Thursday, April 25, 2013

SAHABAT SAMPAI SYURGA!!!

Assalamualaikum...Selamat Petang!!

Hari ni ana tak nak cakap banyak..cuma nak pOst kan benda ni..menarik..tertarik..the bOmb..
Khusus untuk teman-teman ana..ni teman baik ana yg kasi dalam fb iaitu cik Farah Nadia Musa..tak lama lagi bertukar PUAN..kuikuikui..

Kalian anugerah terbaik untuk ana..terima kasih kerana sudi bersahabat dengan ana..nak sebut nama pun, ramai sangat..sO, secara umum je la...sejam lagi dah nak balik..jumpa lagi minggu depan..ooo yesssssss..

okey..okey..okey...terbaekkkkk

Wednesday, April 24, 2013

PETUA!!!

Ana ada terbaca sesuatu di dalam blOg seseorang..jadi ana ingin kOngsikan juga di sini..mungkin ada di antara kita yang sentiasa merasa resah..in sha Allah, ni adalah petua bagaimana untuk menyucikan balik hati supaya ia tidak akan menjadi resah..Petua ini adalah olahan daripada Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah..dan diedit ayat oleh ana sendiri...

Mudah-mudahan ia akan dapat membantu kita yang sentiasa berada dalam ketidaktenteraman dan resah gelisah..:-



1) Dirikan Solat dan Banyakkan BerdOa - Ini adalah kaedah yang paling berkesan..dan di dalam dOa minta supaya Allah sucikan balik hati yang telah dikotori oleh kita..

2) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW paling minima 100x sebelum tidO - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah..ia bukan sekadar menyucikan hati, malah dapat mencetuskan pelbagai perkara kebaikan seperti murah rezeki, fikiran yang tenang, dan lain-lain...

3) SOlat Taubat - bukan sekadar untuk memohon keampunan, malah dapat menyucikan hati dan menenangkan minda...

4) Membaca Al-Quran - Terapi yang terbaik setelah sOlat..sebagai penenang hati dan jiwa, penyembuh segala penyakit..sekurang-kurangnya bacalah surah al-ikhlas sebanyak 3x...

5) Maaf - nampak senang tapi susah untuk diungkapkan..mOhOn kemaafan daripada semua orang setiap hari agar hati tenang dan tidak berada dalam kekusutan..

6) Bisikkan tentang POSITIF - jangan sesekali mengkritik, dan merendah-rendahkan kebOlehan diri sendiri..berbicara dgn diri sendiri tentang sesuatu yang pOsitif agar kita berada dalam keadaan yg pOsitif...

7) PrOgram Minda - prOgramkan minda atau set kan dalam minda tentang sesuatu yg baik..paling mudah adalah sebelum tidO senyum dan pejam mata dan katakan di dalam hati " Ya Allah, sucikanlah hati dan fikiranku, agar esOk aku akan menjadi orang yang lebih baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan pOsitif.." Menurut kajian psikOlOgi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidO sehingga keesOkan hari nya..

8) Berpuasa - sekiranya kita berpuasa, ia akan terhindar daripada melakukan perkara2 kejahatan..,

9) Ingat Mati - dapat menyedarkan kita daripada hanyut dalam kealpaan...

10) Kekalkan Wudhu'

11) Bersedekah

12) Berbelanja - rezeki yang diperolehi bukan untuk diri sendiri sahaja, malah ia adalah rezeki untuk dikOngsikan bersama2...

13) Jaga Makan - elak memakan makanan yang dikira syubhah...

14) Berkawan dengan alim ulama...

15) Berkawan dengan orang miskin - dapat menginsafkan kita...

16) Nasihat - sentiasa memberi nasihat dan pesanan kpd orang lain agar menjadi baik...

17) Jaga Pancaindera - jaga mata dripada melihat perkara-perkara maksiat..jaga ulut daripada mengumpat dan cacian..jaga telinga daripada mendengar umpatan dan tOhmahan...


* nak dekat2 dengan PRU ni, marilah sama-sama kita perbanyakkan sOlat hajat dan membaca dOa qunut nazilah supaya Islam akan tertegak...in sha Allah..TAKBIR!!! #inikalilahkekalkelantanubahputrajaya

PAGI YANG INDAH!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..hari ni masih diberi kekuatan dan kesempatan untuk berkOngsi cerita...Apa khabar teman2 sekalian??ana harap sihat2 je ye..ana alhamdulillah sihat seadanya..

Ana tak nak cakap banyak..cuma nak buat perkOngsian bersama..di awal pagi ini, apa kata kalau kita sama2 berdOa semOga diberi kesihatan yg baik..dan juga kemenangan untuk Islam walau di mana jua kita berada..in sha Allah, ana akan biarkan gambar yg berbicara...

p/s: inikalilah kita kekal kelantan, ubah putrajaya...TAKBIR!!!!jOm kerja



Tuesday, April 23, 2013

RELAKS!!!

Assalamualaikum..hai teman2!!!

macam mana dengan petang antunna??ok ke tak ok??huhuhu..ana ni rasa sangat membosankan..tak tahu nak buat apa dan rasa mengantuk telah melanda ana..jadi, ana pun cuba la 'gOdek2' skit laptOp ni..bukak youtube dan dengan sesuatu yang boleh memberi pengajaran..

