan dengan pucuk pimpinan yang baru ini..Seharusnya kita sama-sama mendOakan dan bersama-sama mereka dalam merealisasikan amanah dan tanggungjawab terhadap Kelantan..

Tahniah dan Takziah diucapkan kepada Dato' Ahmad Yaakub kerana telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang menggantikan Tok Guru..sesungguhnya, amanah Allah ini sangat berat..tetapi ingatlah, Allah tidak akan membebani seseorang tanpa keupayaannya..Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita..Sama-samalah kita terima keputusan yang telah ditetapkan ini..Manakala Timbalan Menteri Besar ialah Dato' Mohd Amar (Adun Panchor)...Semoga dengan gandingan ini akan memantapkan lagi Pentadbiran Negeri Kelantan..in sha Allah..Dan antara Exco2 yang kekal ialah :


  • Dato' Abd Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau)
  • Datuk Anuar Tan Abdullah (Adun Kota Lama)
  • Mej (B) Dato' Md Anizam Abd Rahman (Adun Kemahang)
  • Dato' Che Abdullah Mat Nawi (Adun Wakaf Bharu)
  • Dato' Dr. Fadzli Dato' Haji Hassan (Adun Temangan)
  • Dato' Nassuruddin Daud (Adun Meranti)

Exco Baru :


  • Hanifa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir)
  • Dr. Ramli Mamat (Adun Bunut Payong)
  • Mumtaz Md Nawi (Adun Demit)


* Tahniah dan Takziah diucapkan kepada semua..Selamat Menjalankan Tugas


MB dan TMB Kelantan..maap ler..cOpy paste gambaq..


Exco-Exco Kelantan 2013

No comments:

Post a Comment