Tuesday, June 30, 2015

Info Program !

Assalamualaikum beb ! Hai uollsss ! Ahaks

Macam xdek ayat lain je kan? Alah, jangan la kecoh. sekadar ayat je tu. Haaaa, puasa tak ni? pejam celik, pejam celik dah 13 ari kita berpuasa kan. kejap je. esok lusa dah nak raya pun. hahaha. tapi baju raya xdek. ada baju baru je. baju baru nak pakai. alhamdulillah la tu kan? syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Jangan duk asyik hitung nak raya je tau. tapi hitung amal ibadah kita sepanjang ramadhan ni. lengkap ke tidok, puas ati ke tidok. semua tu kena ambik kira tau.

Arini cik wanie xdek benda sangat nak kongsi, cuma nak sampaikan sedikit info program kat korang. ujung minggu ni banyak gak majlis ilmu dan program yang akan berlangsung. so, mana-mana yang korang rasa dekat dengan korang, sesuai untuk korang, boleh la join skali ye. free of charge je.

Sila baca detail di bawah ye. Rajin-rajinkanlah wahai korang. hihihi

1) Wacana Sunnah Nabi S.A.W
Tarikh : 15 Ramadhan 1436H bersamaan 2 julai 2015 (Khamis)
Masa : 12.00 tengahari - 5.00 petang
Tempat : Madinah Ramadhan, Stadium Sultan Muhammad IV

p/s : ahli panel jemputan semuanya mantap-mantap. ruginya lahai kalau tak pegi.

 2) Kuliah Feqh Wanita (Kupasan Ensiklopedia Fiqh Wanita Bab Solat)
Tarikh : 16 Ramadhan 1436H bersamaan 3 julai 2015
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Masjid Al-Ahmadi Tebing Tinggi, Jalan Sabak Pengkalan Chepa

p/s : kuliah feqh ni ada 2 minggu sekali tau. hebat la kakak-kakak dan makcik-makcik yang hadir setiap 2 minggu tu. mantap bak hang.

3) Bual Bicara Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Tarikh : 16 Ramadhan 1436H bersamaan 3 julai 2015
Masa : 5.30 petang
Tempat : Madinah Ramadhan, Stadium Sultan Muhammad IV

p/s : UAI datang wei. yang ni cik wanie confirm, tersumbat bandar kota bharu nanti. uai punya pasal. setiap tahun macam tu. tak percaya, g tengok sendiri nanti ye.

4) Ifthor Jamaie Beliawanis Pengkalan Chepa
Tarikh : 18 Ramadhan 1436H bersamaan 5 julai 2015
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Abdullah Arsyad, Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa

p/s : yang ni hanya untuk BELIAWANIS PENGKALAN CHEPA sahaja ye. beliawan tak diterima. hihihi. 

Haaaa, amacam? menarik tak? banyak kan? so, korang pilih la nak g yang mana. program yang last skali tu confirm cik wanie ada. yang lain xjanji.hihihi. so, kalau korang rasa nak jumpa cik wanie sesangat, makanya, jemputlah daftar ye.. hahaha. korang pasti takkan menyesal punya. ahaks (mesti korang cakap cik wanie perasan kan? cik wanie tak kisah !!)

Ok la, dah siap mengempen. so, kita enjoy. daaaaaaaaaaa
 

Sunday, June 28, 2015

Hip Hip Hooray !

Assalamualaikum beb. Hai uollss. Ahaks


Salam zohor cik wanie ucapkan pada korang semua. Alhamdulillah, dah 11 ramadhan pun. Maka berakhirlah fasa pertama bulan ramadhan iaitu fasa rahmat. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah. Sekarang kita berada di fasa kedua ramadhan iaitu fasa maghfirah atau pengampunan. Maka perbanyakkanlah berdoa, bersitighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt.

                                Selalulah amal baca doa ni tau. Sungguh, Allah itu Maha Pengampun.

Arini cik wanie bukan nak berceramah sangat. Ayat atas tu, muqaddimah je tau. hihihi. saje nak mengepost dalam blog ni, jadi lantaklah apa maklumat pun. yang penting boleh kongsi dengan korang. korang nak tahu tak, cik wanie hepi sangat rini coz cik wanie dah dapat buku yang diidam-idamkan sekian lama. Buku DIAgnosis 2 adalah pujaan ati cik wanie. berkurun lamanya mencari, sekarang baru dapat tau. yang DIAgnosis 1 dah lama baca. nanti lepas cik wanie baca abis DIAgnosis 2 ni cik wanie kongsi dengan korang ye. Jangan jeles nahhh.. Ntah-ntah korang dah abis bacakan?? waaaaaaaaaaaa..jeles kot ngan korang macam ni.

