Friday, May 10, 2013

REJAB

Assalamualaikum wbt dan Selamat Petang!!!

Alhamdulillah..masih lagi berpeluang untuk menulis..Sebelum tu, saya nak ucapkan Salam Sayyidul Ayyam kepada semua..Mudah-mudahan banyak amalan yang kita semua lakukan untuk hari ini..Alhamdulillah jgk kerana kita berada di jumaat terakhir bulan jamadil akhir..pejam celik, pejam celik dah habis bulan jamadil akhir..dan dah nak masuk bulan rejab..nampak gayanya kena gandakan lagi amalan untuk bulan rejab ni ye..Sama-sama la kita berusaha meningkatkan pahala deh!!

Bagi mana-mana muslimat yang masih belum melangsaikan hutang puasa tahun lepas, sila lakukan secepat mungkin..hanya berbaki 2 bulan je lagi nak masuk bulan ramadhan..Bukan apa, kita cuma takOt nanti berlaku apa-apa dan tak sempat nak langsaikan hutang tu..Bagi yang dah langsaikan hutang tu, tahniah dan alhamdulillah diucapkan..Boleh la teruskan dengan puasa sunat isnin, khamis dan sewaktu dengannya..Mudah-mudahan bertambahlah amalan kita nanti..In sha Allah...

Ok, orang kata 11 mei ni Hari Ibu ek??bagi saya setiap hari adalah hari ibu..tak dek pengkhususan tarikh pun..yang pasti 11 mei adalah 1 rejab 1434H..Malam ni jangan lupa tau perbanyakkan dOa..hanya pada Allah kita mampu memohon pertolongan..Sesiapa yang mampu untuk berpuasa esok, cukup besar ganjarannya..Jom kita pakat cuba puasa esok nak??Cuba dulu..klau tak bOleh xpe la..hehehehe



Oklah..dah nak asar ni..jOm kita siap-siap untuk solat asar..pesanan saya, jangan lengahkan sOlat tau..nanti Allah tangguhkan rezeki dan segala kebaikan untuk kita..Salam Asar semua..mudah-mudahan kita akan sampai ke bulan rejab, sya'aban dan ramadhan..

jumpa lagi dalam pOst yang seterusnya..Wassalam..

No comments:

Post a Comment