Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi semua..
Alhamdulillah..untuk nikmat kehidupan hari in..pejam celik pejam celik, dah masuk 13 rejab ye..sungguh cepat masa berlalu..48 hari lagi menuju ke medan Tarbiyyah Ramadhan..Allahu Rabbi..mudah-mudahan sampai ke medan tersebut..Dah lama rasanya saya tidak menulis..seminggu kOt..berehat menghilangkan keserabutan fikiran sementara..hehehhe..
Ermmm..saya nak kOngsikan sedikit pengalaman sewaktu saya dan sahabat-sahabat anak muda Pengkalan Chepa membuat ziarah ilmu ke kediaman Tok Guru..ataupun dikenali sebagai ttemu mato denge tok guru..Alhamdulillah, walaupun kami terpaksa menunggu sedikit lama untuk bertemu beliau, akhirnya penantian kami membuahkan hasil..Sesiapa yang bersabar, pasti akan mendapat ganjarannya.. Dalam pertemuan tersebut, TGNA berkongsi serba sedikit tentang perjuangan..Menurut beliau, anak muda tidak sepatutnya lemah dengan ujian, cacian, tetapi perlu mengambil iktibar daripada kisah2 Nabi sewaktu berdakwah..
Menurut TGNA lagi, Islam ini Syamil (Syumul) yakni menyeluruh..Bukannya separuh-separuh..Solat maghrib dan subuh, tapi tak solat zohor, asar dan isyak.. Kita ini adalah ummatul ijabah, iaitu golongan yang menerima seruan Nabi s.a.w serta beriman kepada Allah s.w.t.. Sebab itu di dalam Al-Quran disebut 'Wahai orang-orang yang beriman' dan tidak disebut 'Wahai orang-orang Islam'...
Walaupun TGNA hanya dapat meluangkan masa sekejap sahaja, tetapi ia cukup bermakna untuk kami meneruskan lagi perjuangan ini... Sungguh, Islam ini adalah satu anugerah kepada setiap manusia dan hamba Allah yg hidup di dunia ini.. Ramai daripada kita pada hari ini Islam hanya pada nama tetapi tidak pada perbuatan.. Sama-samalah kita berdOa semoga kita menuju jalan yg lurus dan benar..
sumber : Jib Binjai
Terima Kasih TGNA kerana sudi menerima kunjungan daripada kami... WE LOVE TOK GURU
*sedikit gambar untuk tatapan sahabat-sahabat
No comments:
Post a Comment