Assalamualaikum beb ! Wah, kemain rajin arini. Ahaks
Post kali ini cik wanie repost dari seseorang yang sangat hebat. cik wanie suka baca blog beliau. sangat deep la orang kata. kalau nak tahu cik wanie ni seorang stalker yang hebat. suka stalker fb dia dan tunangnya, blog dia dan tunangnya, serta ig diorang. eh, bukan tunang lagi la. dah kawen pun. baru beberapa hari bergelar suami isteri. tulisan mereka berdua sangat hebat. cik wanie jadikan inspirasi la. haaaa, nak tahu tak sape diorang ni? tentulah dr.anwar fazal dan isterinya dr.fatin liyana. wink! wink! melting gila la bila tengok diorang kawin. alahai, manih sungguh. ok, ni perkongsian dari blog dr.anwar fazal. moga sama-sama kita jadikan sebagai iktibar ye. peace no war.
#from dr.anwar fazal :-
Hanya yang benar-benar bijak & ‘tahu Agama’ tidak menegur depan-depan tetapi disapa secara peribadi di ‘belakang-belakang’ dengan penuh hikmah & kelembutan.Tak ramai yang mahir dengan seni ini kerana ramai yang mahu tunjuk hebat,lebih tahu & berilmu bila membuat teguran.
Kita lihat sahaja di alam maya,berapa ramai yang 'tergelincir’,memberi nasihat-nasihat sinis & kasar sewenang-wenangnya sehingga mengaibkan orang yang ditegur & dinasihati.
Kita terlalu suka bersangka-sangka,menggubah bahasa biar gah bunyinya,walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita.Malah kadangkala,yang belajar Agama juga tersilap cara.Itulah namanya manusia,perlu diingatkan sentiasa kerana kita mudah terbuai dengan pujian & penghargaan manusia.Mahu dilihat tahu dalam pada syaitan mentertawakan kita kerana kita sudah terjerat dalam perangkap mereka.
Seni ini harus kita pelajari kerana percayalah,jika silap cara,nasihat & teguran yang diberi hanyalah seperti mencurah air ke daun keladi.Yang ditegur tidak terkesan untuk membaiki diri,malah nasihat & teguran yang diberi menjadi provokasi,menghidupkan api amarah & rasa benci.
Kita belajar sama-sama mulai hari ini.
Pelajar Sampai Mati,
Dr.Anwar Fazal (dranwarfazal.tumblr.com)
*Kongsikan pada semua jika bermanfaat.
p/s : tq dr. deep sesangat.
No comments:
Post a Comment