Thursday, July 9, 2015

Penghujung Ramadhan 1!

Assalamualaikum beb ! Hai uollsss ! Ahaks !

Nak cakap kiter xdek modal lain la tew. hek eleyh. tu trademark cik wanie okei. Pejam celik pejam celik dah 22 ramadhan arini. sungguh pantas masa berlalu. So, apalagi, pulun la oiiii. jangan duk cakap je, buat la sekali.

Maaf la ye cik wanie terlambat ckit nak update pasal ni. maklumlah, kurang kesihatan ckit sehari dua ni. papepun, alhamdulillah masih diberi kehidupan yang sempurna oleh Allah. Memandangkan kita dah pun berada di fasa terakhir ramadhan ni, jadi kita perbanyakkanlah amal ibadah, terutama qiamullail, kalu mampu untuk beriktikaf dekat masjid lagi bagus. Perbanyakkan berzikir, bersedekah, kalau boleh jangan tinggal terawih selagi berkemampuan, pastu amalan-amalan yang kita kira kecil sahaja tetapi impaknya sangat besar.

Jom kita sesama cari dan kejar lailatul qadar. korban kan sedikit masa tidur untuk ganjaran pahala yang lebih berganda-ganda ni. surau dekat rumah cik wanie dah stat buat qiamullail tiap-tiap malam. surau kat umah korang macam mana? ada buat tak? alhamdulillah, walaupun jemaahnya tak ramai macam solat tarawih, tapi usaha yang ditunjukkan oleh pakcik makcik ni sangat memberangsangkan.

anak-anak muda? diorang lebih selesa solat kat umah je. boleh dibanggakan jugak. tak kesah lah walau kat mana pun kita nak beribadat, yang penting niat lillahi taala. cik wanie doakan korang terus istiqamah hingga penghujung ramadhan. tapi kalau istiqamah hingga lepas ramadhan lagiiiiiii bagusss.
Jangan lupa tau titipkan doa ni setiap kali lepas solat. Jangan tertinggal ye. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita selama ini.Ok lah, ni je untuk buat masa sekarang. papepun, cik wanie doakan kita sama-sama kuat dan istiqamah untuk beribadat. semoga Allah lindungi kita semua.

p/s : jangan duk asyik nak pikir pasal raya je sampai lupa nak buat ibadah sunat ni. kalau bukan sekarang, bila lagi. kalau bukan kita sendiri, sape lagi nak bagi free ganjaran kat kita.sebelum ramadhan pun duk amik tahu pasal raya. masa ramadhan pun xabis lagi pasal nak raya. ni ramadhan dah nak abis pun masih duk fikir pasal barang nak raya. ish ish ish.

#MohonSentap
#SyukurSelalu
#Kipidap
#Dongibap

Daaaaaaaa.. Terima kasih sudi lawat blog cik wanie :-

No comments:

Post a Comment