Takpelah, cik wanie nak teruskan membaca, dan memahami apa sebenarnya penulis-penulis DIAgnosis ni nak gtau dalam tulisan mereka. jangan kacau cik wanie tauuu... daaaaaaaaaaaaaaaa

  Ni buku DIAgnosis 1. best. perkongsian daripada 3 orang doktor perubatan. Dr.Anwar fazal, Dr.Aizzat, Dr Azah.
Ni buku DIAgnosis 2. perkongsian daripada 7 orang doktor perubatan yang hebat. Dr.Anwar Fazal, Dr.Aizzat, Dr.Azah, Dr.Fatin Liyana, Dr.Beni Rusani, Dr.Mafeitz dan Dr.Mahyuddin.


P/s :Of koj la ada blogger dan doktor yang cik wanie minat..hahahha..jangan marah ye..
ok, lastly jumpa next post ye. nak study buku di atas. hahaha.. ok bai !!!!!

Thursday, June 25, 2015

Sharing Is Caring kan !!

Assalamualaikum beb ! Hai uollssss ! Ahaks

Salam Zohor diucapkan kepada korang. Puasa ke tak ni? Kalau tak puasa pandai2 la korang ganti nanti ye. Alhamdulillah, arini dah 8 ramadhan. bermakna dah 8 ari kita berpuasa. Cik wanie harap semuanya ok la yek. Jangan duk buat tak ok lak. cik wanie tampo kang ! Dah seminggu puasa, sape yang belum tinggal lagi sila angkat kening. dan yang dah tinggal sila tunduk bawah ye. cik wanie yakin tinggal mesti bersebabkan. (tu kalau yang pompuan la.) Ni cik wanie nak tanya ni, terawih penuh lagi tak bagi yang belum tinggal puasa tu? Haaaa jangan main2 ye. Bulan ramadhan ni la kita nak kejar pahala bebanyak tau. bukan nak menambah dosa. Ala, apa la salahnya kalau pegi solat terawih kejap. Lainlah kalau ada tanggungjawab lain, macam ada anak kecik ke, kena jaga orang sakit ke, atau diri sendiri yang sakit. Bulan ni la paling senang nak buat pahala tau. Nak buat dosa pun senang jugak. So, fastabiqul khairat la kalian ye.


Ini adalah perkongsian daripada dr.anwar fazal & dr fatin liyana dalam ig depa. Kita ni, jangan baca dan komen je tau, kalau benda baik, apa salahnya sama-sama kongsi. kan?? hihihi. setiap ari cik wanie akan 'stalk' ig depa. sebab nak tahu apa yang diupdate kan. untuk muhasabah bersama. tapi yang atas tu bukan perkongsian arini. tapi yang beberapa ari yang lalu. cuma cik wanie baru nak share ngan korang dalam ni. cik wanie setuju dengan quote tersebut. kadang-kadang kita ni terlalu ikutkan dengan dunia, tapi tak amik tahu pasal akhirat. duk cari kesalahan orang lain, tak tengok pada diri sendiri.

Betul kata dr anwar fazal tu, cubalah arini kita bagi banyak sikit kerja dekat malaikat yang duk kat bahu kanan kita tu. biar duk sibuk tulis kebaikan dan amalan kita je. sampai xdek masa nak rehat. tahu tak malaikat apa duk kat bahu kanan kita? haaaa, kena pi tadika balik ni.ni cik wanie nk gtau, malaikat yang duk tulis dan catat semua amalan kebaikan kita di dunia ni ialah namanya RAQIB tau. sebab tu kalau kita nak mulakan apa-apa semoleknya mulakan dari sebelah kanan. lebih afdhal orang kata. Dan kita bagi malaikat yang duk kat bahu kiri kita tu rehat memanjang je. biar sampai bosan. sebab tak tahu nak tulis apa. xdek kejahatan yang dibuat oleh kita. yang ni tahu tak nama apa? alaaaaaaaaa, apalah korang ni. malaikat yang duk menulis dan mencatat amalan kejahatan kita semasa di dunia ialah ATID namanya.

