Assalamualaikum wbt..Selamat Pagi!!!
Alhamdulillah..ketemu kembali kita...mudah-mudahan sahabat2 berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..in sha Allah..hari ini saya ingin menceritakan sedikit kisah tentang persahabatan..kadang-kadang kita terleka dan terlupa bahawasanya peranan seorang sahabat amat penting dalam kehidupan kita..Kisah ini diambil setelah saya merasakan kepentingan sahabat dalam kehidupan kita..Sama-sama hayati :-
" Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama untuk menuju ke suatu tempat.. Dengan takdir Allah, kapal yang dinaiki mereka bOcor lalu mulai karam sedikit demi sedikit..Lalu mereka berdua berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah mereka tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kOsong..
Ternyata, pulau tersebut tidak berpenghuni, malah kering kontang tiada sebatang pOhOn pun.. Mereka tetap bersama, berdoa dan berdoa kepada Allag mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup.. Namun, setelah sekian lama, sepertinya dOa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan walau satu pun..
Sehinggalah suatu hari salah seorang dari pemuda tersebut berasa hampir putus asa..Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah yang berlainan..Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka merupakan seorang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka tidak dimakbulkanNya..Sahabatnya hanya mengangguk tanda bersetuju tanpa membantah.. Maka bermulalah kehidupan mereka secara berasingan..Si pemuda itu mula berdoa kembali kepada Tuhan, memohon agar diberikan minuman kepadanya..Ditakdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah..
Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah disitu masih kering kontang tanpa setitis airpun..Kemudian pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan..Dengan izin Allag, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya..Sekali lagi dia menjengul ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ..Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah..dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah..Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah.."Pastinya kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan..kerana itulah doanya tidak dimakbulkan.."
Lalu pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi..Hinggalah kemuncaknya, pemuda tersebut memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya..Dengan takdir Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan
menghampiri pulau tersebut..Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu..
Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tuan yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu..Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan..Lalu orang tua itu menegur , " Mana sahabatmu yang seorang lagi???" Pemuda itu menjadi takot, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu.. "Sahabat yang mana satu?"" "Sahabatmu yang di pulau itu.."
Terkejutlah pemuda itu apabila mendengar jawapan orang tua tersebut..Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung.." Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan dOanya??" kata pemuda itu..Lantas orang tua tersebut pun menjawab.."Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun dimakbulkan kesemuanya oleh Allah.." "Apakah doany??" tanya pemuda itu dalam keterujaan..
" Sesungguhnya, sepanjang waktu , dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan..Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telah pun diperkenankan oleh Allah.." Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan..Subhanallah..MasyaAllah..Allahu Akbar.. Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu..Alangkah bertuahnya..alangkah bertuahnya..Alangkah bertuahnya dia!!!"
p/s : Maka, saya mengakhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan.."Apakah anda yang mulia ini sudi menjadi SAHABAT saya???dan sudi memberikan saya peluang untuk menumpang barakah anda????"
Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca!!!
No comments:
Post a Comment