Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan DiTangisi, Syawal Dirai !

Assalamualaikum beb ! Hai uolls ! Ahaks

Pe habaq angpa rini? Mesti dah tak sabarkan. Entah-entah asyik duk kira minit dan jam je kan? ye ke idok? Eh, korang tak sedih ke ramadhan dah nak pergi ni? Tahun depan lak akan jumpa dengan ramadhan ni. Tu pun kalau panjang umO la kan. So, macam mana prestasi ramadhan korang untuk tahun ni? Ada baiknya sebelum yang lepas atau makin merudum? Jangan cakap makin merudum ye. At least biarlah bertambah 10% pun. Kira satu peningkatan yang baik la tu

Semoga kita semua berpuas ati dengan ramadhan kali ini ye. So, walaupun ramadhan dah berlalu pergi, kita masih lagi boleh teruskan amal ibadah kita macam yang kita buat bulan ramadhan ni. Macam qiamullail ke, sedekah ke, berzikir ke dan seangkatan dengannya. Jangan cakap cik wanie tak payung ye! Syawal-syawal jugak ye, jangan sampai lupa amal ibadah ye.

Ok la, sempena dengan dah nak berakhir ramadhan ni yang masih berbaki 1 hari, cik wanie nak ucapkan tahniah la sebab kita sama-sama dapat lalui ramadhan dengan baik tahun ni. Dapat istiqamahkan terawih, dapat berqiamullail dan seangkatan dengannya. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang sebelum-selumnya. Dan paling penting, semoga kita semua masih diketemukan dengan ramadhan yang akan datang. InshaAllah, biiznillah.
Cik wanie berlagak ala-ala diva ckit ye !!

Disamping itu jugak, cik wanie nak ambil kesempatan yang sedikit ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang sudi menyinggah dan membaca blog cik wanie ni ye. Yelah, cik wanie sedar blog cik wanie ni xdeklah femes dan hebat macam blog blogger-blogger yang terkenal tu. Yang penting, cik wanie sukeeeeeeeeeee. Yeayyy. Bahagianya tuh di sini okei. Berayalah dengan sederhana ye. Ingatlah pada saudara-saudara kita yang berada jauh nun di sana yang tak dapat meraikan syawal macam kita.
Especially to all my anak sedara, n yang mengharapkan duit raya daripada cik wanie. so, bebanyak tau... Bukan tak sudi, cuma xmampu jek....


Bajet raya cik wanie tahun ni sangatttt ckit. So, no duit raya okei. Yang ada cuma biskut raya. ahaks !! Yang mana masih dalam perjalanan untuk pulang ke kampung tu, berhati-hatilah di jalan raya ye. Biar lambat, asal selamat tau. Takkan lari nya gunung dikejar tu. Ingatlah orang yang tersayang.

So, di sini cik wanie nak kongsi sedikit tentang perkara-perkara sunnah dalam menyambut Eidul Fitri dan kesilapan-kesilapan hari raya yang sering kita lakukan. Antaranya ;-

# Perkara-perkara Sunnah Dalam Menyambut Eidul Fitri :-

1) Solat Raya
2) Mandi Raya
3) Makan sebelum pergi solat raya
4) Berjalan Kaki ke Masjid
5) Pergi dan pulang masjid ddengan jalan yang berbeza
6) Mandi sebelum solat raya
7) Memakai pakaian yang cantik
8) Memakai wangi-wangian
9) Bertakbir





# Kesilapan-kesilapan Hari Raya Yang Sering Berlaku :-

1) Pergaulan bebas dengan bukan mahram contohnya bersalam-salaman dengan sepupu dan sebagainya.
2) Pakaian yang tidak menutup aurat
3) Menjadikan hari raya sebagai hari kesedihan contohnya dengan menjadikan menziarahi kubur sebagai satu amalam kebiasaan di hari raya
4) Mengabaikan solat jemaah bagi lelaki.
5) Bermain mercun sehingga mengganggu orang lain atau membahayakan diri sendiri.
6) Perempuan tidak pergi solat raya kerana sibuk menyediakan hidangan dan mengemas rumah.


Semoga bermanfaat untuk panduan kita semua. Sekali lagi, cik wanie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir & Batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Kullu Am Wa Antum Bikhayr.

p/s : Jemputlah beraya umah cik wanie ye. Selamat bercuti semua. Jumpa lagi minggu depan. daaaaaaaaaa

Terima kasih sudi singgah n baca blog cik wanie ye !!!

No comments:

Post a Comment