Harini cuba istiqamah untuk tidak buat kejahatan ye. bagi malaikat atid tu rehat. tapi kadang-kadang kejahatan tak semestinya benda yang nampak. kalau benda nampak terang-terangan boleh la nak elak. tapi kalau dah main tersirat payah jugak nak kawal kan? macam mengumpat, iri hati, dengki. semua tu barang dalaman beb. kalau dah terdetik dek hati, fuh, terus tercatat. xdan nak kawal dah beb. sebab tu kita kena kuat, banyakkan istighfar, banyakkan solat sunat. pedulikan hal orang lain. amik tahu pasal diri kita dah la. solat tahajjud tak arini, p masjid tak arini, dah berzikir ke belum, baca quran ke tak. lupakan tentang manusia lain. nanti tetiba jadi termengumpat lak.

Sebab tu cik wanie cakap, bulan ramadhan ni la kita nak buat kebaikan, nak tambah amal ibadat. bermula dari sekarang, untuk kesejahteraan hidup dunia akhirat. ceewah, kelas kau jah. hihihi. Semoga kita sama-sama dapat jadikan sebagai iktibar, panduan untuk kelangsungan hidup. Ingat tau, penatkan malaikat yang duk kat kanan, rehatkan malaikat yang duk kat kiri. inshaAllah, syurga menanti.

p/s : terima kasih dr.AFL sebab sudi kongsi kebaikan. cik wanie share, dr.AFL dh dapat pahala. makin ramai yang share, makin banyak dapat ganjarannya. eh, terpanjang lebar lak bersyarah. maaf ye teman-teman sekalian. Moga bermanfaat untuk semua. dah-dah, g smayang zohor skrang. selalamt beribadah ye. dengan ini cik wanie isytiharkan bahawa cik wanie adalah stalker terhormat dr.afl...baiiii


Jumpa next post ya !!!!!

Monday, June 22, 2015

Ramadhan Kareem 1436H

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks !

Dek kerana terlalu eksaited minggu lepas, cik wanie terlupa lak nak ucapkan salam ramadhan pada korang. duk asyik ngan benda lain. al-maklumlah, melepaskan gian yang terkandas selama setahun. hikhikhik.

Ok, cik wanie tak nak cakap banyak tau. just nak ucap salam ramadhan 1436H pada korang semua. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya. apa yang kita tak dapat lakukan atau tak sempat sempurnakan pada ramadhan lalu, boleh la forward untuk ramadhan kali ni ye. seperti tadarus quran, sedekah, atau apa sahaja amalan yang tertangguh tu. alhamdulillah cik wanie khatam quran tahun lepas. inshaAllah harap-harap tahun ni dapat khatam 2 kali. harapan yang menggunung dari cik wanie. yang penting niat ok. hahahaha.

Papepun, perbanyakkan amal ibadah ye di bulan yang mulia ni. Quran kena baca setiap hari. dalam ig cik wanie ada tips untuk khatam quran. boleh la jenguk2 ye. taip saja hiluani_shafie. confirm kluaq punya. punya la berlagak kan.
Ok lah, last but not least, puasa, puasa jugak. amal jariah jangan lupa. hihihi. Selamat beramal.

#RamadhanKareem
#RamadhanYangSamaNatijahBerbeza
#SyukurSelalu
#ApabilaHiluaniBerblog

Thursday, June 18, 2015

tips cik wanie !

           Assalamualaikum beb ! Hai bloggers !

Amacam puasa arini. Ok dak ni? hehehe. Mesti penatkan? biasa la tu, permulaan katakan. cik wanie harap korang ok2 la ye. cik wanie stakat arini ok lagi. makan sahur tadi pun lalu je. siap tambah-tambah lagi. ops, salah gtau dalam ni lak. xpelah, korang je pun yang baca. ramai yang bangun sahur tak lalu makan, nak tahu dak nape kita tak lalu makan bila bangun sahur? sebab badan kita waktu tu lemah semangat lagi. yela, duk tengah syok tidoq, tetiba kena bangun makan. terkejut antibodi bak hang oiii.