Teman2 pernah dengar tak tentang PARODI???skarang ni ramai sangat orang buat parodi dengan lagu2 yang femes..tapi ana suka dengan seorang ni..parOdi yang dia buat memang memberi pengajaran la..dan ada  la jugak lucunya..boleh la menghilangkan tekanan di waktu bekerja..hehhehhe..antara parOdi yang dia buat dan membuatkan  ana suka ialah lagu Putih2 melati daripada ST12, Sayang Shae, Kosong Najwa Latiff, Tak Terukir di Bintang Yuna dan yang terbarunya ialah tentang GWIYOMI...

jOm kta sama-sama saksikan untuk menghilangkan tekanan..ayuhhhhh

KOSONG (LISTEN)

SAYANG - SHAE

TAK TERUKIR DIBINTANG - YUNA

PUTIH-PUTIH MELATI - ST12

                                                                     GWIYOMI

SEMANGAT!!!




LAGU TEMA PAS!!!

Bersatulah wahai kaum muslimin..
Dengan semangat dan roh kebenaran..
Berjihadlah wahai kaum muslimin..
Walau susah menempuh cabaran..

Bersatulah wahai kaum muslimin..
Dengan obor sinar kebahagiaan..
Berjihadlah wahai kaum muslimin..
Biar syahid atau kemenangan..

Berjuanglah wahai ansarullah..
Dengan matlamat daulah islamiah..
Berkorban wahai yang beriman..
Dengan harta dan segenap kepunyaan..

Bergeraklah ke gerbang jasa..
Kalah menang bukan alasannya..
Sucikanlah niat di hati..
Hingga nyata benarnya janji Rabbi..

Selamatlah parti Islam melangkah..
Membimbing ummah ke medan siasah..
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah..
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah (3x)

Monday, April 22, 2013

BIAR GAMBAR YG BERBICARA....


Renung-renungkan dan selamat beramal... :-


                                    Menuju ke Dewan Penamaan Calon dengan penuh bergaya

                                 Perarakan calOn dengan menaiki HILUX yg disediakan oleh DUN

                                               Perarakan calOn ke Dewan Penamaan Calon

                                                                          TGNA

                                                       Usai sOlat hajat di Masjid As-Salam

PENAMAAN CALON!!! 200413

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!!

Alhamdulillah..ana masih diberi kesempatan untuk hidup..Teruskan kehidupan sehingga ke titisan yang terakhir.. pOst kali ni ana nak citer tentang perkongsian pada hari penamaan yang berlangsung pada 20 April 2013..

Alkisahnya....ana mengikuti rOmbongan Parlimen Pengkalan Chepa..seawal jam 7.30 ana sampai di Masjid As-Salam Peng.Chepa untuk menunaikan sOlat hajat bersama2 para calOn untuk P020..Allahu Akbar..cukup ramai sekali rakyat yang hadir untuk sama-sama memberikan sOkOngan dan dOrongan kepada bakal2 pejuang Islam..tepat jam 8.00 pagi, ketibaan TGNA di masjid bersama pimpinan yang terlibat..kami menunaikan sOlat hajat yang diimamkan oleh YB TGNA..di dalam dOa, beliau sempat meOhOn pertolongan daripada Allah SWT supaya Islam mampu menjulang kemenangan..

Seusai solat hajat, kami beramai-ramai berarak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa dengan mengibarkan bendera ijau putih yang telah diedarkan oleh pimpinan kawasan..kami berarak dengan berjalan kaki manakala calOn2 diarak dengan menaiki kenderaan HILUX yang disediakan oleh DUN masing2...perarakan ini cukup2 meriah..

Setibanya berhampiran dgn sekolah, kami masing2 berhimpun di bawah panas terik matahari..demi perjuangan Islam, kami sanggup meredah panas terik..suasana cukup2 meriah dengan anak2 muda, kanak-kanak, remaja dan dewasa..sementara menunggu calon2 menyerahkan bOrang pencalOnan, kami bersepakat ramai-ramai melaungkan zikir dan takbir..inilah yang dikatakan perjuangan dalam Islam..bukan dengan menyanyi dan terpekik-pekik...

Hampir jam 12 tghari barulah semuanya selesai dan pengisytiharan calon dibuat oleh pegawai SPR yang bertugas..untuk Parlimen Pengkalan Chepa, Dr.Izani hussin akan bertanding melawan Dato' Dali husin dari BN, Dun Chempaka TGNA akan bertanding melawan Wan Razman dari BN, Dun Panchor YB Nik Amar melawan Che Rosli dari BN manakala Dun Kijang YB Ubaidah Omar melawan Zulizi dari BN..Apa yang pasti, pejuang2 kami akan berjuang habis2an untuk PRU 13 ini..

Kami bersurai dari tempat penamaan calOn dan bergerak ke Purnama untuk menikmati jamuan rakyat yang telah disediakan..dan seterusnya majlis selesai sepenuhnya jam 1.00 tghari..bermula saat itu, pejuang2 Parlimen Pengkalan Chepa bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada yang benar..TAKBIR!!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!

p/s : ana akan sertakan beberapa keping gambar sepanjang penamaan calOn tersebut..ingat!!inikali kita KEKAL kelantan dan TUKAR putrajaya..dOa mesti sentiasa dipanjatkan..jangan lupa tau!!!

OOOOooooo yessssssssss









Thursday, April 18, 2013

MY HERO!!

haaaaaaa....teman2 ku..
inilah calOn pilihan ana..yeahhhhh
anda bagaimana???

#kekalkelantanubahputrajaya