Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. syukur di atas kurniaan nikmat yang diberikan kepada kita.. Sesungguhnya, kita adalah antara yang beruntung kerana masih dapat meneruskan kehidupan yang cukup sempurna ini.. Tapi bagaimana dengan saudara-saudara seIslam kita yang berada di Palestin, Syria dan Mesir?? Adakah mereka juga merasai kehidupan yang cukup sempurna?? atau mereka berada di dalam kesusahan?? Semestinya mereka juga mengharapkan kehidupan seperti kita..
Sedang enak dibuai mimpi, setelah terjaga dari lena yang panjang kita telah dihidangkan dengan berita yang cukup menyedihkan iaitu Presiden Mesir Dr. Mursi telah digulingkan oleh tentera Mesir yang telah dipergunakan oleh kuasa Barat bagi menentang pemerintahan Ikhwanul Muslimin. Dr.Mursi terpaksa akur dengan menyerahkan kuasa pemerintahannya demi mengelakkan berlakunya lebih banyak pertumpahan darah yang akan mengorbankan rakyat Mesir..Walaupun Dr.Mursi telah dipilih oleh rakyat secara sah dalam pilihanraya, tetapi tetap berlaku rampasan kuasa kerana ketidakpuasan hati pihak rejim Israel yang gagal untuk memerintah Mesir.. Mereka telah mempergunakan tentera dalam rampasan kuasa ini..
Apa yang kita ketahui, kejatuhan Dr.Mursi adalah dari pengkhianatan dan bukan atas kehendak rakyat umum seperti yang telah berlaku kepada Mubarak.. Apa yang kita harapkan adalah, semOga Allah memberi kekuatan kepada Dr.Mursi dan pengikutnya serta ahli Ikhwanul Muslimin untuk berhadapan dengan masalah ini.. Mungkin kita tidak mampu untuk turun berjuang di medan perang, tetapi usaha yang kecil dengan menghulurkan bantuan berbentuk dOa kepada mereka cukup berharga dan besar nilaiannya..Dengan kuasa rakyat yang ada, serta bantuan daripada Allah SWT boleh menggulingkan pemusnah Islam.. Takbir!! In Sha Allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat Mesir pasti akan terus bergerak.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
Marilah sama-sama kita bermunajat berdOa serta melaungkan qunut nazilah untuk keselamatan rakyat Mesir khususnya dan seluruh umat Islam yang dizalimi di seluruh dunia amnya..Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin serta barisan pimpinan Dr.Muhammad Mursi dalam menghadapi kemelut yang melanda
p/s : jangan lupa amalkan bacaan qunut nazilah setiap kali selepas sOlat setiap hari..ia adalah sekecil-kecil usaha kita, tetapi sebesar2 pengOrbanan demi kemenangan Islam..Takbir!!
اللهم انصر الإسلام والمسلمين فى مصر
Allah PASTI Bersamamu...
Catatan Seorang Isteri....
Doa Qunut Nazilah...
No comments:
Post a Comment