Haaaa, kat sini cik wanie ada satu tips. macam mana nak suh makan berselera tika sahur. nak tahu dak ni?? camni, hangpa bangun la awai lagi. jangan bangun tu terus duk dekat meja makan. cubalah korang bangun tu, buat qiamullail kejap. solat tahajjud, sunat taubat, sunat hajat, sunat witir, baca quran. pastu siapkan makanan, dan makan. confirm korang akan berselera. sebab korang dah segar bugar waktu tu. tak percaya? cuba la korang buat dulu. cik wanie yakin punya la. confirm menjadik. inshaAllah, biiznillah.



Ok, arini dah khamis. esok jumaat. maksudnya cik wanie cuti. yeayyy. so, kita akan jumpa dalam entri edisi ahad tau. hujung minggu cik wanie tak boleh diganggu ye. no blog, just facebook or instagram je. hihihi. tak nak cakap banyak, nanti korang cakap cik wanie merapu ikan kerapu lak. cik wanie ucapkan selamat berbuka puasa dan selamat bertarawih malam ni. jangan makan kenyang sangat tau, nanti tak larat nak g solat.

adiosssss. wassalam. ok bai !!!!

Wednesday, June 17, 2015

Cinta Mereka !

Assalamualaikum beb ! Hai bloggers !

Sebenarnya cik wanie kebosanan ni. so, cik wanie nak berborak di sana la sekejap. haaaa, ingat tak semalam cik wanie ada repost salah satu post daripada dr.anwar fazal. kenai dak dr anwar fazal(dr.AF) ni? haish, hangpa ni. alaaaa, yang penulis buku DIAgnosis 1&2 tu. yang sepupunya syamsul yusof anak dato yusof haslam tu. haaaaa, yang tu la. kan baru2 ni dia baru je kawin. alaaa, yang kawin dengan dr.fatin liyana (dr.FL) tu! blogger terkenal, terfemes, terhaibat tu. doktor lagi, blogger lagi, model lagi, penulis buku lagi. haish, sungguh hebak ah. ok, back to story, cik wanie cuma nak citer pasal depa berdua je. cik wanie sukeee sangat2 bila tengok gambaq2 depa kawin. sweet mueet la.. haish, kencing manis tahap kritikal wei. sangatlah ohsem. dah la simple, cantik, pastu meriah bak hang oiiiii. kalau la cik wanie yang duk kat tempat depa tu, alahai lupa dunia terus. memang patut la xjadi macam depa. hihihi.

kalau korang tak tengok lagi, korang tengok la. confirm korang akan jeles nanti. dalam fanpage fb dr.FL ada, dalam beautifulnara ada, dalam ig depa pun ada(dr.afl). melting mak oiiiiii. cik wanie bagi 10 *. hahahaha. papepun, tahniah untuk mereka berdua. semoga bercinta hingga ke syurga. mana tahu majlis cik wanie nanti pun camni kan? hahaha. tak salah pun kita berangan. ahaks. ok, nanti cik wanie tunjuk tau gambar2 sweet depa tu kat hangpa. dengan syarat hangpa kena stay tuned bersama cik wanie di sini. hihihi

sebenaqnya, cik wanie suka follow depa tu bukan apa. tulisan dr.FL jadi inspirasi pada tulisan cik wanie. dan kata-kata daripada dr.AF jadi pilihan dan dorongan pada cik wanie. ceeewah gitu. hahaha. jangan marah naa wahai pengikut setia dr.FL & dr.AF. kalau korang tengok ig depa, korang takkan menyesal. sebab kata-kata yang ada dalam tu lahir daripada hati depa berdua. sweet mueet loving gitu. hihihi. ok, di sini cik wanie isytiharkan bahawa cik wanie pengikut setia depa berdua. jangan ada yang dengki taw.

ok lah. mau chaw dulu la. selamat menatap gambaq2 yang sweet ni ye. jangan sampai meleleh lak air liur hangpa tu. hihihi.take care naa. jumpa lagi di next post ye.ahaks. saksikanlah :-

Melting la teww.. sweet nya gambar ni. alahaiiiiiiii

 

 












p/s : amboiiii korang. tersengih-sengih duk tengok gambar ni. air liur meleleh pun xsedar ye. ish3. ok bai !!!!!

Tuesday, June 16, 2015

#Repost From Tumblr !


Assalamualaikum beb ! Wah, kemain rajin arini. Ahaks

Post kali ini cik wanie repost dari seseorang yang sangat hebat. cik wanie suka baca blog beliau. sangat deep la orang kata. kalau nak tahu cik wanie ni seorang stalker yang hebat. suka stalker fb dia dan tunangnya, blog dia dan tunangnya, serta ig diorang. eh, bukan tunang lagi la. dah kawen pun. baru beberapa hari bergelar suami isteri. tulisan mereka berdua sangat hebat. cik wanie jadikan inspirasi la. haaaa, nak tahu tak sape diorang ni? tentulah dr.anwar fazal dan isterinya dr.fatin liyana. wink! wink! melting gila la bila tengok diorang kawin. alahai, manih sungguh. ok, ni perkongsian dari blog dr.anwar fazal. moga sama-sama kita jadikan sebagai iktibar ye. peace no war.


#from dr.anwar fazal :-

Hanya yang benar-benar bijak & ‘tahu Agama’ tidak menegur depan-depan tetapi disapa secara peribadi di ‘belakang-belakang’ dengan penuh hikmah & kelembutan.Tak ramai yang mahir dengan seni ini kerana ramai yang mahu tunjuk hebat,lebih tahu & berilmu bila membuat teguran.

Kita lihat  sahaja di alam maya,berapa ramai yang 'tergelincir’,memberi nasihat-nasihat sinis & kasar sewenang-wenangnya sehingga mengaibkan orang yang ditegur & dinasihati.

Kita terlalu suka bersangka-sangka,menggubah bahasa biar gah bunyinya,walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita.Malah kadangkala,yang belajar Agama juga tersilap cara.Itulah namanya manusia,perlu diingatkan sentiasa kerana kita mudah terbuai dengan pujian & penghargaan manusia.Mahu dilihat tahu dalam pada syaitan mentertawakan kita kerana kita sudah terjerat dalam perangkap mereka.

Seni ini harus kita pelajari kerana percayalah,jika silap cara,nasihat & teguran yang diberi hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi.Yang ditegur tidak terkesan untuk membaiki diri,malah nasihat & teguran yang diberi menjadi provokasi,menghidupkan api amarah & rasa benci.

Kita belajar sama-sama mulai hari ini.
Pelajar Sampai Mati,
Dr.Anwar Fazal (dranwarfazal.tumblr.com)

*Kongsikan pada semua jika bermanfaat.


p/s : tq dr. deep sesangat.

#Repost From IG ! HaHaHa

Assalamualaikum beb !! Haha. Tak jawab salam berdosa.

Ok, kali ni saya cuma nak repost kan  apa yang fizo omar post di ig dia. hahaha. Kenal tak fizo omar? Gila tak kenal kan.. hahaha.. Perkongsian yang cukup menarik dari fizo omar. Kita pakat baca dan amalkan ye. hihihi. Mana tahu suatu hari nanti berjaya macam fizo omar. bukan jd artis, tp usahawan yang berjaya. Tapi, artis pOm bOley.


#Repost from instagram #FizoOmar

#Tuesdaytips with Fizo Omar

Sifu saya selalu cakap, pekerjaan yang paling mahal gaji atau pendapatannya adalah pekerjaan BERFIKIR.

Idea yang dikeluarkan dari otak yang cerdas merupakan satu peluang untuk mengubah kehidupan seseorang.

Teruskan berfikir mencari sesuatu idea yang baru dan luar biasa dan sudah pasti ianya akan membawa anda ke fasa yang baru dalam hidup anda.

Jadi, jagalah 'otak' anda sebaik mungkin kerana yang membezakan manusia dan makhluk ALLAH yang lain adalah dikurniakan 'akal'.

p/s : dari saya sendiri, selamat beramal. Jaga-jaga ada yang memerhati

#LotsOfLove
#HiluaniPunyaBlog

Ok Bai !!!









Kembali Bernyawa Part 2 !!

Assalamualaikum dunia !!! Bangunlah semua.. Lihatlah pada diri kita, semua serupa jer !! Ha ha ha..

Bahagia bak ang !! Alhamdulillah. Masih bernyawa, masih mampu tersenyum, masih punya kudrat dan masih mampu menaip. hahaha. Setahun cik wanie bercuti dari berblOg. Bukannya sibuk wei, tapi malas, malas, dan malas.. Kalu kawin ni, dah dapat anak sorang. Ahaks !! Kawen la sangat.Ok, tak nak cakap banyak. just nak say hi ! jer pada blog ni. kikiki.

jumpa lagi next post ! inshaAllah, akan stat dengan rajin..hahahha

daaaaaaaaaaaaaaaaaa... (bukan nama orang) ok bai !!!